Saturday, August 27, 2011

I'm a UNIMASian to be :)

Assalamualaikum :)

hai semua. lama dah mira tak update apa-apa dekat sini. since I private my blog for a few week. on a few reasons actually. but takpe laa. heee now, dah open balik :) sorry pada yang nak baca or follow blog mira tak dpt nak buat demikian. sekarang dah boleh ea.

okayy. enough about that. based on my title. i'm a UNIMASian to be. actually korang paham tak apa tu ? heee mira terangkan more detail here eh. UNIMAS is the short form for Universiti Malaysia Sarawak. okayy. what is the connection between me and this university. mira rasa since results UPU keluar hari tu, mira belum pernah update apa2 dekat blog. just ramai taw dekat facebook je la kan :) UNIMASian means i'll be one of the pre-graduate there :) actually, dah jadi pun pelajar sana. sebab UNIMAS cara daftar dia unik sikit. guna medium online, e-daftar :) so, tinggal pergi daftar kolej kediaman aje laa :D

mira ditawarkan dalam kos apa ? Kos mira under Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. and mira akan sambung pengajian dalam IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER HAIWAN ). Untuk pengetahuan semua, mira tak apply pun unimas. mira apply ukm dan sewaktu dengannya. tapi tengok la. jauh tak jauh mira tercampak ke situ. uwaaaaa :'( kos mira ni nama saintifik dia ZOOLOGY :D dan fakulti mira ni specialnya cuma ada di unimas SAHAJA. huhu tapi kos zoology ni ada jugak dekat semenanjung. tu laa, masa dekat matrik bnyk involve Biodiversiti punya program. mira join yang bahagian serangga masa kat matrik. tak sangka mira plak yang dapat bidang ni. minat tu memg minat. cuma tak taw lagi sillabus sana and u mcm mane kan. so, cuak jugak laa. heee insya Allah. apa2 bidang pun yang kita pergi, kalau niat kita ikhlas belajar kerana Allah, insya Allah berjaya :D prospek kerjaya bidang ni bnykk. tapi yang mira berminat cuma lecturer or researcher aje. heee depends la nnt mira minat lebih ke mana :)

mcm mana ea mira boleh dapat UNIMAS ? salah satu faktor terhebat la, sebab mira anak kelahiran Sarawak. huhu bagi yang belum kenal mira, mira dilahirkan dekat Sibu, Sarawak. eh, tapi mira bukan orang sana. dulu ayah housement dekat sana 3 tahun. so, saya lahir sana lah! hee parents mira dua2 orang Johor. and mira pun stay Johor. ayah kata mira ni menumpang je dekat Johor. cessss. statement kejam! haha until now, i dont know whether i'm a Johorean or Sarawakian. hee my speciality for being born there is mira boleh beli tanah dekat sana! cuma orang yang lahir sarawak je taw boleh beli tanah dekat sana. jgn main2. haha ayah cakap " once you step di bumi sarawak, u'll fall in love with it. trust me". pernah jugak terdetik di hati lepas ni nk stay sarawak,haha. impian tinggi :P tapi husband mira mesti tak nak. heee takpe laa :) so, mira tak pelik sangat la kenapa mira dapat sarawak even tak apply pun. heee

husband dapat mana ? hoho ni yang i rasa sedih nak guling2 dari sarawak ke perlis :P huhu my hubby alhamdulillah dapat kos yang dia pilih dan di tempat yang dia pilih. husband mira dapat UKM-Sains Matematik. dia memang terer math. i'm jealous with it! haha so, kitorang jauh la eh ? ishh. mesti la jauh. mira over the sea! huhu awal2 dapat tu, mau tak gundah gulana suami mira tu, haha tapi last2 dia reda jugak. so, kitorang akan terpisah jauh selama 3 tahun. dapat jumpa pun cuti sem je. hukhuk pernah terfikir nak tukar ke semenanjung ? good question. eh2. sapa la pulak bertanya ni. haha i know you all akan tanya. actually, nak sgt tukar. tapi masa tu takde yang guide. mira pun tak taw pape about this. then, we just let it go. reda je laa. mama ayah pun sokong sgt pergi sana. so, mira bulatkan tekad je laa. okay. i'll go :) da last2 ni, everything dah hanpir siap, ada plak member baru bg jalan cm ne nak tukar u. mira sampai nangis2 sebab pening nak stay sana or tukar u. haha sumpah, saya la orang paling gedik dalam dunia. huhu tapi insya Allah. mira akan stay sana. 3 tahun kami merelakan perpisahan sementara. semoga kembalinya kami nanti, dua2 pulang membawa segulung ijazah. insya Allah. wahh. ayat nak jiwang terlebih :P ishh. tgh sentap ni. kena pisah dengan husband taw. heeeee insya Allah. everything will be okayy :) pergi menuntut ilmu ibarat pergi berjihad. setiap jihad perlukan pengorbanan.dan inilah pengorbanan kami. insya Allah. jihad fi sabilillah :) semoga Allah reda..

actually, ramai sangat yang cakap unimas ni best. so, mira pun sibuk la dok wat research. okayy. once i saw it, i fall in love with it. seriousss weyhh tak tipu. UNIMAS sangat3 cantik dan amazing. gah je tempat dia. mira kolej barat. iaitu Kolej Sakura. and menurut apa yang diberitakan oleh kakak2 seniors, kolej sakura merupakan satu-satunya kolej yang didiami oleh penghuni wanita sahaja. wuuuuuuuu :) ini benda paling best mira penah dengar. terdapat 3 blok dan all girlsss okay! :D kolej2 lain terdapat percampuran lelaki dan wanita. eh, tapi blok asing2 laaa. korang ni punn. huhu dan Fakulti mira hanya 5 minit dari kolej mira. i dont know whether it is true or not. but i'm pretty sure that its very2 true. alhamdulillah. dekat matrik dugaan sgt besar buat mira. haha untuk pelajar KMNS taw laa. dengan keadaan bilik serba usang, almaklumlah dah lama. huhu dan mira penghuni blok C-cendekia. yang jaraknya nak ke kuliah memakan masa 10-15 minit. waktu rehat mira tak penah balik bilik. heee jauhh leee. tapi dekat u ni, jarak dari fakulti dan kolej tak sampai 5 minit :) kolej pun lawa bebeno. mira dah ngk gak dekat gambar2. heee terasa excited pulak nak masuk. smpai my husband ckp, ni bukan nk g study, ni cm nk g holidayy. haha insya Allah. i'll try my best there. segala facilities dah ada, tinggal nak tak nak je belajar :)

oh yaaa. dekat sana ada bowling, big box, gym, dan lain2 laa. hee agak menarik :) u ni pun sgt laa luas :) memang best kot kat sana. lagipun orang cakap kawasan dia sejuk semua :D heee memang a very2 comfortable condition for study :) kitorang kat sana mcm apartment. ada 5 bilik. 3 bilik double 2 bilik single. got 1 kitchen and 1 living room, tak silap mira ada tv woooooo!.oh, tak lupa. 2 bathroom, and 2 toilet for eight people. okay sangat kot :D memg besar la kan :D heeee bilik single tu for seniors biasanya untuk juniors, 1 bilik 2 orang :) urmm oh, disadvantage dekat kolej sakura ni 1 je. no washing machine! haha tapi if nak pakai washing machine boleh pergi kolej sebelah, yang jaraknya hanya 5 minit. heee untunglah mira dulu kat matrik memang basuh baju pakai tangan. takde laa terkezut sgt kan. haha

mira pun tak boleh cita lebih2. tak masuk lagi. heee nanti dah masuk mira akan upload gambar2 apa2 yang best kat sana. insya Allah :) ni mira share sikit2 gambar unimas dengan korang :D mesti kecik besar kecik besar je korang nengok nanti. unimas best! :) heeee

pintu depan :)

 struktur kampus :)

 lecture hall :)

 besarr kot :)


terdapat tasik di situ :)


dari flight :)

ni kolej sakura :)

ni contoh meja study untuk bilik single. biasa tempat senior ni. 

 ni bilik single. besar kan? *grab this photo from google :)

meja makan dan kitchen :)

ni adalah CAIS. heee CAIS tu actually library :)

serious library dia gempak gilaa. 5 tingkat. boleh sesat wooo :P haha

hihi da puas cuci mata? heee udah2 le tuu :) okayy laa. till here. nnt kita jumpa lagi kat entry lain eh!

p/s : ramai sgt tanya lagu kat blog mira. haha tajuk lagu ni tanpamu-nyanyian sabbhi saddhi dan tak ingat. heee

sekian. Assalamualaikum.

 

Thursday, August 4, 2011

Alhamdulillah. terima kasih kalian :)

Assalamualaikum :)

baru 3 hari mira buat post mengenai wedding mira. alhamdulillah. macam2 respons yang mira terima :)

kadang-kadang rasa kelakar plak. sebab mira tulis suka-suka aje. tak sangka plak ramai yang suka entry tu. skrg dah 1300++ orang yang LIKE. niat mira 1 je. pengalaman mira ni jrg dpt dekat mana-mana. so, thats why mira nak kongsi dengan rakan-rakan sekalian.

kebanyakkan respons yang mira terima sangat2 positif. terima kasih pada yang tak putus2 ucap tahniah. dan terima kasih pada yang bagi kata-kata semangat. dan terima kasih juga pada yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami berdua :)

ada juga respons dari blogger, minta mira share di iluvislam.okay. bukan tak nak share. tapi kalau korang perasan. gaya bahasa penyampaian tulisan mira di blog ni santai aje.macam tak sesuai plak nk share :) but nengok la nanti :D

my post was spreading like oh, ya Allah. biar betul. cuma mira tak sangka plak orang ada mcm2 feeling baca blog mira ni. ada yang sedih, sebak, terharu and so on. ramai yang mintak share semua. i dont mind at all. you all can share semua. cuma nasihat mira, entry mira bukan menggalakkan siapa2 kahwin muda. cuma just wanna share my experiences dengan semua. lagi satu, it is very2 important untuk siapa2 yang berhasrat kahwin muda untuk buat istikharah, mintak petunjuk pada Allah dan segala-galanya. ready mental and physical. bukan kahwin suka-suka okayy.

urmm tapi ade jugak yang anggap negatif perkahwinan kami ni. almaklumlah kahwin muda. ada yang open, ada yang tak boleh terima. its up to you. kisah mira ni tiba2 jadi hot topic plak. kan betul mira cakap, orang anggap benda ni benda pelik kan. up to you guys. Allah knows better. korang nak mengumpat ke, nk mengata ke. i dont mind. talk as long as you can talk. cuma seeloknya jagalah mulut tu. karang takut2 korang tak sempat minta maaf. dah susah nak cari mira kat akhirat nanti. tapi insya Allah. mira cuba untuk maafkan siapa2 sahaja yang mengata either sengaja or tak sengaja :) insya Allah. semoga Allah merahmati kalian. aminn.

mama ayah ajar supaya jangan berdendam. same as my husband. insya Allah. mira cuba tak amek hati pada siapa2 yang bercakap belakang. semoga kamu diberi hidayah.

anyway, thanks sangat2 pada yang sentiasa support mira dan suami. semoga kita semua sentiasa di bawah naungan dan rahmat Ilahi :)

Assalamualaikum.
 

Monday, August 1, 2011

Kini Aku Bergelar Seorang Isteri :)

Assalamualaikum :)

okay, tajuk dah gempak. haha for those yang dah tahu, maybe doesnt matter. for those yang tak tahu, 'KAU BIAR BETUL ?????? '....

entry ni memang sgt panjang. kalau rasa nak baca, bacalah. law tak, jgn complain panjang sgt or what so ever. syuhh cepat2. haha

yeah, it is true. benar sebenar-benarnya dan tiada yang lebih benar melainkan yang benar. HAHA

kini aku bergelar seorang isteri. itu statement yang paling membahagiakan buat diriku setakat ini. heeee okay. dengan lafaz bismillah. mira mulakan cerita pasal sebuah perkahwinan yang baru sahaja dilangsungkan pada 16 Julai yang lepas. mira akan ceritakan kronologi perkahwinan kami :D

mira rasa, takde sorang pun yang taw tentang perkara ni. kenapa ? actually, perkara ni kitorang nak rahsiakan je. malas laa nak dgr macam2 pendapat orang luar. maklumlah manusia ni, ada yang anggap positif, but ada jugak yang anggap negatif. mira dengan muhsin memang dari dulu dah rancang nak kahwin awal. since dekat matriks. but syarat masuk matriks tak boleh berkahwin. so, kitorang rasa lepas matriks la yang terbaik. kalau ada rezeki. lagipun, masa tu antara mira dengan muhsin aje. belum parents lagi. nk lepas parents lagi satu hal. alhamdulillah. pada APRIL 2011, mira dan muhsin dah berjaya tamatkan matrikulasi. dan segalanya bermula apabila mama sendiri yang bagitaw, 'kak, ayah cakap kalau akk nak kahwin awal pun boleh. lagi bagus, jaga syariat semua..' okay. itu statement paling MENGEJUTKAN mira penah dengar. ms tu mira tak cakap ape2 lagi pasl ni, tapi ayah dah keluarkan statement dulu. wahh. ayah mira tu strict orangnya. thats why, tak sangka, dengan mudahnya ayah bagi. wah.wah.. haha maybe dia pun dah tahu, kitorang dah hampir 6 tahun berkawan. 6 tahun, banyak sgt kot dosa dah buat. once kitorang jumpa, dah dosa. haihh. alhamdulillah. Allah bukakan pintu hati mira dan keluarga mira untuk perkara yang mungkin tak dijangka. kuasa Allah kan. mira dan muhsin hanya mampu merancang. dan alhamdulillah dipermudahkan :)

selepas tu, mira senyapkan dulu perkara ni. but one day, mira ckp dengan mama. 'mama, akak nak kahwin boleh ? ms anniversary akak dengan muhsin nnt, bulan 7? '. mama jawab, mama okay aje. nnt bgtaw ayah. dan lepas bgtaw ayah. ayah cakap, 'ayah okay aje. tapi suruh la muhsin masuk merisik dulu'. ya Allah. bahagia ekau taw tak ? haha terus excited. rasa mcm impian jadi kenyataan. heee terus bgtaw muhsin. then, alhamdulillah la. umi abi pun okay. tanggal MEI 2011. okay, tarikhnya lupaa plak, dah lama. haha malam tu, family muhsin masuk merisik. selepas bincang2 semua, nampaknya everything seems perfect! ayah suruh muhsin buat istikharah semua dulu. tapi muhsin cakap dia dah buat semua and dah yakin. so, on aje laa :) wink wink >.< esoknya, abi dah amekkan borang semua. bermula di situ, kami dah busy2 prepare untuk kahwin. bukan buat persiapan kahwin baju semua tu taw. tapi tentang kursus, borang, interview. mira tak tipu. serious banyak gilaaaaaaaaa kena buat untuk kahwin ni.

on 28th and 29th of May, kitorang pergi kursus kahwin dekat Masjid Jamek Kota Tinggi. masa tu tak ramai. bestt laa. tapi ramai orang dah berumur yang pergi dan saya pun mcm errrr aku slh pergi kursus ke. haha kawan mira masa kat sana, sorg kakak dari kelantan keje dekat Jb berumur 30-an, dan sorang India Muslim berumur 30-an juga. dan mira ? i'm only 9teen ?? haha untungla mira ni peramah. mau tak orang dah berumur pun le jadi member. layannn.. ada lagi 1 pasangan sama umur dengan kitorang, 19 jugak. yang paling muda 19 laa. yang paling tua 45 i think. pun bolehh. heee so far, 2 hari berkursus, mira memang enjoyyyy gilaaa! erkk. mesti ke gilaaa. tu cuma nak tunjuk betapa amazing kursus tu. heee banyak yang kita akan belajar. dari segi ibadah, akidah, islam, komunikasi, masalah rumah tangga, penceraian, undang2 dan sebagainyaa. bnyk sesgt laa ilmu yang dpt. kebanyakkannya dah belajar dekat darjah khas, tapi lumrah manusia, mudah lupa. kursus ni mcm refreshment la for those yang dah taw. mungkin ada yang akan kata bosan and what so ever. tapi sebab mira dah niatkan, ya Allah. aku mengikuti kursus ni bukan hanya sebagai melepasi syarat untuk berkahwin, tapi untuk tambah ilmu di dada dan semoga ilmu yang aku dapat, dapat aku praktikkan dalam rumah tangga yang bakal aku bina kelak. insya Allah. mira serious tak penah rasa bosan sepanjang dua hari berkursus. alhamdulillah. segalanya bermula dengan niat...alhamdulillah. lepas satu step..

lepas tu, kitorang pergi buat ujian HIV dekat klinik ibu dan anak kota tinggi. seram gilaa nak pergi. cuak la nk kene cucuk. haha ingatkan mcm amek darah dekat lengan tu. laa, rupanya cucuk kat jari je. same cm amek glucose level jugak. tapi i think, tahap kedalaman jarum tu sgt dalam. sebab sebelum ni mira penah cucuk, tak rasa sakit. but cucuk for HIV ni 2 hari weyhh bisa jari tu. haha layannn. sekejap je dah dpt keputusan. dalam 15 minit kot. nnt results tu diorang masukkan dlm sampul biru. dan alhamdulillah. lepas semuanyaaaa. huhu lepas lagi satu step.

lepas tu, kitorang kene pergi pejabat daerah pulak. nak amek surat akuan bujang. pelik2 je. kene eh surat akuan bujang. haha layann. then, tinggal siapkan semua borang2 and dokumen yang dia nak. eh, semua ni bukan buat 1 hari taw. dalam masa 2 bulan lebih kitorang siapkan semua ni. payah jugak nak kahwin rupanya kan. haha almaklumlah, selama ni mane la penah taw prosedur nak kahwin bnyk sungguh mcm ni. ingatkan lama lagi. tak sangka rezeki dapat kahwin awal. heee last but no least, interview. oraitt. mira rasa perkara ni laa yang paling ramai orang cuak. haha mira pun included laa jugak. gegel2 nak pi tu. haha yang interview mira    sorang ustazah. mira dah penah jumpe ustazah tu dekat kursus kahwin. ustazah tu cantik. tak tipu. haha mira kene interview, asek la dok pandang muka dia. haha suci gilaaa. teeheeee ;) korang lek je law kene interview. diorang tak makan orang laa. biasenya laa kan, masa kursus kahwin kdg2 dia dah bg soklan bocor. huhu time mira yang dia tny, kalimah syahadah, tanggungjwb isteri, al-fatihah, and so on la. tapi kira semua basic questions laa. law org islam, korg wajib taw la benda2 ni. muhsin plak kene tny, al-fatihah, kalimah syahadah, doa mandi hadas, tanggungjwb suami, dan lain2. simple bukan ? dan kitorang lepas dengan jayanyaa. wahh! haha ustazah tu cakap, 'saya suka tengok awak ber2 kahwin awal. sebab dulu pun saya kahwin awal. saya dengan suami saya belajar dekat Universiti AL-Azhar, Mesir. dekat sana susah nak lulus dia ckp. tapi alhamdulillah. pas kahwin, berkat Allah, diorang berdua lulus cemerlang. ' diorang pun kahwin awal jugak. uztazah tu lepasan undang2, suami dia pulak hakim mahkamah syariah.kitorang dengar wahh. heeee insya Allah. ade rezeki lepas ni, kitorang dptkan degree ;) kira dah lepas laa semua prosedur kahwin. tinggal kahwin je. heee

okay, lepas tu, hari berlangsungnya majlis. kitorang pilih tanggal 16 Julai 2011 bersamaan 14 syaaban bersamaan genap 6 tahun perkenalan kami. alhamdulillah. majlis bermula pukul 3.00 pm dan dengan hanya sekali lafaz, tepat jam 3.35 pm, kami berdua sah sebagai suami isteri. masa tu, serious rasa nak menangis. tapi tahan, kita kene cool beb! haha debar jantung lagi la jgn ckp. korang bayangkan, kita jadi perhatian semua orang hari tu. segan gilaaa. huhu dan first time mira kene make up. kalau ikut mira tak nak. biase2 sudah. haha tapi mama laaa. mula2 nk simple. last jadi cm wedding betul jugak. dengan baju nikahnya semua. layannn. haha ramai orang cakap, majlis kitorang ni paling simple. ustaz kitorang simple gilaaa. haha biasanya ada kena baca2 yg untuk keluarga sakinah law tak silap. anak kena baca, law tak mampu, ibu yang baca. tapi time kitorang takde plak. bagus gak. jimat masa. semua orang gembira. haha sudahhh :P hari tu, memang sangat2 penat. dengan bergmbr tanpa henti selama lebih kurang 3 jam. wahh! smpai rasa dah tak boleh senyum dah. haha dalam pukul 6 tu, baru dapat rehat sikit :) malam ada tahlil plak. memang penat sikit la mlm tu.

urmm, ramai yang tanya, npe tak jemput semua. okayy. bukan tak jemput, tapi majlis ni memang majlis untuk family. kalau once mira dah jemput member, mau tak 1 sekolah kene jemput. member ramai sgt laa. so, ayah yang ckp member nnt tunggu majlis besar. yang dtg ade 4 orang. itu pun yg terapat la tu. ika ngn syahiera, geng sekolah rendah and zarifah best friend dari form 1. tiqa bestfriend dari form 4 :) yg the power of six ade ajak jugak. tapi yg lain busy :( takpe laaa. okayy. pertanyaan lain. bila majlis besar ? urmm hal tu masih dalam perbincangan. insya Allah nak buat after degree. sebab nnt dah keje, dah ada duit sendiri. dah boleh buat majlis best2. haha tapi ramai yg suruh buat cepat. haihh. law dgr pendapat semua org, memang kepala boleh berpusing 360 degree tahu! tengok laa nnt. kuasa Allah. ada rezeki cepat, cepat laa. law tak, insya Allah akan dtg nnt. yang majlis besar nanti, insya Allah mira jemput semua. kalau ada yang mira lupa jemput, bgtaw eh nnt. heee

selepas 2 hari nikah, kitorang upload 1 gambar jadi profile picture. haaaa, masa tu baru semua orang taw. haha memang pelbagai respons yang kami dapat. ada yang pelik, ada yang suka, ada yang jeles, ada yang ckp kitorg ni cm buat benda gilaa tapi ada jugak yang stuju dgn perkahwinan kami. almaklumlah kahwin awal kan.okayy. mira nak tekankan kat sini. sebarang kata2 luar, memang tak penah masuk pun dalam kepala otak mira. benda tu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. but yang baik mira jadikan teladan ;) tapi untuk kata2 nista, just tok menjatuhkan orang bagai, benda tu nothing for me. know why ? because Allah knows the best for me. kahwin muda perlukan banyak pengorbanan. kesetiaan, kejujuran. timbang rasa. toleransi. banyak laa law nak senaraikan. once you dah ready, what you are waiting for ? just go for it. insya Allah. Allah sentiasa ada untuk kita. kitorang buat benda yang menentang arus, dirasakan sangat pelik. tapi orang yang bertunang 4, 5 tahun tak pelik kan ? bawak kehulu kehilir bukan satu benda yang pelik kan ? alaaa, tu kan tunang dia. thats our normal Malaysian mentality. common guys. open sikit. benda ni benda baik. untuk jaga syariat. jaga batas. takde yang perlu dipelikkan. orang cakap mcm2, perlu ke kau risaukan sgt ? as long kau tetap di jalan Allah, dpt restu ibu bapa. live your life okayy! macam kitorang, or more to mira, mira rasa selamat sangat sekarang. hidupp sangat2 bahagia. ade mama dengan ayah. ade umi dengan abi. adik2 bertambah2. ade sorg kakak, ade sorg abang. and last but not least, ada suami yang sangatt2 penyayang and memahami :D you know what, maybe terlalu awal kalau mira nak terangkan everything here. kitorang pun baru 2 minggu kahwin. but untuk make sure you punya rumah tangga bahagia. cuba untuk jadi perfect di mata Allah. insya Allah you will be perfect for your husband. tak semestinya kahwin muda kekal lama. kalau hidup tetap dengan gaya hidup bebas, tak jaga hubungan dengan Allah. tak. Allah yang tentukan segalanya. hidup berlandaskan syariat Allah.yakin padanya. insya Allah. tiada yang lebih membahagiakan buat kamu.

mira ni dikatakan berani kerana berani kahwin awal. bak kat orang kan, berani kerana benar. sekarang ni bila dah kahwin awal. rasa makin dekat diri dengan Allah. dah boleh jadi biro dakwah plak skang rasa. heee insya Allah. sama2 kita dekatkan diri dengan Allah. nanti mira akan story2 lagi pasal mira insya Allah. gambar mira upload dekat facebook je. itupun hanya orang yang mira approve aje boleh nengok ;) arahan suami saya :D heeee dah kahwin ni tak boleh la lawan cakap suami kan. kat sini mira show 4, 5 gambar aje okayy :)

tapi kan mira tetap respect pada yang nak kerja dulu, dptkan duit dulu dan lain-lain. ye. everything needs money kan ? majlis mira tu pun even kecik2, tapi telan belanja besar. sebab mcm2 nak kena settlekan. memandangkan family mira agak berada, maybe it doesnt matter la kot. tapi kalau yang kurang berkemampuan, mesti mak ayah rasa berat kan. for that, mira rasa better you all kerja dulu laa. other choice if nak jugak married, just kahwin dekat pejabat kadi. memang korang tak keluar 1 sen pun. jimat tak jimat la kan :) heee pada yang kejar kerjaya dulu, its okayy. tapi ingat, perkara yang baik jangan dilengah-lengahkan. tu je laaa.

oh, yaa. mesti korang tanya pasal hantaran kan ? haha okayy. mira takde hantaran masa majlis hari tu. cuma mas kahwin je la. RM22.50. ayah cakap tunggu majlis besar nanti. mudah je kan nak kahwin ni. nnt hantaran mira pun RM10000 je. itu pun, law ikut mira, tak pyh laa. kalau boleh tak nak susahkan muhsin pun... tapi duit tu bagi pada mama ayah kan. so, takpe la law gitu. balas jasa diorang dah jaga mira selama ni. urmm lagi satu, nak kahwin ni tak susah. korang jangan dok terikat sangat pada adat! yang penting rukun nikah cukup. setel. tak payah pening2 kena fikir ada tu la, ade ni laa. duniawi je kott. orang dulu2 punya pepatah, biar mati anak tapi jangan mati adat. ada ke patut cm tu ? padahal anak tu anugerah Allah. ada 3 perkara yang akan kita bawa sampai mati. pertama, amalan kita, kedua sedekah amal jariah, dan ketiga doa anak yang soleh. jangan susah2kan diri okayy ? Islam tak susah :)

Haaaaa...tapi jangan la pulak korang punya pakwe ke makwe tu hampeh korang nak buat laki or buat bini. korang rasa boleh kekal lama ke ? tu satu hal lagi. kahwin untuk seumur hidup. bukan sehari dua. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. remember this, jodoh pertemuan di tangan Allah. kadang2 kita rasa dia jodoh kita, but actually it is not! segalanya terletak di tangan Allah. reda, tawakal, istikharah is the best way to find our jodoh ;)
apa-apa pun, kahwin cuma untuk memanjangkan zuriat dan melaksanakan tuntutan syarak. tapi mencari reda Ilahi tetap paling penting dalam apa jua yang kita lakukan. insya Allah. once Allah reda, segalanya akan jadi mudah. mira banyak sangat ckp mengenai Allah and agama here kan ? why ? sebab mira yakin dengan kuasa Allah. sangat2 yakin dan percaya akan kuasa-NYA. kebanyakkan orang sekarang mengucap kalimah syahadah, mulut kata yakin. tapi pakaiannya subhanallah. ibadahnya ke mana. hurmm mira bukan menuding pada sapa2. tapi untuk ingatan diri sendiri juga. insya Allah. kita cuba jadi yang terbaik :D

sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, nescaya kamulah orang yang paling bahagia :)

kini aku bergelar seorang isteri..alhamdulillah.

memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi :)

didik nur jadi isteri yang solehah sayang...

last but not least :
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

thats all from me. insya Allah kita jumpa lagi di entry akan datang :D
Assalamualaikum

.
..