Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #2 :)

Assalamualaikum :)

muhsin with adik sedara mira :)

mira with adik sedara muhsin. oh, the two boys in the picture are twin! 

any similarities on both of the pictures ? :D
you can add the captions by yourself =)

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

 Assalamualaikum.

Tuesday, November 29, 2011

"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

Assalamualaikum :)

korang baca tajuk pun mesti korang dah taw apa. haha tapi cuba korang teka siapa yang nak produk ni ? hahahaha muhsin ke mira ? teeeheeee >.< dah teka ? haha wajiblah si isteri kan yang nak. suami ni mana la ada kesah sgt produk2 kecantikan ni. haha isteri dia ni jugak yang kena jaga muka dia. sampai pernah 1 masa, muhsin suruh mira cucikan muka dia. tu memang kategori malassss habis kalau dah macam tu. haha korang ada kena jaga 2 muka 1 masa? haha tapi best gak pe cucikan muka orang. haha eh, orang lain tak best. suami sendiri je best :P nnt korang boleh try :) *tunggu dah kahwin. jgn gatal2 buat skrg plak :p haha

okayy. dah sibuk plak nak membebel dekat sini. straight to the point je laa. urmm Irene ada buat giveawayy produk MIRACLE TAB. serioussss masa first baca, WOW! haha sebab before this, mira pernah baca entry pasal MIRACLE TAB. memang seriouss tertarik habis. haha memang nak beli, tapi bukan sekarang. maybe masa cuti sem nanti ke. nak usha mama. ecehh. time macam ni pandai cari mama. memang anak mithali :p korang boleh baca full entry tentang produk MIRACLE TAB tu kat SINI. produk ni memang best kot. mira baca testimoni, insya Allah positif produk ni. mira ingat nak beli yang Tab EX. pil punya tu. tak pun Tab Soap. haha  tapi dah alang-alang orang bagi freeee, kita grab je laa. tu namanya REZEKI. eh, belum lagi confirm dapat. haha insya Allah ada rezeki ada laa. takde pun, takpe. haha mana taw ada hikmah, ada orang lain ke yang belanja. impian nak tinggi je :P




1 SET of MIRACLE TAB 

- Tab EX
-Tab Soap
-HD Glow Essence



THE REASONS WHY I WANT THIS GIVEAWAY MIRACLE TAB :

Alhamdulillah, so far mira takde masalah kulit. cuma bekas2 jerawat and bekas chicken pox sekali dengan campak, kena waktu yang sama dulu tak hilang T.T so, kulit tak halus. haha so, dengan menggunakan produk ni, mira hope la kulit lebih elok. lagi satu, hope produk ni dapat kecilkan pori2 di muka. dah kahwin ni, kena laa jaga muka untuk suami supaya suami den ni haaa tak lari jauh-jauh, nak mai dekat je selalu. hahaha kan abang ? haha padahal suami mira jenis tak kesah pun orangnya. haha lagi 1, boleh la try pakaikan dekat muka cik abang saya, sebab muka dia jenis berminyak. heee isteri mithali :p haha rasanya tu je kot :) emm cukup kreatif, ringkas, dan padat tak ? haha

Korang nak join giveaway ni jom klik SINI !
cepat-cepat. due date giveaway ni 02 December 2011 :)

p/s : baru tahu nape selama ni traffic banyak datang dari blog Irene. rupanya mira ada dalam bloglist dia. heee thanks Irene :D

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)
Assalamualaikum.
 

Sunday, November 20, 2011

Bicara seorang suami :)

Assalamualaikum :) 
Ini kali pertama aku m’geluarkn artikel dlm blog ni..


Aku Mohd Muhsin Bin Roslan..suami kpd Nur Amirah Binti Hasane..aku x arif dlm bidg penulisn kreatif ni mcm isteri aku yg comey tu(sje nk wt dy t’snym,snym itu sedekah sygku)..

First aku nk jwb soalan dr kwn2 d fb..mcm mane aku ckp ngn parent yg aku nk kawen..actually aku juz ckp time odw dyorg hntr aku ke matrk..seng je ckp “umi abi,alang nk kawen ngn mira pas mtrk,family mira yg cdgkn n bb nafkah tu sume ktorg redha”..tp yg t’kjt nya abi bg jwpn slumber je “pd abi bgs la mcm tu”..mati2 pk dyorg akan t’kjt or tbe2 brake emergency ke..haha tp itu la parent aku..ape yg mereka pk aku xtahu tp mgkn mereka pd aku mereka pk tntg agama yg perlu dijge,redha Allah yg perlu dikejar,n mereka sygkn ank mereka ni xsngp tgk ank mereka trus2 dpt dosa kering..n tu je yg aku ckp kt parent aku..alhamdulilah xsgka mcm gitu mudh Allah bantu niat baek kami utk bersatu, dpt parents yg sgt memahami..

So abez je mtrk kami msh b’pk ptt x kawen awl sume(mane xpk,ni tntg ms dpn)..tu yg dok pk then lama2 isteri aku ckp elok la kami kawen awl..pastu dy ckp kt parent dy mcm yg dy cte before ni.. aku pun ckp je kt umi abi nk kawen..tu surh umi abi g merisik..tp actually bkn merisik kot cz aku pun join skaki cz ad bnda nk bncg lg utk p’jlsn bia d ms hdpn xjd pape..so simple..dan kami sebok2kn diri dgn p’siapn mental n fizikal utk mjls kami..tp tu la,xde la sume bnda aku wt sume owg sokg..ad la yg kurg b’setuju dgn plan ktorg tp pd aku yg penting kami dah dapat restu ibu bapa, so apa orang nak ckp just ignore that..cme kena dgr la jugak ape org nak ckp supaya boleh ambk langkah berjaga2 untuk elak ape yang mereka pk buruk tentang kawen awal ni..so insya Allah perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga and diredai Allah..amin..

Waktu nk kawen tu pun ad la yg m’bantu mcm fmily belah abi byk jgk sponsor..bj kawen nya,hantarn nya..actually kami plan xnk sume ni,tp ada ckp xsdp la dtg rumah owg tgn kosg..so tu yg ad la sedikt hntrn..so thanx utk kaum kerabat ku yg m’sponsor..hee n trima kasih kpd kaum keluarga belah abi n umi yg hadir memeriahkn mjls kami..smoga  hdp mereka d berkati Allah..amin…

So yg nk cte ni ms mjls b’langsung..time pg tu dh mula rase dedor tu..tp msh cool..xnk la owg tahu aku dh cuak..pas zuhur ad la sdkt kes yg t’jd..hee so t’pkse bncg ngn umi abi sume..so setel..than ad lg mslh cz den xde pngapit plak..ape2 je yg jd..haha mula2 umi aku pelawa kt kazen aku(kazen sehdp je..mati kubur sndri2)..hee tp dy xnk..pastu surh pak teh aku plak..dy pun sgn je..last umi ckp “xpela bia bang cik yg jd pngapit alang..tp jgn bgtahu dy”..tp 10mint pastu tbe angah aku ckp dy nk jd pngapit..cun la angah,syg angah lebih la mcm ni..hee so pas siap2 sume kami pun trus b’gerak ke tmpt kejadian..time smpai uma p’gntin pmpn,ad lg kes..cincin kawen tgl kt uma plak..t’pkse la akak siti n pak cik fuad n mak cik nor blik rumah ambk cincin(tq akak n pakcik makcik,maaf m’yusahkn)..yg ktorg sume msuk je..owh tidak,sesungguhnya aku nevess..pas msuk n dok tu,tgu la tok imam dtg..imam yg dtg tu rupa nya geng abi..so okey la..slumber je...time akad nak dimulakan, imam tu baca mcm2 la.. n aku kena perbaharui syahadah sume..okay la..ble nak mula, aku dh mula telan air liur..kata tok imam " adk nak minum air dulu x??"...heee nmpk sgt ke aku cuak..so, bermula la dengan bismillah, aku sambut ijab tok imam dengan "aku terima nikahnya Nur Amirah Binti Hasane dengan mas kahwin RM22.50 tunai dan kami sah bergelar suami isteri. rasa mcm nak wat sujud syukur je time tu. ( wahai sygku, kini kita telah bersatu dengan ikatan yang suci)..tu la, cuak2 pun sekali je dah lepas...alhamdulillah..bangga jgk la cz smlmnya dh bnyk berlatih dengan pak cik aziz..tq cik aziz...jasamu ku kenang..heee pastu dismbung dengan bacaan taklik n pesanan dari parents kami..

So dr cte t’sebut dpt la d simpulkn bhawa mjls kawen aku ni byk memerlukan bantuan sume org..thanx sgt2 kpd kaum kerabat n ahli keluarga ku..jasa mu hnya Allah yg dpt m’blsnya..memg kawen awl ni bkn bnda yg mudah nk d lakukn tp aku ada mereka sume yg m’bntu..akhr kata, doakn kebahagian aku n isteri d dunia n akhirat…kami xdela hebat atau mulia tp kami cbe m’jadi yg mulia d sisi Allah..thanx utk pujian dr org rmai utk kami,tp pd aku kami hnya insan biase yg cbe m’jd lebih baek..


memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi.
semoga aku dapat menjadi suami yang soleh di samping membimbing zaujahku menjadi isteri yang solehah :)
insya Allah..





cincin nikah buat isteriku dari duit aku sendiri :)

P/s:klu nk kawen awl, bgs la mcm 2 tp pastikn niat tu btl n iltizam tu mst kuat..n yg pntg minx p’tnjk Allah..

Entry ditaip oleh : Encik Mohd Muhsin bin Roslan..

Assalamualaikum.

 

Thursday, November 17, 2011

Wordless Thursday #2 :)

Assalamualaikum :)


sebelah mira tu ummi,mak mertua mira and  sebelah ummi tu kakak ipar mira, kak siti rohani :) 
picture is taken on 11.11.11 masa majlis akad nikah cousin muhsin.
I love them veryy much sebab mereka tersangatlah baik :D hihi 

p/s : bersyukur yang amat dapat family mertua yang best! heee sekali lagi entry tersasar ke hari khamis. menjadi wordless thursday :p

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane.

 Assalamualaikum.
 

Wednesday, November 16, 2011

Its 4 months already :)

Assalamualaikum :)

hows everyone ? hope semuanya sihat2 selalulah kan :) insya Allah.

okay. tengok tajuk, mesti korang dah taw la kan ape? hee yupp. its 4 months already mira and muhsin being together, after ijab kabul on 16 Julai 2011. actually not already laa. mcm baru je 4 bulan. haha tapi alhamdulillah. Allah beri kami kesempatan untuk bersama sehingga bulan yang keempat ini. Semoga berkekalan sampai ke syurga hendaknya. aminn..alhamdulillah. dalam masa 4 bulan ni mcm2 jugak dah jadi. takde la mcm2 sgt. haha couple and berkahwin is two different thing. veryy different. dalam masa 4 bulan ni jugak kami masih cuba menyesuaikan diri antara 1 sama lain, even dah 6 tahun kenal! haha so far, so good. yang penting, mira kuat merajuk. pening kepala muhsin layan -.- haha suami mira sgt baik. masih sama seperti masa sebelum berkahwin. yang tu memang tak berubah laa. seboleh mungkin dia layan permintaan mira.Alhamdulillah sgt2. dikurniakan seorang suami yang caring, penyayang, dan baik! heee tapi beliau kadang2 sgt garang-.-" haha garang dia bukan pukul2 semua tu. haha garang dia kalau dia marah, dia senyap. tak nak cakap dengan mira. memang meraung la mira kan kalau beliau taknak layan. heeee

mira update dekat fb semalam tentang anniversary dalam pukul 12 lebih pagi. oh, dan alhamdulillah. ramai sungguh yang mendoakan kami :) semoga Allah turut merahmati kalian..


selamat ulangtahun manja! :) 
salam sayang dari isterimu..
suami saya senyum simple je, bini dia senyum mesti sampai telinga ;p haha

p/s : masih ramai rupanya nak baca entry kini aku bergelar seorang isteri. kalau korang nak baca, klik SINI. sebab susah plak korang kena search2 semua kan. sehingga hari ni, dah 18, 207 likes. suatu angka yang pada mira sangatlah banyak. housemates mira cakap, kalah asyraf muslim punya wedding. haha bnyk la korang. yang comment pun ramai. sori bnyk2 sebab tak boleh nak reply bnyk sgt. heee anyway, thanks for reading that entry! do take care guys! semoga Allah merahmati kita semua. aminn :D

entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane.

 Assalamualaikum.

Thursday, November 10, 2011

Kad Nikah Pintar :)

Assalamualaikum :)

hai semua. bertemu lagi di entry kali ini. hee *rajin la pulak update kan ;p haha

okay, mira nak tanya, korang pernah dengar tak pasal kad nikah pintar tu ?? mesti most of you all tak pernah dengar kan. heee i guess cuma Johor je ada kad ni. but tak tahu la about other states kan. Kad Nikah Pintar ni diberi dalam bentuk kad pengenalan. Dekat Kad Nikah Pintar tu ada la gambar si suami dan si isteri berserta IC masing-masing di bawah gambar. tarikh berkahwin, nombor sijil, and daftar perkahwinan dekat mana. Function dia adalah bagi memudahkan pasangan untuk pergi ke mana-mana. haaa, tak payah la susah2 dok nak bawak sijil nikah yang bosa godang tu haaa. haha oh, tak silap mira cuma Johor je yang sijil nikah saiz A3. haaa, tak ke haru nak pi mana-mana bawak la sijil sebesar-besar tidak tu ;p haha so, antara alternatif yang dibuat adalah dengan memperkenalkan kad nikah pintar ini. Free ke ? tak payah la tanya. zaman sekarang kalau ada barang yang free, korang boleh wat sujud syukur ramai2. haha mesti la berbayar. RM50 untuk 2 kad. suami dapat, isteri pun dapat. heeee adil lah :)

mira kahwin 16 Julai hari tu. then, kitorang tunggu sijil nikah dalam sebulan. lepas tu, dah dapat sijil nikah baru boleh apply kad nikah pintar ni. kad nikah pintar ni pulak boleh dapat dalam masa 2 bulan. lama gak woo nak tunggu semua ni. haha mira baru je amek masa cuti mid-semester ni. excited tengok ;p haha so, lepas ni nak pi jalan memane, or g holiday mana2, dah selamat dah. tak de la, tetibe kena tangkap khalwat plak sebab tak bawak sijil nikah. haha jarang kan org dah kahwin pergi jalan2 bawak sijil nikah. haha untung ada kad nikah pintar ni :) *promote sekali ni. haha for us, kitorang wajib bawak pergi mana-mana, sebab kitorang kan 19 baru and dah married. kang ada jabatan agama islam tu dok kata kami tipu plak kalau tak bawak bukti -.-' haha

ni la kad dia..heee

muka depan. yang atas muhsin punya, yang bawah mira punya :)


muka belakang. 
kad suami and isteri beza dia dekat code di belakang ni. untuk suami S, untuk isteri I.
korang tak payah la cari, tak nmpk punyee ;p 

p/s : cuti ni enjoy je! haha tak sedar naik cuti ada 3 exam menanti. tak boleh la dah jumpa my hubby, nak spend all the time dengan dia je >.< haha hari ni kitorang plan nak study, insya Allah. haha ntah2 ada je plan lain ;p pergi air terjun ke ? :) haha sekian.

entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Hasane :)

 Assalamualaikum.

 

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #1 :)

Assalamualaikum :)


cinta itu INDAH andai disulami kasih sayang dan kesetiaan
dalam menikmati cinta kepada insani, jangan kita lupa cinta pada Allah yang Hakiki..

p/s : wahhh! saya berjaya buat entry paling pendek ;p haha

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Hasane :)

 Assalamualaikum
.

Thursday, November 3, 2011

#1 WordLESS Thursday :)

Assalamualaikum :)

hai semua. hee ni entry paling pendek mira nak buat :)


heee korang nampak tak apa yang tertera kat atas tu ?
that is my boarding pass untuk balik sabtu pagi ni. hoyeahhhh!
dah tak payah check in dekat air port.
tinggal pergi imigresen dan terus tunggu dekat atas :) 
see, hows excited i am. haha 
i miss my mama and hubby a lotttttttt! family yang lain rindu jugak :D
sekian sahaja. selamat pagi semua ;p

p/s : currently sedang buat jadual untuk masa cuti seminggu nanti sambil buat assignment keusahawanan, general genetics dan study analytical chemistry. haha yes. dalam hati menari-nari keriangan nak balik, hari jumaat pagi ada test chemistry. sabar je lahhh~ oh, ye. mira kena buat jadual sebab cuti cuma seminggu. kena spend it wisely. divide masa nak jalan, nak study, spend time dengan hubby, dengan mama ayah, dengan umi abi, family and family mertua. rindunyeeee dekat semuaaa :) rindu 2 orang adik kecik mira yang nakal and 2 orang adik ipar perempuan saya yang comel and adik ipar lelaki saya yang bongsu yang sangat cuteeeeee! haha 

mama dengan my hubby berebut nak amek mira dekat air port. haha muhsin ckp mama tak payah amek, biar dia amek. mama plak cakap, muhsin tak payah amek, biar mama je amek.haaaaaa, last2 dua2 pergi amek mira.hahaha tak sabar2 nak tunggu anak and isteri kesayangan mereka ni balik ;p haha #okay sila muntah pelangi -.-

selamat pagi semua. mira tidur lambat malam ni sebab kena study and siapkan assignment. makin nak cuti makin banyak assignment dan kena hantar before cuti. takpe.even rasa sedikit berat, dugaan Allah itu pasti ada hikmahnya :) 

err maaf. cakap je nak buat entry pendek. tapi panjang jugak. ni la yang paling pendek mampu mira buat :p haha oh, ye. nak buat wordless wednesday sebenarnya, tapi akibat masa amat mencemburui saya, so, terhasillah entry wordless thursday.heeee

Assalamualaikum.
 
..