Tuesday, May 31, 2011

Ahhaa! It was my birthday ! :)

Assalamualaikum :)

nak story benda penting ni. haha penting la sgt -.- hee takde laa. okayy. hari tu a.k.a 16 May 2011 adalah Hari Guru buat guru2 di Malaysia. Selamat Hari Guru pada semua cikgu2 ea :D oh tapi bukan itu sahaja tahu ? hari tu merangkap Hari Lahir seorang gadis comel bernama Nur Amirah Binti Hasane :) haha muka mintak kena ketuk -.- hoho dekat sini saya ceritakan serba sedikit latar belakang beliau ea. hihi to stalkers, meh sini amek semua biodata aku, pi jaja eh :P but ingat taw, aku tak tahu, tapi Allah always knows :) to fans, thanks for reading! haha :D *maaflah sebab lambat sgt update. orang busylahhh katakan :P

ENTRY ni agak panjang der. maklumlah story 19 tahun aku hidup dekat muka bumi Allah ni :) but benda ni just random. nak cerita detail mahu tak 7 hari 7 malam baru habis :P selamat membaca =)

" Uweekkkk. uwekkkkk. T__T " a little baby girl was safely born on May 16, 1992 at Hospital Lau King Howe, Sibu, Sarawak :) She was born with weight about 3.01kg. Her lovely parents had gave very special name to this little girl which was Nur Amirah :D these name brought the meaning of the highest, the leader of the princess. short but very meaningful to her :) as she was the eldest daughter for her parents, this name suits her well :) first baby katakan :) oh, well. mesti korang nak tahu kenapa this girl lahir dekat Sarawak kan ? i actually really dont know either i'm a Sarawakian or a Johorean?? haha maybe both kot kan. lahir je dekat Sarawak. about 3 years duduk sana, then pindah Melaka, then pindah Johor. until now. hee mama cakap, about 20 years they got married, dekat 11 kali kot pindah rumah. woohooaa. banyak jugak kan. actually, my dad is a doctor. so, about 4 or 5 years he was working with the government. the next year, ayah keluar from government and open his own clinic. Poliklinik Harmoni & Surgeri :) so, as he work for the government, biasalah, ayah kena hantar dekat Sarawak. area pedalaman juga rasanya. area2 Sibu, Bintangor, and others. so, thats why saya lahir dekat Sarawak. bukan either one of my parents orang sana taw. both of them orang Johor :)

okay, this girl mendapat pendidikan pertama iaitu sekolah tadika di Tadika Nawwar. wajiblah korang tak taw. tadika tu deret rumah aku je. heee senang nak pi sekolah. haha opss tetapi this girl sudah pandai membaca sejak berumur 4 tahun lagi. hihi ni semua atas didikan mama tercinta yang sgt tabah mengajar myra dan adik kedua myra ketika itu :D so, dekat tadika, maka, budak pempuan nilah yang cop nombor 1. haha medapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi :) sejak darjah 1 sampai darjah 3, nombor yang this girl pegang dlm kelas mesti nombor 2 or 3. wajiblah! haha ade bestfriend dia tu wajiblah nombor 1. pehh, dari dulu kan tak leh nak beat.  takpe2. dia memg pandai. haha start darjah 4, dah mula ramai budak2 yang naik. hee so, this girl pegang nombor antara 1 to 5 :) every exam, geng kitorang ni wajiblah tukar2 nombor. jap dia , jap dia ni. haha sampailah ke UPSR sebenar, alhamdulillah. 14 orang dapat 5A's including me. kitorang dapat RM100 + sebuah basikal ouhh! haha pelik kan, npe ms upsr, mcm2 hadiah sekolah tawarkan, time PMR, SPM takde la plak kan.  ceytt. beliau ni memegang jawatan pengawas sejak dari darjah dua, dan memegang jawatan penolong ketua pengawas masa darjah enam. tapi ketua pengawas gue tika itu agak pasif, maka gue la yang menguasai sekolah itu. muahaha bapak ah. gila kuasa :P dulu, sekolah rendah suka gila kumpul sijil, masuk itu ini. kira permulaan sekolah rendah memang seronok + sangat aktif.

Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi :) actually, this girl dapat tawaran SMKA Bandar Penawar, tapi gedik tak mau pegi. haha nak jugak Tun Habab. heee 3 tahun di menengah rendah, alhamdulillah tika form 3, beliau berjaya mendapat straight A's iaitu 8A's untuk PMR. kecemerlangan UPSR dapat diulangi kembali :) deyhh, siapa cakap sekolah biasa tak bagus ? seriously, SMK Tun Habab banyak sgt lahirkan pelajar yang tip top taw! tak tipu :) ketika di tingkatan 4, myra masih di SMKTH. alhamdulillah. permulaan form 4, agak shocked! subject gila je semua. haha belajar main2. huhu thats why SPM pun tak perform sgt. haha tapi syukur alhamdulillah lagi sekali, tatkala SPM beliau berjaya mendapat 8A's. tak kurang dan tak lebih dari PMR :) kecemerlangan itu sekali lagi dapat diteruskan. this girl so proud of herself even she did not perform well but she had done the best :D ingat senang jadi anak sulung ke ? huhu nak kena jadi role-model untuk adik2 taw. biasanya berjaya seorang kakak atau abang, insya Allah adik2 pun akan ikut jejak. tu la pasal berat tanggungjawab jadi kakak ni :P tapi this girl, naik je sekolah menengah dia dah tak aktif. i dont know why. dulu berebut2 masuk itu ini. naik sekolah menengah dia jad pemalas. haha tu yang koko total dpt B je -.- heee but alhamdulillah, this girl tamat zaman persekolahan dengan wajah yang tersenyumm gembira :D terlalu banyak kurniaan Ilahi yang DIA kurniakan pada this girl. terima kasih, ya Rabbul Izzati :) sesungguhnya aku hanya hambamu yang hina dan lemah...hanya mampu mengharap kasih dan rahmat dari-MU :)

TAMAT alam persekolahan, cuti selama hampir 4 bulan jika tak silap, tika ini beliau memenuhi masa cuti beliau dengan mengikuti kelas memandu, kelas bahasa inggeris tapi tak sempat habis. haha dan bekerja dengan ayahanda beliau :) so far, cuti ketika SPM banyak juga kerja yang beliau buat. heee tibanya bulan April 2010, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan :) ini adalah kali pertama beliau jauh dari ibu bapa beliau setelah 18 tahun bersama mereka :( tapi mengejutkan apabila beliau tak homesick! haha lebih kurang 10 bulan berada di matrik dan telah melalui dua peperiksaan utama pada setiap semester. alhamdulillah, sem 1 dapat 3 pointer and above. sem 2 juga dapat 3 pointer and above. cuma total pointer tak strong sgt. hukhuk sadisss -.- dekat matrik ni, sgt best. cuma myra selalu nangis sebab tak taw kenapa otak bengap sangat. huhu padahal kadang2 simple topic pun tak reti buat. muhsin la yang paling banyak sabar, bagi nasihat. heeee thanks awak! kalau pandai dekat matrik ni mesti da dapat 4 en. takpe la, takde rezeki :) alhamdulillah, tamat MATRIKULASI juga dengan wajah yang tersenyum :) heee

TAMAT sahaja matrikulasi, bercuti lagi selama hampir 5 bulan. yeeehaaaaa! haha excited terlampau. hee cuti kali ni, tak buat apa pun lah. sebab segalanya sudah dilakukan ketika cuti setahun lepas. so, cuti kali ni kerja je laa :) dan ada satu event terindah akan berlaku dalam hidup myra, cuma biarlah ia menjadi rahsia :) huhu dan, tamatlah cerita tentang seorang gadis setakat ini. insya Allah kalau ada rezeki panjang umur, berjumpa lagi kita tahun hadapan :D

ni gambar2 masa my birthday hari tu :)

 Chocolate indulgence secret recipe.
*weyh. serious. yang keluar paper pasal kek ade pasl b*** tu lepas birthday aku.
so, aku tak tahu pape ms birthday aku. pas ni memg tak la nak beli kek kat luar kan. huhu

 Birthday girl :)

 anak mama :) sayanggg mama! =)

 saya anak sulung, tapi perangai gedik mcm anak last :P
sayang mama ayah infinity :)

 jantung hati saya :)
my second bro amek gambar ni.  adik ketiga takde.

 Happy birthday to me ! haha

 sweet 9teen girl ! :) i'm in pink masa my birthday. hihi

 anak sulung dan anak last :)

mereka segalanyaa bagi myra :)
terima kasih mama ayah sebab jadi yang terbaik untuk akak. mmuahh! 

Syukur kehadrat Ilahi sebab hidup myra penuh dengan warna-warni :) even pernah laa jugak rasa jatuh bangun semua. hidup mana yang tiada dugaan kan. dugaan dan cabaran banyak mematangkan kita. syukurrr. terima kasih Allah, terima kasih mama, terima kasih ayah, terima kasih adik2, terima kasih muhsin, terima kasih kawan2, teman, sahabat, dan terima kasih semuaaa =) kadang2 terasa seperti ya Allah, terlalu banyak rahmat dan kurniaanNYA pada diri ini, sehingga rasa macam tak cukup2 nak ucapkan syukur atas nikmat yang diberikan :) terima kasih ya Allah. hanya pabila dekat dengan Allah, jiwa dan hati akan jadi tenang setenang air di lautan. percayalah. hanya ketika dengan Allah :) jadilah makhlukNYA yang patuh pada perintahnya. insya Allah. tika sedih, carilah Allah, dan tika gembira, carilah Allah juga. untuk ingatan bersama :) aminnn.

p/s: this year, last pegang title gadis belasan tahun ouhhhh! haha next year dah jadi puluhan tahun. peh. pehh. ini tua la seyh. haha tapi kadang2 excited jugaa nak jadi orang besar :P

Assalamualaikum.

 

Saturday, May 7, 2011

Kita dah kerja :D

Assalamualaikum :)

Hello awak-awak semua :D sori la selalu aje lambat update blog ni. bukan update yang lambat, cuma upload picture yang lembab gegilaa. haihh -.- selalu upload picture sampai 2, 3 hari. okay. ini SERIOUS. tak main tipu-tipu taw. haha almaklumlah. nama pun guna BROADBAND ! line BB dekat Pilah serious lebih laju dari dekat bandar ni taw. oh, sungguh i tak faham. kenapa ea ? -.- emm yeah, lupa nak bagitau. myra dah start kerja isnin lepas taw. kiranya dah 5 hari la myra start kerja. so far, alhamdulillah. kakak2 lama semua dah berhenti. semua kakak baru2. mula2 segan gilaa >.< tapi baru satu hari myra dah rapat dengan mereka. myra baru taw myra ni memang peramah. adoii. kakak2 ni cakap, ingatkan myra ni serious orangnya. tak sangka plak peramah. mau taknya. myra yang pergi tanya setiap sorang mcm2. haha so far, alhamdulillah. suka kerja dengan mereka <3

myra cuma kerja petang aje taw. kira shift petang lah. dari pukul 3 sampai 9 :) pagi ? tolong la jangan tanya myra buat apa. haha selalunya membuta -.- hoho mana taknya. biasa tidur pukul 4, 5 pagi. isk2. ape la nak jadi -.- heee oh, bagi yang baru2 je follow blog myra and tak pernah taw myra kerja apa sebelum ni. myra sebenarnya kerja nurse dekat klinik ayah myra. err nurse ke ? lebih kurang lah. haha tapi, memang best kerja klinik. even penat. tak tipu. ini serious ! :) awak, dulu lepas SPM, kita ambil gaji hari taw dengan ayah. tapi sekarang kita ambil gaji bulan. haha comel lah. tak taw apa rasa time dapat gaji nanti. seronok ke ?? haha sebab kalau dapat gaji hari rasa biasa aje. heeee dulu myra boros gilaaa taw. haha almaklumlah, first time kerja and banyak duit. adalah lebih kurang RM2000++ jugak gaji myra sepanjang 4 bulan kerja tu. tapi sekarang tinggal RM250. muahaha mana pergi yang lain ? teeeheeeee >.< jangan lah tanya. tapi kerja kali ni, myra nak kumpul and tak nak boros sangat. hoho semoga tercapai lah ea hajat tu. dah la myra ni kaki shopping. -.- eh, tak bolehh. sekarang dah besar. kena pandai jimat cermat. ahaaa! *dah layak nak kahwin. dah pandai saving :) haha

 lebih kurang gini la kerja mak cik kononnya :)

ini serious weyh. haha hey, kerja klinik takde la stress mcm ni pun. BEST la :)

okayy la guys! need to sleep :) hari sabtu dan ahad ni cuti. so, blur nak buat apa. nak buat kek oven tak siap lagi hantar servis -.- padahal dah kumpul macam2 resipi. baru satu kek aje berjaya dibuat. heee thumbs up myra. kek tu sumpah sedap >.< so, esok maybe nak habiskan minyak kereta mama. haha kejam gilaa. nak pergi round2, ronda2, jalan2. kalaulah lepas pergi JB kan seronok. tapi mama bagi after habis P nanti -.- bulan 4 tahun depan tahu ? sabar je lah :)

Assalamualaikum.

p/s: awak. cuba awak kira berapa banyak serious saya yang ada dalam entry tu ? lebih dari satu kan ? saya pun tak taw kenapa suka sangat type perkataan tu malam ni :) nyteee awak2 semua >.<

 

Wednesday, May 4, 2011

Last day of matriks :D

Assalamualaikum :)

alhamdulillah. myra da dapat balik my lappy and broadband Isnin lepas. hee but tak sempat2 nk update blog. buat masa ni myra tak kerja lagi. just tolong ayah siapkan buku akaun klinik aje. tu pun banyak gila oh. -.- SALAM PERTAMA buat masa cuti ni. myra dah mula nk update story2 yg terbengkalai ni. haha okaylahh. entry ni myra nk cerita pasal hari terakhir dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ( KMNS ). 


Siapa tak sedih kot nak tinggalkan segala kenangan bersama selama setahun. especially dgn roomate tercinta :( susah senang, sakit perit myra semua dengan mereka. alhamdulillah. roomate myra semua baik2 dan sgt baik even kepala mereka ting tong sikit. haha nnt myra update pasal roomate myra eh :) ni gambar masa pagi last kami bersama.

with Lee Li Shan :)

kak pain and Li Shan :)

me and akk gemok! haha

jiran depan, kak long and me :)

jiran depan :) lagi sorg tak ada masa ni.

my LESBO :P

haha blur! 

the ROOMATES! iloveyou! 

ain farhana yang cantik >.<

kak pain yang comel >.<

shila, jiran depan and myra :) 

myra and jiran :D

wani, jiran depan and me :D

ain with kak pain :)


habis exam around 10.00am. lepas tu, ada jumpa classmates sekejap. jumpa buat kali terakhir :( menangis. haih. then, balik bilik. terus smbg mengemas. myra punya brg punyalahhh banyaaakkk! sampai 3 hari 3 mlm kemas pun tak habis kemas :( haha tu laa. bilik buat cara bilik. ni tak, bilik buat cara rumah -.- haha memg complete la bilik myra tu. law boleh, dapur semua nak bawak -.- ni gambar barang2 myra yg telah siap dikemas. hoho tak larat nak nengok taw. bnyk sgt -.-

 sudut 1 :)

 sudut 2 :)

 sudut 3 :)

 sudut 4 :)

board yang ditinggalkan :(

mama ayah sampai pukul 12.00pm masa tu. myra dah risau. sebab ain tak balik lagi. ain budak akaun. paper diorang last day tu habis pukul 12.00pm. paper business i think, 3jam. myra takut tak sempat jumpa. tapi sedang kemas2 tu, ain balik.uwaaaaa! sukaa. hee dah habis kemas semua, okayy. part yg paling tak boleh blah. i admit, menangis masa ni. alangkan dengan classmates dah nangis, apetah lagi roomate. mereka yang selalu teman and jaga myra susah and senang. roomate myra baik sangat2. bersyukur gila dapat mereka :) paling teruk and tak nak lepaskan peluk masa dengan ain. sebab myra rapat sangat dengan dia. dari awal masuk, sampai la habis. everything kitorang bersama. iloveyou dear. uwaaaaa :'( sumpah tak sanggup nak berpisah. orang yang selama ni tidur dengan kita, stay up dengan kita, and buat everything together. haihh. sayang ain sgt2 <3 jaga diri baik2 okayy sayang. kalau ada rezeki kita jumpa lagi :)

habis semua tu, myra selamat keluar matrik jam 12.50pm kot. Alhamdulillah. once myra keluar je dari gate, myra dah selamat mendaftar keluar and nama myra dah tiada dalam sistem dekat matrikulasi. Tamat sudah perjuangan myra selama hampir setahun di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. terlalu banyak kenangan di sini. matrikulasi is the best place ever you know ? friends, cikgu, semua best. cuma matrikulasi agak tough sebab dia laju dan masa belajar yang singkat je. so far, yang lain okayy saja >.< lambaian terakhir pada signboard Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan menjadi titik tolak pada bermulanya sebuah lagi kehidupan baru buat myra. myra ckp dekat muhsin, myra sedih. dia cakap, tak ada apa nak dikenang. segalanya sudah berakhir. lelaki, tak banyak fikir mcm perempuan. hidup mereka senang je -.- haha Alhamdulillah. myra masuk dgn cara yang baik dan keluar juga dengan cara yang baik >.<

oh, lupa nak bagitau. ayah amik cuti taw semata-mata nak amik myra kat matrik. haha for your information, ayah penah sekali je jejak kaki dekat KMNS, masa nak daftar. so, i justt hope masa hari last ayah datang jugak. ayah tu sangat workholic tahu. dia susah nak amik cuti even bekerja sendiri. dan yeeehaaaa. bila mama call, mama cakap ayah amik cuti, melompat2 mcm orang gilaa -.- haha so, 1 family la ikut. cuma adik yang ketiga tiada sebab sekolah. yang budak kecik dua orang tu PONTENG -.- haha then, kitorang pergi makan, dan pergi seremban parade. dekat seremban ni blur aje nak pergi makan dekat mana selain dari fast food taw. isk2. lepas tu, kitorg pergi Parkson. mind you, Parkson ni harga barang dia. adoii. tak boleh blah. almaklumlah jual barang2 jenama kot. myra terpandang 1 handbag BONIA. warna hitam ade pink2 sikit. pink wajib ade. hee so niceeeee. bila tengok harga. errrr fine. RM 868! hoho memang tak berbaloilahh. baik aku pergi joli benda lain. haha tapi siyes tak tipu, handbag BONIA dengan CARLO RINO tip top oh. cantik2. nak jugakk -.- hoho ayah nak beli kemeja tu yang singgah situ. rasanya 2,3 helai juga ayah grab. mama tukang pilihkan. heee ayah cakap amik la apa2 nak. hakim amik baju t-shirt dan me ? nak baju, tapi takde la baju yang ala2 muslimah dekat situ. semua bukak sana, bukak sini. hampeh -.- so, penat la pusing2 kan. sampai satu tempat, terpegun. PURSE ! haha actually, banyak sangat purse warna pink. gila mata den ni nengok. heee tapi bila fikir2 balik, mcm budak2 betul la aku ni. haha so, cari la purse ala2 dewasa kononnya. dan, here we are, i bought this. nice kan ? heee kalau tak pun, korang eakan aje :)



lepas tu, terus bergerak balik rumah. sampai rumah jam 7 malam. alhamdulillah. home sweet home :) seronok berada di rumah sendiri. thats all! hee sehingga berjumpa lagi.

p/s : rumah myra renovate lagi lerrr. dah 3x renovate since last year. asal balik je, mesti rumah tgh renovate. pe cer ni ? haha layannn je laaa :D

 Assalamualaikum.

 
..