Sunday, September 25, 2011

Rarely update :]

Assalamualaikum :)

apa khabar semua ? hopely la korang semua sihat. insya Allah. okayy. straight to the point. based on mira punya title, mira akan rarely update. sgt jarang. i hope sgt2 korang tak menunggu entry mira ea. sebab mira skrg nak focus on study. laman sosial ni menjadikan masa mira agak terganggu. lebih2 lagi bila ramai cerita mcm2 tntg cerita, masalah mereka, request mcm2. heee yeahh.i need a lot of time to do that. penuhi request, layan komen semua. sometimes, i think i should change my profession. haha ptt jadi psychologist kot. sbb ? ramai gilaa story dekat mira mereka punya problems, mintak pendapat mira, share pengalaman mereka and so on laa. kalau tak balas plak nnt, takut ada yang kecik hati kan ? tu pun, rasanya ramai lagi yang tertinggal2 tu. sbb facebook mira da rasanya penuh gila. notification, request, messages. fuhh. law bukak fb je mula la pening kepala. haha so, buat masa ni mira tak kan approve pape eh. reply komen or so on. insya Allah mira akan reply yang penting2 je. so, jgn terasa hati kalau mira tak reply. okay ?

pada yang nak berkenalan, salam perkenalan mira hulurkan. mira jenis flexible punya orang. okay je kawan dgn sape2. as long ikhlas. insya Allah. so, just hoping you all akan terus support mira :) dan jangan lupa doakan kebahagiaan mira ea. hee mira pun akan doakan untuk semua. insya Allah.

oh, ya. kos mira ni banyak on research. so, journal yang nak kena baca pun bertimbunnnnnnnn. erkkk -.- skarang je dah ada dalam 20 journal nak dibaca. serious banyak. assignment dah mula dah. wahhh. kehidupan universiti tak semudah yang disangka. memang betul2 everything kena buat sendiri. haha so, i need to focus on my study first. sebab study ni satu amanah buat mira dari suami mira, ayah, mama, umi, and abi. so, i need to do the best for it. mira juga pegang suatu tanggungjawab besar nak tunjuk pada dunia yang kahwin awal tak menggangu study. see, besar sebenarnya tanggungjawab yang mira pegang. heee insya Allah. segalanya akan jadi mudah andai disertai usaha dan doa..

urmm i think sampai sini je kot. heee ingatkan nak private blog. tapi nnt korang rindu2 tak boleh baca la plak :P haha so, mira on aje. cuma takde entry baru laa. heee fb maybe mira akan privatekan wall. depends la nnt. oh, ya. pada yang mengenali mira and student unimas, boleh la tegur2 mira kalau jumpa. and bgtaw la sekali nama and mana kenal mira. kdg2 blur2 jugak mira tetibe org tegur. heee insya Allah mira layan punyaa. jangan segan2 eh :) merapatkan ukhuwah itu baik di sisi Allah. eh, ni untuk girls je, not for guys :)

doakan mira and muhsin ea. and semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah. insya Allah..


p/s:  terima kasih yang tak terhingga pada yang sentiasa support mira dari dulu sampai sekarang. mira appreciate sgt2. may Allah bless all of you! aminnn :D

 Assalamualaikum.
 

Monday, September 19, 2011

Secoret cerita raya :)

Assalamualaikum :)

rasanya hari raya belum habis lagi kan ?? hee so, di kesempatan ini mira dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat, keluarga yang jauh mahupun dekat, sahabat handai, para pembaca blog dan semua lahh yang mengenali atau tidak mengenali diri ini. heee ampun diminta dari hujung kampung sampai hujung benua :) maaf laa mira wish selamat hari raya lambat sangat. sebab sgt2 busy. beraya and nak uruskan kemasukan ke unimas lagi. huhu so far, raya tahun ni paling2 bermakna dalam hidup mira ? kenapa ??

haha its because of kehadiran orang baru dalam hidup mira. i mean, bukan la baru apa. sebab kenal dah lama. hee orang baru means dah jadi suami kan. orang baru dalam keluarga mira. kitorang beraya kampung mana dulu tahun ni ? haha okayy. kalau dah kahwin, mesti laa ada percanggahan kan. sorang nak raya sini, sorang nak raya sana. dan kami hampir2 decide, takpe laa. mira raya dengan family mira, and muhsin raya dengan family dia. haha kelakar je. lama jugak kami bincang. nak jaga hati dua2 belah pihak. so, kami decide raya kampung mira dulu. sebab petang raya tu, kami dah ikut family muhsin balik kampung dia dekat negeri sembilan. dekat kampung muhsin stay sana dekat seminggu jugak. so, dekat kampung mira sehari je laa. cuma raya fist dengan family mira laa. adil la jugak kan ? heee and a BIGGGGG thank you to my sweetheart, sebab  sangat2 sporting. haha dia follow je mira :) dia sangat2 bertoleransi. heeee next year, raya belah cik abang tu plak :)

tema kami tahun ni warna HIJAU. dan menurut pengamatan mira, sungguh ramai berwarna hijau tahun ni. hee raya kali ni sangat2 bermakna. pagi raya dapat bersama yang tersayang. korang ada ?? :P haha ( ni dah terikut2 budak2 asasi unimas ni laa. ni trademark mereka. haha ) wahh. dapat siapkan pakaian dia semua. impian selama ni jadi kenyataan. hihi dulu2 time pagi raya selalu terbayang kalau dah kahwin nnt, pagi raya nak siapkan dia semua. tapi tahun ni dah dapat dah. haha dulu2, mira bagi kad raya dekat dia. tapi tahun ni tak. sebab sentiasa ada kat sebelah, nak bg buat apa. haha minta maaf secara LIFE. hee tahun2 lalu, pagi raya mira mesej dia sepanjang2 tidak. haha tapi tidak perlu lagi tahun ni. kami dah halal untuk minta maaf depan2 dan bersalaman. alhamdulillah. sungguh, kahwin awal ni banyak sangat2 benefit pada mira. rasa seronok, tenang dll lah.

kenangan pagi syawal pertama bersama yang tersayang...bila tgk gambar2, tersenyum sendri. ahli keluarga dah bertambah. heee dekat kampung muhsin plak. negeri 9 family umi. selama seminggu di sana, memang beraya je kejenya. haha hari2 kot keluar beraya :) kitorang konvoi, dalam 6, 7 buah kereta. siyess sgt ramai. family muhsin sgt besar. sebab diorang start from moyang, and adik beradik wan, kemudian anak2, kemudian cucu. wahh. mereka united. heee suka sgt. hee family mira tak besar mcm mereka sbb mak tok anak tunggal. heee cuma mak tok ada 12 anak. so, mira kire takde atok sedara lah. hee family belah mama plak rmai jugak la. tapi tak rmai cm diorang. heee cuma mira agak terkilan laa. tak dpt jumpa sedara mara belah abi. kitorang sampai rumah petang tu dari kg mira dah petang sgt. ingat sebelum pergi balik kampung n9, nak singgah rumah arwah atok. sebelah je rumah muhsin. sdara mara semua kumpul sana. tapi time kitorang nak pergi diorang dah pergi beraya. ada yang kecik hati kitorang tak g jumpe mereka. sori sgt2 ea. tak dpt nak adjust masa tu..insya Allah next year kitorang akan ziarah.oh, ya. kitorang pergi sana naik kereta sendiri. naik grand livina. hee muhsin drive laa. sebab ayah tak bagi mira drive. dia tak percaya. hukhuk sadisss. so, masa konvoi, kitorang naik kereta sendiri laa. comel je. haha tapi best, dapat borak mcm2 sepanjang jalan. heee selama ni, mira naik kereta je mesti tidur. haha tapi bila dah jadi bini orang ni, dah kena teman orang yang drive tu. karang dia ngantuk, bahaya plak.. sepanjang seminggu kitorang pergi beraya, masa muhsin drive mira tak pernah tidur. kecuali sekali tu je. sebab merajuk dengan dia. terus tidur. haha abes rekod bersih mira sanggup berjaga nak teman dia bercakap. heee

oh, yaa. kira sambil beraya ni, mira diperkenalkan kepada keluarga2 belah muhsin. heee aktiviti ni dikenali sebagai menyalang kot. alamak, tak ingat. ari tu wan cik ada ckp. heee so far, mira diterima baik oleh keluarga muhsin. heee keluarga dia sgt best laa. hee cuma mira segan gilaa. maklumlah, sorg2 je org baru :P nasib baik ada kakak ipar mira. law segan, mira dengan dia laa. hee

oh, hampir terlupa nak cerita. ada 1 hari tu kitorang tak pergi mana2. terkeluarlah idea nak pergi melaka. heee
tak melaka, seremban pun jadilah. huhu at last, kitorg decide pergi melaka. huhu perjalanan dalam 1 jam lebih jugak laa. ramai yang join kitorang ni. kak siti (akk ipar mira), kak cik,(cousin), husni (cousin), bang cik,and munir (dua2 adik ipar mira) and mira serta muhsin. bertujuh la kami berjalan. sampai2 je dalam pukul 6.00pm. gerak dekat pukul 5.00pm masa tu. kitorang pergi Mahkota Parade dulu. agenda ada dua je. boling and wayang. tu je sempat. hee kitorang tersilap plan. patut pergi window shoppng dulu baru tgk wayang. ni keluar wayang dah pukul 10.00pm. semua kdai dah tutup. sedihh -.- masa sampai tu kitorang pergi main boling dulu. amek 2 lane. siyes yang girl ni semua tak geti main. haha memang asek galak ketawa je kat sana. oh,dan untuk lane budak lelaki, my hubbyy sgt terer! haha dia first. hihi congrats2 darling :) mira pun tak taw mane dia belajar main boling. haha then, kitorang pergi tgk wayang plak. cerita pilihan Hantu Bonceng. haha sebab tu je cerita yang ada. start pukul 8.30pm. full gila pawagam. kitorang dapat antara seat depan. duduk la berderet 7 orang. haha habis tu, masing2 dah kebulur. kedai makan semua dah tutup. mcD full gila. pening ubi jugak kitorang nak fikir nak makan dekat mana. last choice, A & W. siyess tak sedap. haha tapi dah lapar, telan je semua. hee then, ada 1 tempat lebih kurang pasar malam, kitorang jalan2 sana plak. sharp pukul 12.00am, baru nak beransur. sampai rumah dalam pukul 1 lebih. haha serious best gilaaa dapat jalan2 dengan semua :) lepas ni boleh la pergi outing family lagi :D heee

see. high score nama sape tu ? heeee husband saya la tuu :)

from left : mira, kak cik, and kak siti.

them.dari kiri : kak cik, kak siti, bang cik, husni, munir and muhsin :)

perbincangan nak makan dekat mana. haha 

bersama cik abang saya :)

us. masing2 dah kebulur gila time ni. haha :P

seminggu di sana, sehari sebelum flight mira balik rumah. alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 1.00pm. hari tu, dah busy buat last check up barang2 semua plak. thats why, tak sempat update blog semua. heee sebelum ni rasa okay je nak berjauhan dengan cik abang tu. tapi, malam tu. ya Allah. Allah je taw mcm mana rasa nak berpisah dengan suami sendiri. hmmmm masa dia dah tidur, kesempatan tu la mira amik untuk tatap muka dia. habis2. haha actually, tatap smbil nangis :'( huhu memang mira ni cengeng. asek nak nangis aje. takut laa. takut sangat lepas ni tak dpat jumpa lagi ke. ajal memisahkan kami ke. hmmm semoga segalanya dipermudahkan. dan alhamdulillah. sehingga ke hari ini, semuanya okay :)

so, ni ada la sikit gambar raya. malas nak upload banyak2. heee

kitorang memang nak tubuhkan kumpulan nasyid pagi2 raya ni. ada cadangan untuk nama kumpulan? :P

ampunkan salah silap nur abang..

 keluarga mira. dah bertambah sorang ahli. heee

my super duper loving mama and ayah! <3

kami with mama dan ayah :D

p/s : entry ni mira type pagi tadi. sebab takde keje. haha hari ni hari isnin dan kelas mira start at 1.00pm dan habis pukul 4.00pm. wahhh. best kan ? korang ade ? :P


 thats all. Assalamualaikum.

 

Sunday, September 18, 2011

Seminggu di UNIMAS :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. mira masih lagi dipanjangkan umur untuk menulis di sini. lama dah tak menulis dekat sini. almaklumlah, nama pun undergraduate student. heee busynyee bukan main. ditambah lagi dengan Majlis Aluan Pelajar (MAP) yang berlangsung selama seminggu. I hate that MAP. penat laa. nama pun orientasi kan. lotih bona kami. hukhuk

mira nak story pengalaman yang berlaku masa di airport. flight mira pagi pukul 7.00am. 5 September 2011. we arrived senai around 6.00am. tapi stop jap kat masjid solat subuh. gitu gini dah dekat kol 6.25am sampai. kitorang ni first time guna booking online. my mom ingat kena naik pejabat tukar tok dapatkan tiket yang asal.rupanya takpayah. terus check in je. okay. dekat situ je dah makan masa. then, kitorang nak check-in laa. tetibe dia cakap dah tak boleh. sebab nak masuk at least 45 minutes before. haaa, sentap gilaa rasa. dah la pagi2 jadi hal cm gini. masing2 bengang je. dah tu, dia cakap tak boleh buat apa. okay. fine. mira pun rasa nak nangis je.   duit yang dah beli tiket firefly untuk pergi, maka kira beennnn laa RM3000++. ya Allah. kalau bagi mira buat shopping tu :p sempat lagi. haha masa tu mira terfikir, adakah ini petunjuk Allah aku tak payah pergi sarawak and tak payah berpisah dengan suamiku. heeeeee alangkah bahagianya kalau betul. huhu so, nak tak nak kitorang terpaksa cari tiket lain. nasib baik ada air asia. pukul 12.30pm. beli je laa. habis lagi RM3000++. kesian ayah. sorry ayah...i just wondering, macam mana orang yang kurang berada tu kena mcm mira. mesti sangat2 kesian...

then, dari pukul 7.30am tu sampai laa pukul 11.00 am kitorang dok kat kafe tu. sempat laa habiskan masa dengan cik abang tu lagi. haha sukaaa sukaaa. okay. masa dah masuk bahagian imigresen, ni laa saatnya. saat perpisahan. masa tu muhsin salam2 semua dengan  semua keluarga mira. then, the last one is me. ya Allah. nak nangis. tapi mira tak nangis. nak nampak kuat depan dia.haha padahal. nak peluk, tapi segan. ramai sgt org dekat depan tu. the last part of us was dia cium pipi mira and dahi mira. i was like..tak nak pergi.....pleaseee..sedihh gila2. kitorang dari form 1 sama. tak pernah pisah. matriks sama. tiba u yang lain. hurm ni first time kitorang jauh. sangatttt jauhh...lepas kahwin tu, hampir 24/7 kitorang sama. pergi mana2 sama. tiba2 kena jauh. siyessss sentap habis :'(

masa sampai tu, terus pergi hotel. kat sini biasa laa. jalan2, shopping barang dan lain2. haha okay, nak story masa masuk unimas. first day, mira tak pernah taw yang waktu dekat Sarawak dengan semenanjung berbeza. maybe ramai gak yang tak tahu kan ? heee dekat Sarawak waktu solat dia setengah jam awal. lebih kurang gitu laa. subuh kol 6.30am dah habis. sebab 6.30am dah terang benderang korang taw? makk aihh. terkezutt den. kalau kat semenanjung, ntah2 sume tidur lagi :P haha around 7.30am, kitorang dah gerak ke UNIMAS. tempah sebuah teksi dan dikenakan bayaran RM60. layan je laa. sampai2 kaunter belum open pun. huhu kitorang sampai dalam pukul 8.00am. dekat je Airport Kuching dengan unimas rupanya. masa sampai je Sakura, ada sorang kakak ni tny dari mana, fakulti mana semua. then, dia cakap Fakulti Sains dan Teknologi Sumber(FSTS) depan mata adik ni je. mira rasa nak gelak2 dalam hati. gilaa dekat dengan kolej. haha 5 minit pun tak sampai :P dan mira dapat Kolej A. dalam 8.30am da setel. dapat masuk bilik. dapat aras 1 :) hee alhamdulillah. tak dpt tinggi2. masuk2 je mira dah dapat 2 orang housemate. 2dua chinese.and dua2 budak Kuching and diorang schoolmates. da jumpa diorang masa pendaftaran sebelum tu. kira kenal2 la jugak. huhu speaking seyh. adoi. mira pun bedal la speaking dgn budak dua org tu. ntah dia paham tak paham je. haha then, masuk lagi 2 orang. depa 2 orang ni dak asasi unimas. so, kira expert gila la pasal unimas. dia dua orang ni pun geng. sudah. mira sensorang je takdak kawan. sadiss. i'm waiting for my roomate. but sedih gilee. takde org pun masuk sampai laa orientasi malam tu dah start. so, mira geng dengan 2 orang budak asasi tu je laa. diorang punye geng plak tak macam besar kat sini. segan gilee. haha geng depa je yang sakura ni ada dalam 10 orang gak. at last, mira sendiri jugak la even dgn diorang. segan. haha

seriously, mira homesick dekat sini. sebelum ni pergi matrik, first time pisah dengan family pun tak penah homesick. maybe masa tu ada muhsin jaga kat sana. tapi kali ni, mama ayah takde, muhsin takde, sorang member yang kenal pun takde. tak mcm syahdu plak. everything new here. kira mcm hidup dekat era lain plak. sbb tak kenal sapa2. huhu seminggu tu menangiss aje kejenyaa taw. haha selalu dok mesej hubby mira, then, nangis lagi. masa solat la paling hebat melalak. haha rinduu, sedihh, rasa lonely sgt2, and ntah ape2 je la mira rasa. cik abang sy tu pun homesick. haha tapi takdo la nangis cm mira. hee kitorang tak penah pisah. sekali pisah, mcm gini la jadinyaa. now baru taw, mcm ni rupanya perasaan homesick. heee dulu punya la dok kutuk roomate tu homesick. haha kan dah kene batang hidung sendiri :P hari kedua mira dah dpt roomate. tapi tak rapat dengan dia sangat. sbb dia ada kawan jugak kat sini. so, bnyk aktiviti dia tak dgn mira la. oh, ye mira dpt roomate orang miri, sarawak :) urmm dah dalam seminggu tu, dah boleh get in dengan dak2 asasi tu, alhamdulillah, takde la sunyi sangat. kira kawan2 mira semua dak2 asasi unimas last year. haha dan depa semua ni pembaca blog mira. so, konklusinya, mcm2 laa mira kena interview. hahaa dapat secara LIFE.. haha

aktiviti orientasi, for me. takdak 1 pun yang best. hampeh. semua bosannnnnnn -.- huhu so, seminggu tu dok la me 'lagha' kan diri. heee korang view je la gambar2 yang ada eh. tak bnyk pun gambar. sebab mira segan. haha kalau my geng, dah lama dah memang sampai muntah2 bergambar. haha tempat orang, kena behave sikit :P dekat sini mira bnyk diam. terasa nak jadi pendiam pulak. haha lagipun dah jadi bini orang, tak boleh buat gaya mcm orang bujang. teeheee :)

oh, ya. dekat unimas ni. ada 1 dewan konvokesyen baru siap. dan kitorang punya MAP banyak buat dekat dewan yang diberi nama Detar Putra. semua orang dok la cakap awk semua beruntung sebab awk semua generasi pertama yang merasmikan Detar Putra. i think 10 orang berucap, 10 orang cakap benda yang sama. haha tapi siyes, detar putra sangat besar. ada 3 tingkat. dan tingkat 3 sgt2 curam. dan mira gayat. huh! duduk atas tu rasa nak tergolek ke bawah je. haha dok la berpeluk je ngan orang sebelah. takut punye pasal :P siyes korang akan rasa tak selamat bila duduk situ. huhu

 dari kiri : ayu, anis, yana and dayah :)

 ayu and yana. dua2 mek kelate :D

 location : detar putra :)

 ni la semua budak2 asasi unimas tu :) 

 jambatan cinta a.k.a jambatan maut..huhu

 detar putra :)

 this is CAIS a.k.a library :)

pemandangan CAIS dari jauh :D 

alhamdulillah. dah dapat jejak dah library besarrrr ni. hee

pintu masuk kampus timur :D 

welcome to UNIMAS :D

kelas mira dah start isnin hari tu. dapat jadual tok fakulti. tapi kitorang kena daftar subjek semua. serious pening kepala -.-" ntah apa2 je kot. haihh. layan je laa. so far, dah seminggu ni, jadual masih kelam kabut. haha hope so, everything going to be fine here. to my hubby too, hari2 dia ngadu mcm2. semoga Allah permudahkan segala urusan awak ea sayang.insya Allah.

p/s: saya online guna wi-fi Sakura. laju nakk. heee kolej lain belum ada. jangan jeles :P

thats all. banyak lagi nk story. tapi later laa. hee Assalamualaikum.
..