Monday, December 5, 2011

3 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga & Huraian Al-Ghazali :)

Assalamualaikum :) 


3 ASAS KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN HURAIAN AL-GHAZALI


Terima-kasih buat suami soleh yang membuatkan hati isterinya tenang. Terima-kasih jua buat isteri solehah yang membuatkan hati suaminya tenang. Hiduplah bahagia dalam ketenangan.

Imam Syeikh al-Ghazali mengatakan bahawa struktur asas bagi pembinaan rumah tangga bahagia ada tiga. Katanya: “Sesebuah rumah hendaklah dibina di atas tiga struktur asas, iaitu: ‘al-sakinah’(ketenangan), ‘al-mawaddah’ (kemesraan) dan ‘al-tarahum’ (timbang rasa).”

Struktur yang digariskan oleh Imam Syeikh al-Ghazali ini berdasarkan Surah ar-Rum, ayat 21." Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah bahawa Dia jadikan kamu pasangan hidup agar kamu mendapat sakinah (ketenangan/ kebahagiaan)bersamanya.Dan Allah menjadikan antara kamu berdua mawaddah (kasih-sayang, kemesraan) dan rahmah (belas kasihan/ timbang rasa)."

Asas pertama: Ketenangan.
Hendaklah suami isteri tenang dan berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Isteri mempunyai hak untuk tidak diduakan oleh suaminya (tanpa apa-apa darurat yang mendesak).

Asas kedua: Kasih sayang/ Kemesraan.
Berkongsi suka dan duka secara bersama.

Asas ketiga: Belas kasihan/ Timbang rasa
Berakhlak mulia serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.

Sesebuah rumah tangga yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, bahkan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup dan ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan. 

Hubungan antara suami isteri adalah dibuat melalui suatu ‘kontrak’ atau ikatan yang membabitkan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab secara timbal balas. Setiap tanggung jawab yang disempurnakan, sepatutnya dibayar dengan hak yang dinikmati. Dengan kata lain, suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak mengambil dan memberi. Tiada hak yang diambil dengan percuma tanpa tanggungjawab yang diberi.


entry dishare dari blog, Ustazah Fatimah Syarha :D


p/s : antara perkara asas yang perlu dititikberatkan dalam rumah tangga untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga :D 

 Assalamualaikum.
 

1 comment:

..