Monday, September 19, 2011

Secoret cerita raya :)

Assalamualaikum :)

rasanya hari raya belum habis lagi kan ?? hee so, di kesempatan ini mira dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat, keluarga yang jauh mahupun dekat, sahabat handai, para pembaca blog dan semua lahh yang mengenali atau tidak mengenali diri ini. heee ampun diminta dari hujung kampung sampai hujung benua :) maaf laa mira wish selamat hari raya lambat sangat. sebab sgt2 busy. beraya and nak uruskan kemasukan ke unimas lagi. huhu so far, raya tahun ni paling2 bermakna dalam hidup mira ? kenapa ??

haha its because of kehadiran orang baru dalam hidup mira. i mean, bukan la baru apa. sebab kenal dah lama. hee orang baru means dah jadi suami kan. orang baru dalam keluarga mira. kitorang beraya kampung mana dulu tahun ni ? haha okayy. kalau dah kahwin, mesti laa ada percanggahan kan. sorang nak raya sini, sorang nak raya sana. dan kami hampir2 decide, takpe laa. mira raya dengan family mira, and muhsin raya dengan family dia. haha kelakar je. lama jugak kami bincang. nak jaga hati dua2 belah pihak. so, kami decide raya kampung mira dulu. sebab petang raya tu, kami dah ikut family muhsin balik kampung dia dekat negeri sembilan. dekat kampung muhsin stay sana dekat seminggu jugak. so, dekat kampung mira sehari je laa. cuma raya fist dengan family mira laa. adil la jugak kan ? heee and a BIGGGGG thank you to my sweetheart, sebab  sangat2 sporting. haha dia follow je mira :) dia sangat2 bertoleransi. heeee next year, raya belah cik abang tu plak :)

tema kami tahun ni warna HIJAU. dan menurut pengamatan mira, sungguh ramai berwarna hijau tahun ni. hee raya kali ni sangat2 bermakna. pagi raya dapat bersama yang tersayang. korang ada ?? :P haha ( ni dah terikut2 budak2 asasi unimas ni laa. ni trademark mereka. haha ) wahh. dapat siapkan pakaian dia semua. impian selama ni jadi kenyataan. hihi dulu2 time pagi raya selalu terbayang kalau dah kahwin nnt, pagi raya nak siapkan dia semua. tapi tahun ni dah dapat dah. haha dulu2, mira bagi kad raya dekat dia. tapi tahun ni tak. sebab sentiasa ada kat sebelah, nak bg buat apa. haha minta maaf secara LIFE. hee tahun2 lalu, pagi raya mira mesej dia sepanjang2 tidak. haha tapi tidak perlu lagi tahun ni. kami dah halal untuk minta maaf depan2 dan bersalaman. alhamdulillah. sungguh, kahwin awal ni banyak sangat2 benefit pada mira. rasa seronok, tenang dll lah.

kenangan pagi syawal pertama bersama yang tersayang...bila tgk gambar2, tersenyum sendri. ahli keluarga dah bertambah. heee dekat kampung muhsin plak. negeri 9 family umi. selama seminggu di sana, memang beraya je kejenya. haha hari2 kot keluar beraya :) kitorang konvoi, dalam 6, 7 buah kereta. siyess sgt ramai. family muhsin sgt besar. sebab diorang start from moyang, and adik beradik wan, kemudian anak2, kemudian cucu. wahh. mereka united. heee suka sgt. hee family mira tak besar mcm mereka sbb mak tok anak tunggal. heee cuma mak tok ada 12 anak. so, mira kire takde atok sedara lah. hee family belah mama plak rmai jugak la. tapi tak rmai cm diorang. heee cuma mira agak terkilan laa. tak dpt jumpa sedara mara belah abi. kitorang sampai rumah petang tu dari kg mira dah petang sgt. ingat sebelum pergi balik kampung n9, nak singgah rumah arwah atok. sebelah je rumah muhsin. sdara mara semua kumpul sana. tapi time kitorang nak pergi diorang dah pergi beraya. ada yang kecik hati kitorang tak g jumpe mereka. sori sgt2 ea. tak dpt nak adjust masa tu..insya Allah next year kitorang akan ziarah.oh, ya. kitorang pergi sana naik kereta sendiri. naik grand livina. hee muhsin drive laa. sebab ayah tak bagi mira drive. dia tak percaya. hukhuk sadisss. so, masa konvoi, kitorang naik kereta sendiri laa. comel je. haha tapi best, dapat borak mcm2 sepanjang jalan. heee selama ni, mira naik kereta je mesti tidur. haha tapi bila dah jadi bini orang ni, dah kena teman orang yang drive tu. karang dia ngantuk, bahaya plak.. sepanjang seminggu kitorang pergi beraya, masa muhsin drive mira tak pernah tidur. kecuali sekali tu je. sebab merajuk dengan dia. terus tidur. haha abes rekod bersih mira sanggup berjaga nak teman dia bercakap. heee

oh, yaa. kira sambil beraya ni, mira diperkenalkan kepada keluarga2 belah muhsin. heee aktiviti ni dikenali sebagai menyalang kot. alamak, tak ingat. ari tu wan cik ada ckp. heee so far, mira diterima baik oleh keluarga muhsin. heee keluarga dia sgt best laa. hee cuma mira segan gilaa. maklumlah, sorg2 je org baru :P nasib baik ada kakak ipar mira. law segan, mira dengan dia laa. hee

oh, hampir terlupa nak cerita. ada 1 hari tu kitorang tak pergi mana2. terkeluarlah idea nak pergi melaka. heee
tak melaka, seremban pun jadilah. huhu at last, kitorg decide pergi melaka. huhu perjalanan dalam 1 jam lebih jugak laa. ramai yang join kitorang ni. kak siti (akk ipar mira), kak cik,(cousin), husni (cousin), bang cik,and munir (dua2 adik ipar mira) and mira serta muhsin. bertujuh la kami berjalan. sampai2 je dalam pukul 6.00pm. gerak dekat pukul 5.00pm masa tu. kitorang pergi Mahkota Parade dulu. agenda ada dua je. boling and wayang. tu je sempat. hee kitorang tersilap plan. patut pergi window shoppng dulu baru tgk wayang. ni keluar wayang dah pukul 10.00pm. semua kdai dah tutup. sedihh -.- masa sampai tu kitorang pergi main boling dulu. amek 2 lane. siyes yang girl ni semua tak geti main. haha memang asek galak ketawa je kat sana. oh,dan untuk lane budak lelaki, my hubbyy sgt terer! haha dia first. hihi congrats2 darling :) mira pun tak taw mane dia belajar main boling. haha then, kitorang pergi tgk wayang plak. cerita pilihan Hantu Bonceng. haha sebab tu je cerita yang ada. start pukul 8.30pm. full gila pawagam. kitorang dapat antara seat depan. duduk la berderet 7 orang. haha habis tu, masing2 dah kebulur. kedai makan semua dah tutup. mcD full gila. pening ubi jugak kitorang nak fikir nak makan dekat mana. last choice, A & W. siyess tak sedap. haha tapi dah lapar, telan je semua. hee then, ada 1 tempat lebih kurang pasar malam, kitorang jalan2 sana plak. sharp pukul 12.00am, baru nak beransur. sampai rumah dalam pukul 1 lebih. haha serious best gilaaa dapat jalan2 dengan semua :) lepas ni boleh la pergi outing family lagi :D heee

see. high score nama sape tu ? heeee husband saya la tuu :)

from left : mira, kak cik, and kak siti.

them.dari kiri : kak cik, kak siti, bang cik, husni, munir and muhsin :)

perbincangan nak makan dekat mana. haha 

bersama cik abang saya :)

us. masing2 dah kebulur gila time ni. haha :P

seminggu di sana, sehari sebelum flight mira balik rumah. alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 1.00pm. hari tu, dah busy buat last check up barang2 semua plak. thats why, tak sempat update blog semua. heee sebelum ni rasa okay je nak berjauhan dengan cik abang tu. tapi, malam tu. ya Allah. Allah je taw mcm mana rasa nak berpisah dengan suami sendiri. hmmmm masa dia dah tidur, kesempatan tu la mira amik untuk tatap muka dia. habis2. haha actually, tatap smbil nangis :'( huhu memang mira ni cengeng. asek nak nangis aje. takut laa. takut sangat lepas ni tak dpat jumpa lagi ke. ajal memisahkan kami ke. hmmm semoga segalanya dipermudahkan. dan alhamdulillah. sehingga ke hari ini, semuanya okay :)

so, ni ada la sikit gambar raya. malas nak upload banyak2. heee

kitorang memang nak tubuhkan kumpulan nasyid pagi2 raya ni. ada cadangan untuk nama kumpulan? :P

ampunkan salah silap nur abang..

 keluarga mira. dah bertambah sorang ahli. heee

my super duper loving mama and ayah! <3

kami with mama dan ayah :D

p/s : entry ni mira type pagi tadi. sebab takde keje. haha hari ni hari isnin dan kelas mira start at 1.00pm dan habis pukul 4.00pm. wahhh. best kan ? korang ade ? :P


 thats all. Assalamualaikum.

 

13 comments:

  1. sweettt,,,wah,,dtg melaka,,awat tak jemput zati skali p,,hee~~

    ReplyDelete
  2. haha zati kat melaka ke ? haha eh, pkwe awk yang 1 ukm dengan husband mira eh ??

    ReplyDelete
  3. awwww :) sweet gila boleh ?? happy tengok mira bahagia . :D hope me punya jodoh dtg cepat² .

    ReplyDelete
  4. haha mira, heeee thanks syg! insya Allah. mira doakan untuk mira. haha :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh , seronoknya dapat beraya dengan orang tersayang . Hihi , wish you happy forever kak myra ♥

    ReplyDelete
  6. sweeeeettttt. smoga mira & husband bahagia eventhough berjauhan..

    ReplyDelete
  7. Blog yang berisi artikel informatif dan menarik untuk dikunjungi... :)
    Blog ini sudah saya follow, kunjungi dan follow balik yah...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. semoga hubungan saya pun diberkati jugak macam akak. hehe. menyelit kejap. :)

    ReplyDelete
  10. salam..hai kak...wat a sweet family u have there.
    semoga bahagia selalu =)
    btw fmily akak sme mcm pikah lah..
    2puteri n 4 putera kan?
    sulung akak ke?

    ReplyDelete
  11. sweet sangat tngok mira cium tngan suami..hehehe

    ReplyDelete
  12. sweet sgt tgk mira...
    semoga hbgn fazz pn akn d'brkati mcm mira..amin...

    ReplyDelete

..