Tuesday, May 26, 2015

Masanya..belum tiba.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Lama rasanya menyepi dari dunia blog ni. Bukan apa, memang banyak benda nak share dgn korang haha Tapi rasa malas yang menyapa diri ni fuhhh. Bukan senang nak suruh jari ni menaip. On laptop pun malas sekarang. Dahsyat haha Quite busy with work and business. heee

Actually, apesal tajuk tu sebenarnya? Tetiba je masanya belum tiba. Ehem. Rasa terpanggil untuk buat entry ni. Tentang mentaliti masyarakat kita yang suka 'bertanya perkara yang kurang sepatutnya', Ahhhh, tak faham laa, apa mira niiii. hahaha

Okay2, we go straight to the point. Its actually tentang sensitive questions macam;

"Eh, kau ni umur dah lanjut, bila nak kahwin?"
"Eh, kau kahwin dah lama kan? Bila nak ada anak?"
"Eh, takkan sorang je kot anak, bila nak tambah lagi?"
"Eh, kau ni dah tua, bila nak mati?"Eh.eh.eh. soalan ni belum pernah org tanya lg kat mana2 kot hahaha

Duhai sahabatku semua, percaya tak, Allah sudah tetapkan segala-galanya bagi hamba-hambanya. Setiap langkah, setiap inci kehidupan manusia Allah dah atur. Kita hanya mampu merancang, maka Allah jualah yang menentukan.

And of course why mira terpanggil untuk buat entry sebab mira pun tak lari dari kena soalan yang sama! haha And of course takkan la tanya pasal bila nak kahwin plak kan, pelik sangat tu haha Mesti la kena soalan pasal anak. Ehem. Secara jujurnya mira cakap, for me, mira bukan jenis yang sensitif tentang perkara2 macam ni. If orang tanya, suka jawab sambil berseloroh je macam 'ala relaks la, nanti sekali keluar 2 terus'. haha hamboii kau punya jawapan mira. haha Takde la, memang mira macam tu, jenis malas nak ambil hati dengan mana2 pihak. Kdg2 faham diorang ada perangai 'suka bertanya' yang OVERDOSE. haha 

Orang tengok mira ni kahwin dah nak masuk 4 tahun bulan 7 ni. Mesti la mcm dah lama je kan kahwin takde anak, padahal before this memang tak plan ada anak lagi sbb paling kukuh adalah masih study + jauh dengan suami. Tak sanggup rasanya nak handle everything sorang2 dekat perantauan and Allah knew the best. So, kitorang start merancang ada baby after reception that day, 27 September 2014. Baru nak masuk 6 bulan. Cuba bawak2 bersabar sikit. hahaha Adoii, risau aku dengan mentaliti orang suka bertanya overdose ni. heee Siap tanya, haii lambat sangat kau ni. Hai kau tak jeles ke dia dah ada anak dah bla blaaa blaaaaaaa zzzz *eh, tertido plak haha (Kes mls nk lyn) kuikui

Tak dinafikan, paling banyak bertanya adalah orang2 yang agak berusia. Termasuk my mom!! haha Tp dgn mama tu i memg tak pernah amek kesah la, mak sendiri biasa la tak sabo timang cucu. haha Kadang2 balik kampung, tgk cousin dah pregnant, dah besar perut, mesti la ada terasa sikit. Tp lebih kepada excited sbb perut dia dh besar haha Kenapa perlu jeles, tu rezeki dia Allah bagi :') 

Tapiiiii....sahabatku semua. Tak semua orang perangai macam mira. Yang jenis tak kisah, jenis tak sensitif. Most of them, very sensitive or what can I say as OVER SENSITIVE. Memang, bila orang banding-bandingkan, siapa tak rasa sensitif kan? Ada yang sampai menangis2 belum ada rezeki nak anak. Usaha sana sini. Ini baru isu anak, belum lagi cakap dah dekat umur 30 tahun, tapi tak kahwin2 lagi. Tu lagi laaa, apa perasaan diorang tgk orang keliling semua dah kahwin? 

Bukan tak mahu, bukan tak nak. Tapi Allah dah tentukan. Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. 

Kalau taktau, kalau tak duduk sama tempat dengan orang tu, DONT ASK! DONT EVER ASKED! Bayangkan, kita ckp gurau2 sesaje, orang tu depan kita gelak2, tapi dekat belakang dia menangis :') Thats why mira cakap, gurau berpada-pada. 

Rezeki Allah tu luas. Rezeki Allah terletak pada macam2 aspek. Ada yang Allah beratkan soal jodoh dia, tapi Allah ringankan soal harta. Rezeki melimpah ruah. Ada yang Allah beratkan soal zuriat, tapi rezeki kebahagiaan yang dia dapat, melimpah ruah. Kenapa perlu persoalkan? 

For me, Allah tu adil. Sangat adil. Maha Adil. 

Tipu la kalau mira cakap,kami suami isteri taknak zuriat kan? Lagi mira suka sangat dengan babyyy. Rasa nak babysit semua baby yang adaaa dekat dunia ni. haha Kitorang ni yang baru menanti setakat 6 bulan ni je pun rasa asyik tak sabar je bila nak ada baby. Apatah lagi yang dah setahun, 2 tahun, 10 tahun? 

Tapi...Allah itu adil. Allah tak pernah membebankan seseorang lebih dari kemampuan dirinya sendiri. Macam mira, mira tak pernah rasa nak persoalkan, ya Allah kenapa sampai saat ni aku belum lagi punya cahaya mata? Walhal orang lain kahwin 2, 3 bulan dah lekat. Tak pernah sekali mira cuba persoalkan ya Allah, kenapa rezeki aku pada perkara yang sangat2 aku sukai (zuriat) diberatkan. Nak kata berat, baru 6 bulan mencuba. Tak pernah. Kenapa? Instead of kita persoalkan itu ini pada Allah, kenapa kita tak cari hikmah tersembunyi disebalik semua tu? Kenapa lagi suka cari salah? Tu silap kita, thats why hati kita penuh titik hitam, thats why kita susah nak bahagia..

Cuba cari hikmah. Mira, kau sibuk suruh cari hikmah, apa hikmah yang kau dapat? 
Hmm. Banyak. Banyak sangat. Nak aku listkan satu persatu ke? 
Boleh. 

Pertamanya, mira lihat apabila lewat dapat zuriat, peluang untuk 'honeymoon' dengan husband bertambah2 jangka masanya. Boleh pergi sana sini sesuka hati. No commitment. Ada orang 2,3 bulan kahwin dah lekat. Ada yg mira pernah dgr siap cakap, tak sempat aku nak honeymoon dgn suami aku lama2. Bila ada anak dgn takde anak, tak sama. Sangat berbeza. Eleh, mcm mira tau je. Tau laa, tgk dari pemerhatian je pun kita dah boleh belajar kan? 

Keduanya, financial support. Macam mira dengan suami, kitorang baru je nak belajar hidup sendiri. Berdiri atas kaki sendiri, guna duit sendiri. Skrg, baru beli kereta, then nanti duit sewa rumah, duit itu, duit ini. At least, bila lewat dapat zuriat, Allah bagi sampai financial kitorang betul2 kukuh maybe baru dpt baby? Maybe. So dpt bagi anak2 kehidupan yang selesa inshaAllah tanpa bergantung pd sesiapa.

Ketiganya, Allah kurniakan mira suami yang cukup baik. Ingat my husband tak kena jugak soalan mcm tu? Kelakar bila kita baru nak ngadu kat dia, 'awak, tadi kena tanya pasal anak lagi bla bla', then dia jawab ingat saya tak selalu kena tanya? haha tergelak terus. Dia lelaki pun kena tanya bila bini kau nak ada anak. Orang ni orang tu semua dah ada anak. *hanya mampu gelak bila suami cerita. hehe Tapi...apa yang Allah beri lebih dari cukup. Husband mira tak pernah sekali pun, tak pernah PRESSURE mira dengan isu anak. Langsung tak. Kadang2 kita yang macam hmm orang tu tny lg bila nak ada baby, kita pun jd tak sabar gak kengkadang haha terus ckp kat suami lambat kan kita nak ada anak? Jawapan dia ringkas je, belum ada rezeki lagi. Sabar laa. Eh2, dia relaks je pulak. haha So, for me, itu anugerah terindah buat mira. Suami yang sangat memahami dan penyabar serba serbi. 

Keempat, hikmah bahagia dikurniakan orang sekeliling yang selalu membahagiakan. Ada orang, dapat zuriat cepat, tapi hidup dia tak bahagia. Suami jenis keras kepala, kaki marah, apa guna anak, nanti jadi mangsa? Ada orang, dapat zuriat cepat, tapi dikurniakan keluarga yang porak peranda, bermasalah dengan keluarga mertua bla bla. Kan mira dah cakap, rezeki orang beza-beza. Dan untuk mira alhamdulillah, rezeki Allah beri keluarga yang bahagia, keluarga mertua yang sangat penyayang and sporting, adik beradik yang ramai. Tak pernah rasa tertekan pun, selalu rasa bahagia dikurniakan dua keluarga besar yang saling membahagiakan. Indah bukan? Bukankah itu rezeki yang tidak semua orang peroleh? Dan engkau masih persoalkan??

Kelima, Allah beri peluang untuk mira sendiri perbetulkan mana-mana kekurangan diri mira. Mungkin kalau jadi ummi sekarang, mira belum pandai tu, mungkin belum tau tentang itu, mungkin belum cukup sabar untuk jadi ummi, mungkin belum cukup sempurna dimata suami, mungkin belum cukup sempurna untuk jadi seorang ibu. Ya, mungkin bukan kesempurnaan yang kita perlukan, tapi at least cuba untuk menjadi yang sempurna. Allah beri peluang lebih masa lagi untuk perbaiki diri ini sebelum diberi peluang mendidik khalifah Allah kelak. Baiknya Allah bukan? Itu pun kita persoalkan lagi?

Dan lain-lain. Banyak lagi jika mahu dilistkan.

Semua orang berlumba-lumba untuk dapatkan zuriat. Untuk apa? Untuk prove yang korang normal seperti wanita lain? Ada zuriat bukan mudah sahabatku. Ada zuriat bukan sekadar, bermain-main dengan seorang bayi kecil yang comel molek. Mempunyai zuriat, kau diberi tanggungjawab besar bagi mendidik khalifah kecil itu menjadi mujahid mujahidah agama. 

Apa guna ada zuriat, jika kita sendiri seringkali marah2 pada anak2 kecil itu jika mereka tersilap? Jika kita sendiri tidak mampu memberi nasihat pada mereka kerana kita juga buat perkara yang sama? Jika kita sendiri pada satu masa kelak, berkata aku menyesal melahirkan kau? Jika anak itu tidak terbentuk dengan baik kerana silapnya didikan kita? Sudah aku katakan, zuriat itu tanggungjawab. Amanah Allah yang perlu kau pikul dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Anak soleh itu kunci untuk kesyurga, tapi bagaimana jika sebaliknya? 

Kebelakangan ni, mira selalu perhati ibu-ibu muda yang berpakaian tidak menutup aurat sepenuhnya, pakaian yang dipakai juga agak ketat, ada juga yang tidak bertudung, yang warnakan rambut sana sini, tetapi bila dapat anak, captionnya "Semoga jadi anak soleh solehah", "Semoga nanti kita sama2 dpt masuk syurga", sedangkan ibunya sendiri tidak berpakaian dengan sempurna dan tidak menutup aurat. Memang, memang kita tidak boleh menilai dari luaran, tapi sedikit sebanyak dari situ anak2 belajar. Jangan sampai satu masa, bila kita suruh, anak persoalkan semula "pakai tudung!", anak balas semula, "mak tak pakai tudung, kenapa adik kena pakai tudung?". Jangan sahabat. Disitulah nanti bermulanya silap didikan kita. Disitulah bermulanya kes-kes maksiat berleluasa, gejala sosial bermaharajalela. Thats why mira cakap, before jadi seorang ibu, kita sendiri perlu perbetulkan silap kita. Kita sendiri perlu cermin diri, inikah contoh terbaik buat anak2 aku? 

So, back to the issue orang yang suka bertanya overdose ni. Kadang2 kita perlu fikir, bila kita terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain sampai kita tak perasan kain kita sendiri terkoyak. Kadang2 kita sibukk mengata tentang dia, bercakap itu ini tentang dia, jangan rasa yang kalian juga takkan terkena perkara yang sama. Mungkin bukan pada diri sendiri, tapi pada anak2, pada cucu2. End up sendiri terfikir, perkara yang aku cakap dekat orang lain, kena pada batang hidung aku sendiri. 

Bertanya itu boleh, tiada masalah. Tapi kalau sudah terlalu selalu bertanya soalan yang sama, bukan sahaja buat orang rimas, buat orang sedih, malah buat orang menyampah. Kalau tanya pun, korang rasa time tu jugak ke dia boleh cakap, esok la aku kahwin, anak aku ckp dia nak ada dlm perut 2 minggu lg, anak no 2 ckp lg 2 tahun baru dia ada. Tak kan? Sbb tu semua rahsia Allah. Kita taktau, takkan tahu. So, apa point kita tanya? :) If you get what i mean? heee Belajar la hidup untuk selalu membahagiakan orang lain, inshaAllah kebahagiaan yang melimpah ruah Allah beri pada kamu kelak. Bukan bahagia dari manusia yang kita damba, tapi reda dari Ilahi yang kita inginkan. Kalau kita rasa tak perlu pun soalan tu, tak perlulah tanya. Kita sendiri taktahu life orang tu macam mana, macam mana strugglenya dia untuk cari pasangan hidup, macam mana struggle dia usaha itu ini untuk dapatkan zuriat dll. 

Ingat ni ya sahabatku semua, 

"Belajar bahagiakan orang lain, walaupun dia mungkin tidak akan membahagiakanmu, percayalah, kebahagian yang Allah beri kelak lebih dari segala yang manusia itu sendiri mampu berikan".

Spread the love, spread the positivity.

Ayuh amalkan hidup ke arah masyarakat yang lebih sihat, bebas masalah hati dan jiwa :)

Pada sesiapa yg mempunyai masalah yg sama, La Tahzan :) Allah sentiasa ada bersama. Yakin dan usaha, doa, tawakal sungguh2. Tak perlu terlalu bersedih, stress dll. Allah tunggu masa yg sesuai untuk beri kita perkara yang kita inginkan. Allah masih rindu rintihan hati dan doa sungguh2 kita. Thats why Dia belum beri. Satu masa nanti inshaAllah. Be happy k! Ingat Allah sentiasa ada dgn org2 yang bersabar :)

Got this from fb. So deeeepppp! Ahaha

Maaf atas salah silap sepanjang penulisan. Entry ni dah melangkaui beberapa entry dalam draft mira. haha Hebat isu ni. hehe Jzzk kalian kerana sudi membaca :)

Assalamualaikum. 

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Sunday, May 10, 2015

Resipi: Kuih Keria

Photobucket
Assalamualaikum :)

Lama betul tak update blog. Dah habis study pun busy? haha Busy kerja and bisnes pulak sekarang heee Beratur entry dekat draft ni haaa, setengah jalan lupa. haha Ada entry graduation day, entry pi umrah, entry apa lg ek. Bnyk la. hee Nnt ada masa kita update k. Tau ramai tunggu sbb ramai mesej tanya bila nk update haha InshaAllah berkobar2 ni nk update. Sebulan 2x jd la kan. hehe Ntah tetiba datang seruan nak update pulok. hihi Maybe sbb ni entry simple, so blh la update. hehe Wahai semangat, janganlah kau berlari pergi, penat berbulan-bulan den nak kejor. haha Semput. heee

So, berbalik kepada tajuk di atas. Semalam malam, mama request suruh buat keria untuk breakfast ayah hari ni. Heee Mama dgn tak yakinnya yang anak dia memang power buat kuih keria telah mencabar diri ini untuk membuat kuih keria. haha Cis. Sbb jarang buat kat rumah. Dulu study, so kat rumah sewa je selalu buat. hehe Kalau ditanya ex-housemate den kat Srwk dulu, mira memang hantu buat kuih keria sbb suka sgt. hehe My forever favouriteeee kuihhh heee Kuih keria ni juga dikenali dgn nama kuih tayar. ahaaa, sape tau? heee

Dan yg membuatkan diri ini suka sesangat adalah kerana buat dia simple sangat2 ! Fuhhh, pejam mata pun boleh buat. Ok, tipu. Bukak sebelah mata je pun blh buat. hehe Serious. So, as requested, ada yang minta resipi. Mira ni masak ke buat kuih ke memang ada perangai SUKA HATI k. So, sukatan semua adalah heeee mostly suka hati and pandai2 agak sendiri :') hahaha Tp bila baking jgn buat hal nk buat suka hati, memang akan FAILED! hehe 

Masak, semua blh masak. Tp skill tu yg penting dlm masakan. hihi Yg ni yg plg bagus bukan menuntut dgn google, tp dgn mak kita ke mak mertua ke or org yg pandai masak. Tgk sendiri dgn mata kita depan-depan. hehe Thats why bila guna resipi google, tak semua jd kan bila masak? ahaaa.Skill tu kena develop. Setiap cara diorang buat tu ada sebab kenapa buat tu dulu, kenapa masuk tu dulu dll.  

Meh,mira share step by step dia. Setiap cara nanti mira justify kenapa dan mengapa kita buat macam gitu haha Ni tips rahsia i share ni. *rahsia sgt :p haha Of course, resipi 100%  from my mom. Mira akan sgt rajin and over excited untuk belajar bila buat my favourite food. heee Mira belajar since 3 tahun lepas rasanya. Thats why selalu buat kt Srwk sbb dh pandai. hehe And skrg, ada tambahan, hubby's favourite food pun kena belajar jugak. hihi 




Bahan-bahan

1) Keledek (oren/putih) -mira guna 2 je yg saiz agak besar (Blh dpt dlm 50 ketul kuih keria rasanya) -depends ikut korg.
Beza keledek oren dgn putih? Keledek oren kurang serat berbanding putih thats why keledek oren mahal sikit. Tau tak 'serat' apa? Em Nnt mira tunjuk gambar.
2) Tepung gandum

Cara-cara
1) Potong keledek into small pieces (Supaya mudah nak empuk masa rebus)

2) Masukkan keledek yang siap dipotong kedalam kuali berisi air untuk direbus. Rebus dengan api sederhana.

3) Masukkan sedikit garam (Garam tujuan dia utk bagi rasa lemak pd keledek nnt)

4) Tunggu sehingga empuk dan toskan. (Kena tos sampai kering, kalau tak lembik nnt even masuk tepung)

5) Selesai ditos, lenyekkan keledek yg telah empuk semasa masih panas menggunakan peralatan yg sesuai. Sambil tu buang serat2 yang ada.
(mira guna alat untuk masak burger tu, yg ada lubang2. Why? Supaya serat2 dia akan melekat dekat situ and senang kita nak buang. Kenapa kena masih panas? Sbb keledek tengah betul2 lembut, nnt kang sejuk jd keras susah pulak lenyek) heee

6) Tunggu sehingga sejuk sebelum masukkan tepung.
(Again, why? Sbb bila masih panas, kita masukkan tepung nnt keledek tu menyerap tepung. Nanti rasa lembik je keledek tu. And bila kita keep on masukkan tepung lebih dari yg sepatutnya, nanti keria kita jd keras. Bila keras tak sedap la nak mkn. heee)

7) Bila dah sejukk, masukkan tepung gandum kedalam keledek yang dah siap dilenyek. Agak2 la ikut sukatan keledek korang, heee kalau macam mira, dalam 1/4 tepung gandum tu rasanya.
(Sbb part ni plg kena pandai, and mira pun buat2 pandai memang agak2 je semua tgk kesesuaian. So,i dont have the exact amount for isi tepung ni. hehe Yg penting, agak2 dah blh kepal2, okay la tu. Memang akan melekat2 dekat tangan, tp tu nnt masa nak terap akan amek peranan main dgn tepung)

8) Bila dah habis gaul, part nak terap. Masa nak amek keledek yg akan melekat2 dkt tgn, celup dulu tangan dlm tepung gandum. Then, baru amek, bulatkan and tekan jd leper.

9) Tempat untuk terap pun sila letak tepung dulu ya supaya tak melekat. Lepas tu terap guna acuan keria. Acuan ni pun celup dulu dgn tepung gandum.
(Ni semua utk elak melekat2 nnt. hehe Thats why kena pandai main tepung dkt sini. Masa nk isi tepung tu tak blh lebih2 sgt sbb bila nak terap kita akan guna lg tepung. Masa nk terap ni automatik keria tu jd just nice, tak melekat sbb ada tepung. hehe)

10) Dah siap terap, blh la panaskan kuali. Goreng keria dengan api sederhana sehingga berwarna kecoklatan. heee

11) Untuk gula, boleh pilih untuk sira(masak gula atas kuali) atau guna gula icing je. heee For me, mira tak suka sira sbb rasa manis sgt kot. Suka guna gula icing sbb lg sedap. heee

12) Gaulkan dgn gula dan Siap!

Cara-cara (Gambar)

Keledek ni jenis besar punya. heeee

Potong keledek into small pieces :)

Rebus keledek dgn api sederhana. Masukkan sedikit garam.

Rebus sampai empuk :)

Hasilnya bila dah empuk! Lepas ni kasi tos sampai hilang air rebusan tu.

Then lenyekkan guna apa2 alatan bersesuaian. Mira guna untuk buat burger tu heee
Haaa, nmpk tak ada yg melekat2 dkt besi tu? Tu la org panggil serat. If tak buang, nnt ms nak makan memg terganggu betul. haha Sbb asyik kena buang hihi

Masukkan tepung agak2 hehe

Sampai la agak2 mcm ni, dah tak melekat sgt. Ni still lembik lg tau. Masa terap nnt baru dia jd tak melekat.

Kalau blh, tempat terap alas plastik, sng tak melekat2.
Jgn lupa tabur tepung. heee

taraaaa, dh siapp. Haaa, nmpk tak dh buang serat dia pun still bnyk lg?
Sbb memg tak blh buang semua. Sikit2 mcm ni tak effect sgt bila mkn. heeee

Panaskan minyak and goreng dgn api sederhana. 
Nak cantik, jgn biar tp always golek-golekkan dia sampai jd kecoklatan.

Taraaaa, dah siap gorengg ! heeee

Then, tabur gula icing atas diaaa. Nyummm. Dah siap!


Fuhhh, penuh tak dengan tips? Haha Simple je buat dia, tp basic skills tu yg penting. Kalau tak, tak jd keria tu sbb keras/lembik. hehe Padahal buat dia guna keledek and tepung gandum je kan? Kuih plg simple mira rasa sbb tak bnyk songeh. hehe

So, all the best pada korang yg nak mencuba! Takpe sekali dua kali buat tak jadi. Yg penting semangat nk mencuba tu ada. Practice makes perfect ingat tuu. hehe Kena rajin and selalu buat inshaAllah power dah lepas ni. hiks

And so, weekend2 ni petang2 tak tau nak buat apa untuk tea time, blh la buat kuih keria yg super simple ni k! Sedap pun sedap. Nyummehhh :)

Thanks for reading!
Assalamualaikum.

Entry ditaip oleh :Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Monday, January 12, 2015

4 Jenama Selendang Murah Malaysia.

Photobucket
Assalamualaikum :)



Cantiknya Dato’ Siti Nurhaliza ni sekarang sejak dia sudah bertudung penuh. Sejak Siti Nurhaliza keluarkan gambar bertudung di Instagram sedikit masa dahulu ramai yang memuji cita rasa beliau dalam memilih tudung terkini. Penampilannya sentiasa menjadi buruan lensa kamera. Kalau kita lihat dengan lebih dekat, Siti ni suka gayakan tudung jenis shawl ataupun selendang. Sampai ada satu ketika tu tiba-tiba ada pulak koleksi selendang Siti Nurhaliza online dalam pasaran.

Sekarang ini pun trend selendang terkini semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen Muslimah di Malaysia. Ianya menjadi kegemaran ramai wanita muda dan remaja di Malaysia. Senang cerita selendang sekarang adalah antara jenis tudung terkini yang paling popular di Malaysia. Selendang juga boleh didapati hampir di mana-mana sahaja.

By the way kalau anda sedang cari jenama selendang murah di bawah ini ada beberapa jenama tudung shawl murah yang mungkin you want to put in your list after this. Antara jenama itu ialah Zuco Fashion, Mawar Turkiye, Sugarscarf dan Gene Martino.




Kalau anda nak belajar cara menggayakan selendang pula, Google sahaja ataupun lihat di Youtube tutorial pakai selendang!

Thank you for reading! :)

Assalamualaikum.

Thursday, November 13, 2014

Official facebook page of Harmonee Closet :)

Photobucket
Assalamualaikum :)

Haaaa, direct to the point. Mira nak bgtau, sekarang Harmonee Closet dah ada facebook page tau! Alhamdulillah. Bagi memudahkan urusan pembelian kalian yang tiada instagram, jarang tengok blog etc. heee Blh la usha2 items yg korg minat dekat facebook je k. 

Official facebook Harmonee Closet :)

Ni official instagram Harmonee Closet :)

Allahu. May Allah ease everything. Terima kasih atas doa kalian :)
Assalamualaikum.

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Wednesday, November 12, 2014

Harmonee Closet Catalogue :)

Photobucket
Assalamualaikum :)

Okay, based on my previous post tentang Harmonee Closet, so semua dah tau la kan mira dah launch official instagram account untuk business mira :) Alhamdulillah, dah hampir sebulan rasanya beroperasi, dapat sambutan yang tak putus2. Rezeki :) Walaupun orang kata sikit2 je, tp still rasa syukur. Sbb kalau nk kira pasal duit, pasal untung je, kita takkan pernah puas, takkan pernah rasa cukup. Bila kita letakkan rasa syukur pada sesuatu, inshaAllah yg sikit tu pun rasa cukup je :) heee Haaa, pd siapa yg belum tau boleh refer sini "Harmonee Closet" (click je kt harmonee closet tu).

And fyi, mira memang fokuskan dekat instagram je dulu. Baru starting kan. heee Tp ada few customers mira yang takde instagram. Allah. Tak terfikir pulak pasal tu. Dah kesian tak dpt nak membeli sbb takde account instagram. Tgk code pun based on yg mira bg teaser haritu. Sorryy ye. heee InshaAllah, after this mira akan launch Harmonee Closet dekat facebook pulak :) Nanti mira bagitau bila ye :) 

So, dekat sini mira sertakan harmonee closet punya catalogue k! heee Happy shopping everyone :)

To order:

  1. Whatsapp 011-3677 6710
  2. State the code given
HANDSOCK DWITONE
Reminder! Please do not wear with short sleeves!


Handsock dwitone. Haa, H1, H3, and H4 dah almost sold out. Grab fast!

Material : Cotton
Length : 27 cm

H1-Plain red/blue black
H2-Stripe dark red/dark grey
H3-Polka dot black/white
H4-Stripe purple/light purple
H5-Plain pink/blue black
H6-Plain dark green/white

Price: RM8/pair (exclude postage)

Same as previous picture. Just nak show length dengan both side je :)


 Handsock dwitone. Haa, H9, H11, and H12 dah almost sold out. Grab fast!

Material : Cotton
Length : 27 cm

H7- Plain light blue/dark blue
H8- Stripe choc/light choc
H9- Plain grey/white
H10- Plain dark green/light green
H11- Plain shocking pink/black
H12-Plain light blue/white

Price: RM8/pair (exclude postage)

Same as previous picture. Just nak show length dengan both side je :)

Handsock dwitone :) New collections!

Material : Cotton
Length : 27 cm

H13- Stripe purple/purple pink
H14- Stripe dark red/pink
H15- Stripe choc/light choc
H16- Plain sea blue/light blue
H17- pattern black pink/light pink
H18-Pattern leopard orange/cream
H19- Pattern small flowers black pink/pink

Price: RM8/pair (exclude postage)

Same as previous picture. Just nak show length dengan both side je :)

Notes: For dwitone handsock, sold out items will not be restock! Thank you :)

STOKIN SOKA


Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
P1- Pink gelap (not in the picture) - 1 pair available
P2 - Biru muda
P3- Coklat
P4- Ungu gelap
P5- Pink muda
P6- Navi
P7- Ungu muda

Price: RM10/pair (exclude postage)


Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
F1- Coklat
F2 - Ungu muda
F3- Hijau muda
F4- Pink muda

Price: RM10/pair (exclude postage)


 Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
S1- Pink gelap
S2 - Hijau
S3- Biru
S4- Ungu gelap
S5- Pink
S6- Biru gelap
S7- Coklat

Price: RM10/pair (exclude postage)


Pada siapa yang tak minat stokin sepit, boleh try yang ni. Ni yang biasa punya :)

Material : Cotton
Length: 33 cm

Available colours:
O1- Hijau gelap
O2- Pink
O3- Kelabu gelap

Price: RM 7/pair (exclude postage)

Haaa, cantik kan. Ada yang minat corak vintage tapi nk yg biasa taknak yg sepit. This fits you well ! 

Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
VO1- Kelabu muda
VO2 - Ungu gelap

Price: RM11/pair (exclude postage)


Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
V1- Hijau
V2- Biru gelap (sold out) 
V3- Coklat
V4- Biru muda
V5- Ungu gelap
V6- Kelabu
V7- Ungu muda

B1- Biru gelap/navy

Price: RM11/pair (exclude postage)



Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
EV1- Ungu muda
EV2 - Maroon
EV3- Coklat
EV4- Biru gelap/navy

Price: RM11/pair (exclude postage)


Material : Cotton
Length: 37 cm

Available colours:
L1- Coklat/skin (sold out)
L2- Pink muda
L3- Biru muda
L4- Ungu muda
L5- Hijau muda
L6- Ungu gelap
L7- Biru gelap
L8- Pink gelap
L9- Maroon

Price: RM9/pair (exclude postage)


Material : Cotton
Length: 33 cm

Available colours:
A1- Biru muda
A2- Ungu muda
A3- Hitam
A4- Pink muda
A5- Maroon
A6- Hijau gelap
A7- Ungu gelap
A8- Biru gelap
A9- Coklat/skin
A10- Coklat gelap/kopi
A11- Kelabu gelap
A12- Kelabu muda
A13- Hijau muda
A14- Krim

Price: RM7/pair (exclude postage)


Material : Cotton
Length: 34 cm

Available colours:
W1- Coklat
W2- Hitam
W3- Putih

Price: RM9/pair (exclude postage)

STOKIN AMANI

 Stokin ni sgt sesuai untuk yang tak minat corak-corak, minat yg simple2 je. This is for you :)

Material : Cotton spandex
Length: 34 cm

Available colours:
AM1- Coklat/skin
AM2- Hitam

Price: RM7/pair (exclude postage)

STOKIN KANIK


Material : Cotton
Length: 35 cm

Available colours:
K1- Biru muda
K2- Pink muda
K3- Ungu muda

Price: RM8/pair (exclude postage)

#HARMONEESRIKANDI REVIEWS

So, kat sini mira sertakan beberapa contoh pemakaian and review2 customer mira :) heee

Okay,ni antara contoh pemakaian stokin dan handsock yang ada :)














Haaa, so apa lg? Grab fast ok!

Mira sekarang tgh buat combo set sale jugak! Siap ada discount lg ok! Tp limited set! Kena cepat la, sbb first come first serve! Combo set sale ni tak selalu ada tau. Combo set ni akan on sehingga tarikh yang diberitahu kelak! :) 







Set F dah sold out. So, here goes another grey set, Set F1.  

Happy shopping guys.
Ahaaa, any enquiries, just whatsapp me; 011-3677 6710.
Jgn tanya dekat blog, takut mira tak perasan your comment :) Tq!  

Dah ramai yang tanya mira ada buat borong tak. So far, for now mira tak open untuk wholesale lg ye. Maximum 12 pcs :) Doakan rezeki mira melimpah ruah, haha dpt la ambil stok bebanyak, haaa baru blh bg org borong harga murah2 nnt. heee Tetiba jadi pemborong plak dah. haha 

Jika ditanya, apa pros and cons business ni. heee Untuk mira yg baru sebulan ceburi bidang ni, business tu bukan sesuatu yang mudah, even nampak mudah. haha Konon mcm nak buat part time kan, haha tp a lot of efforts jugak kena letak. Nak handle mcm2 kot, ni baru kecil-kecilan. haha Tp apa yg mira suka sgt business adalah tentang ukhuwah. Jumpa macam2 jenis customer, siap blh borak2 mcm la dh lama kenal. haha Tak kurg juga ada backout buyer etc. Tp so far, yg mira jumpa inshaAllah semua baik2 mesra alam, very supportive. Siap mendoakan lg. Allahu. Nikmat Tuhan yg mana Engkau dustakan :') Sungguh ukhuwah itu indah. Terima kasih kalian sudi support business mira yg baru je nak up, yg tanpa ragu2 bermuamalat dgn mira. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua :) 

Assalamualaikum.

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

..