Sunday, December 4, 2011

Janji Kekasih :)

Assalamualaikum :)

Sebuah cerita mengenai srikandi Islam..


Si Cantik Jelita yang Lahir Dalam Kemuliaan.
            Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah lahir dalam keluarga yang terpandang di sisi masyarakat kerana berasal daripada Bani Makhzum. Dalam keluarga inilah, dia dididik bersikap dermawan, berhati bersih, menghayati erti belas kasihan sehingga memancarlah kebaikan dan kepemurahannya kepada manusia. (Rujuk Nisaa’ Ahlil Bait, Ahmad Khalil Jum’ah, hlm. 225-226).
Ayahnya seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah. Nama si ayah sangat akrab di hati para musafir yang kekeringan bekal. Melalui sebuah perjalanan jauh dengannya amat menyenangkan kerana dia tidak membiarkan orang membawa bekal atau menyalakan api bahkan dia sendiri yang mencukupkan keperluan itu semua kepada mereka.
Begitulah lelaki ini membawa kemuliaan dalam keluarganya hingga terkenal dengan kedermawanan dan kegagahan. Inilah lingkungan keluarga yang membenihkan sekuntum mawar agama bergelar Ummu Salamah, berparas jelita dan berakhlak mulia.

Disunting Pemuda yang Amat Mencintainya
            Si mawar agama semakin menginjak usia remaja. Harumannya tersebar, menjadi rebutan. Pemuda terpilih yang berjaya memenangi cintanya ialah seorang penunggang kuda yang  hebat laksana kesatria.
Siapa lagi kalau bukan Abu Salamah, Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Ibunya adalah Barrah binti Abdul Mutalib bin Hasyim, ibu saudara Rasulullah SAW. Ibu susuannya ialah Tsuwaibah, hamba Abu Lahab yang juga pernah menyusui Nabi SAW.
Pernikahan dilangsungkan antara pemuda gagah ini dengan si gadis cantik. Mereka hidup sebagai pasangan yang sangat bahagia. (Rujuk Shuwar min Siyar Ash-Shahaabiyyaat, As-Suhaibani, hlm. 177).
Pengantin baru dua sejoli itu menjalani detik-detik indah bersama dengan limpahan kebahagiaan. Abu Salamah mencintai isterinya sepenuh hati. Masakan tidak, keperibadian Ummu Salamah di mata seorang lelaki hampir sempurna. Jiwanya tulus mencurahkan cinta, penyayang terhadap anak kecil dan kelembutannya mempesona.
Sejak awal dakwah Islam, pasangan itu begitu serasi menyatakan ke-Islaman dan keimanannya kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Cinta mereka bertambah jelas matlamatnya sejelas matlamat Islam membawa rahmah kepada sekelian alam. Kebahagian jiwa mereka bertambah-tambah meskipun dihimpit tekanan oleh penduduk Quraisy yang memusuhi dakwah Islam.  Janji terpateri, mereka sanggup melalui apa sahaja ujian yang mendepan demi Islam.


Janji Kekasih

            
Sebelum perginya suami tercinta, Ummu Salamah berada di sisi merawat sehabis daya. Dia seorang isteri yang sangat setia dalam menyayangi. Cemburunya besar lantaran besarnya cinta. Ziyad bin Abu Maryam sempat merakamkan semula dialog sedih antara dua insan yang sangat saling mencintai kerana Allah ini.

            Dengan linangan air mata, berkatalah Ummu Salamah kepada kekasih hatinya,
“Kandaku sayang, dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga, sementara isterinya tidak menikah lagi, maka Allah akan mengumpulkan mereka kembali di dalam syurga. Oleh itu, berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi (seandainya dinda mati terlebih dahulu). Dinda juga berjanji tidak akan menikah lagi andai kanda pergi dulu.”

(Sebenarnya ada perbezaan pendapat berkenaan hal ini kerana setelah menjadi isteri Nabi, Ummu Salamah pernah bertanyakan hal seorang isteri yang pernah menikahi beberapa orang suami. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya paling berhak menjadi suaminya di syurga.)

Abu Salamah sedar, isteri sesolehah, secantik dan sebijak isterinya wajar dimiliki oleh seorang suami yang jauh lebih baik daripadanya. Dalam tenat bicara, Abu Salamah menagih janji yang lebih baik baginya seraya berkata,
“Mahukan dinda taat kepada kanda?”
Ummu Salamah lantas menjawab tanpa ragu,
“Sudah tentu wahai kekasihku.”
“Berjanjilah, jika kanda mati terlebih dahulu, maka menikahlah lagi,” pinta suaminya.
Ummu Salamah terkedu. Air mata bercucuran hiba. Dalam kepayahan, kedengaran suaminya memanjatkan doa buat Ilahi,
“ Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik dariku yang tidak akan membuatnya sedih dan tidak akan menyakitinya.”

Demikian dipamerkan keikhlasan cintanya kepada Ummu Salamah sebelum dia menutup mata selamanya. Ummu Salamah tidak mampu menahan rasa sebak di dada. Dia mengeluh,
“Siapakah orang yang lebih baik dari Abu Salamah?”


Kita selalu tertanya-tanya, betul ke kalau suami kita dah meninggal, kalau kita nak jumpa suami kita di syurga, kita tak boleh kahwin lain? Jawapan pada persoalan anda ada dalam entry di atas. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa suami yang paling baik akhlaknya terhadap isterinya adalah suami yang paling layak menjadi suaminya di syurga kelak. Muhsin selalu cakap, andai dia pergi dulu, dia selalu suruh mira cari lelaki yang lebih baik dari dia. Dengar ungkapan sebegitu je, berlinang air mata jatuh ke pipi. Kuasa Allah kita tak mampu nak halang andai saja ada jodoh lain yang Allah tetapkan untuk kita. Hanya 1 jawapan yang mampu diucap, abang lelaki terbaik untuk nur =) I   want to be the best for you because I want to be your bidadari di syurga kelak. insya Allah. 

Dipetik dari entry Ustazah Fatimah Syarha :)
ingin tahu siapa Ummu Salamah? full entry ? klik SINI.

 Assalamualaikum.

 

1 comment:

..