Thursday, May 3, 2012

Dulu aku biasa-biasa.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Salam ukhuwah sahabat sekalian. Daripada my lastt entry yang berdekad lepas tu. hihi sehingga ke entry ni, jumlah follower bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillah. Even there is no new entry, masih ramai yang membaca dan tak kurang juga yang memberi komen-komen yang membina dan menasihati. Alhamdulillah. Syukran ya akhi wa ya ukhti. Semoga penulisan-penulisan yang lalu memberi info berguna buat sahabat sekalian. Also syukran yang tak terhingga kepada yang LIKE fanpage Diari Rindu Muhsin & Mira, yang sentiasa support kami dan sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Syukran sahabat :) Allah. Statement dah macam menang award pulak dah. HAHA bukan apa. Cuma nak berikan sekalung penghargaan buat sahabat dan teman yang setia menasihati dan menyokong kami. Alhamdulillah ya Rabbul Izzati :)  Kau hantarkan sahabat-sahabat yang baik buat kami..

Okay, tu cuma mukaddimah je. Berbalik pada tajuk seperti yang tertera di atas, dulu aku biasa-biasa. Jap. macam dah tak reti dah pulak nak type entry baru.huhu skill menulis dah berkarat. hee em maaf la kalau gaya penulisan kali ni korang susah nak faham plak nanti :) Ya ukhti wa ya akhi, sebelum baca tarik nafas panjang-panjang dulu. inhale, exhale. done? okay. baca bismillah then baru baca eh. Soriiii sebab entry panjang. Ni la akibat dah lama tak update. Idea mencurah-curah =p heee

Dulu aku biasa-biasa refer to me, mira. I got many new friends since the entry Kini Aku Bergelar Seorang Isteri was published August last year. So, bila new friends mesti la korang kenal mira yang sekarang kan. Korang tak kenal mira yang dulu. Now, mira nak story about mira yang dulu and mira yang sekarang. Whats the differences of the old me and the new me :) 

Its not about, "eh, kenapa dia nak buka aib dia sendiri?" HAHA people. listen here. i had gone through all this matter for about 20 years of living on the Earth. Di bumi Allah. Dari seorang manusia yang khilaf, mencari identiti diri, mencari kekuatan berada di muka bumi Allah, mencari sahabat yang membantu menuju ke syurga, dan last but not least, mencari seorang suami yang sentiasa menemani diri ini ketika aku tercari-cari cahaya kehidupan. *akan ada mira bahasakan 'AKU' dalam entry ni ea =) 

Dulu aku cuma manusia yang khilaf. Manusia yang serba kekurangan. Kalau dulu aku dilihat sebagai seorang wanita biasa. Kini mungkin tidaklah sebiasa yang dahulu. Actually what i'm gonna to tell is more to my penampilan. Kalau tengok mira dulu biasa je. Pakai tudung bawal(tudung ni jarang), suka pakai selipar, bukan selipar jamban tu. selipar yang cantik2. hihi tudung kadang2 buat gaya kupu-kupu, kadang selempang selamba badak je. konon malas nak pin. Kau dedah dada tau tak ? HARAM! Allah. Dulu aku khilaf sangat! =( Tapi last mira selempang sesuka hati tu masa form 2 kot. Dulu my boyfie yang sekarang merangkap encik suami sangatlah tidak menyukai style tudung yang mira pakai macam tu. Dulu mira ni tak berapa terdedah sangat dengan aspek penampilan mengikut Islam. Mira slumber ubi mira je laa. Tapi mira suka pakai tudung pin ke bawah je. Sopan je dan secara tak langsung menutup dada. Nak tau tak? Dulu mira suka tengok ustazah-ustazah plus my ummi(merangkap ibu mertua mira sekarang) yang pakai tudung labuh. Mira selalu rasa, bestnyeee dapat pakai tudung labuh macam tu. Berangan je la. Tapi niat sentiasa ada. Insya Allah. Mira selalu teringinn nak pakai. Tapi rasa tak kuat nak ubah. Mira selalu cakap, aku ni takde la alim mana, tetiba nak pakai tudung labuh kang pelik plak. Perangai tak serupa penampilan. Orang cakap apa plak? Hm. Dulu.. 

Mira ceritakan pengalaman mira berubah dari 0 tentang penampilan mengikut Islam sehingga mira yang sekarang ea =) Segalanya bermula lepas SPM :) Emm mira dulu pun mana pakai stoking? Mana pakai handsock? Mira pernah nampak sorang kakak kat sekolah mira pakai macam tu plus tudung labuh, tapi mira abaikan je la. Ntah la. dulu takde feel kot. Tu lah. Bila Allah tak bagi hidayah, jadi macam tu laa. Benda baik pun tak nampak. Emm mira start pakai stoking lepas SPM. Sebab ? Mira ingat lagi masa tu mira pergi first driving class, then mira slumber ubi pergi pakai slipar. Asik kena sound aje ! haha Mira mana taw kena pakai kasut. Mama lupa nak bagitaw. Then for the first time dalam hidup mira, mira pakai kasut. *selain dekat sekolah. Dan bila mira pakai kasut, automatik mira nak pakai stoking. Sebab? Mira tak selesa pakai kasut without socks! So, dengan itu sepanjang 3 bulan mira amik driving license, secara tak langsung mira terfikir, kenapa tak aku teruskan pemakaian stoking dan kasut? Syukur alhamdulillah. Allah sentuh hati mira untuk berubah. Mira diberi kekuatan oleh Allah untuk berhijrah. Kaki itu aurat. Tau kan? Kenapa tak tutup kaki tu? Kenapa masih biar terdedah? Kepala ditutup tapi kaki dibiar terbuka? Tak ke sama je dengan buka tudung? Rambut itu aurat dan kaki juga aurat. 

PAKAI TUDUNG TAK WAJIB, TAPI TUTUP AURAT ITU WAJIB! 

Dulu mira tak pernah rasa tutup kaki tu perlu sehinggalah Allah campakkan satu perasaan dalam hati mira. Mira kena tutup aurat! Kalian, actually korang tak perlu tunggu dapat hidayah, korang dah taw benda tu wajib, berhijrahlah. Tak rugi buat benda baik. Mira ni susah nak berubah bukan apa, sebab mira ni jenis orangnya, kalau once mira dah change, its mean i'll change it FOREVER. Mira nak mira istiqamah buat benda tu. Mira taknak hari ni mira pakai, esok mira tak pakai. Kat situ nampak sangat, mira sebenarnya tak faham pun apa maksud perubahan yang mira buat dan alhamdulillah, mira sentiasa istiqamah dengan apa yang mira ubah..dengan izin Allah. 

Next, pemakaian handsock. Mira start change pun masa lepas SPM. Masa ni mira kerja dekat klinik ayah. Dekat klinik ayah ada kena amek kad tinggi-tinggi. Mira kat klinik memang pakai baju kurung. So, bila nak amek kad tinggi-tinggi, terselak lengan sampai ke siku. Nanti mira pun dok la terpegang2 lengan baju sambil nak amek kad sehinggalah suatu hari tu mira terfikir. Tau plak aku nak malu bila lengan baju terselak. Tapi kenapa aku tak cari alternatif nak tutup? Dan again, mira nekad untuk pakai handsock pulak. Dan alhamdulillah. Masa lepas SPM, mira dah mula pakai handsock dan stoking. Bersyukur pada Ilahi. Kalau tak, ntah lagi berapa banyak dosa mira dah buat, dengan buka kawasan aurat yang selalu orang amek mudah.Lengan dan kaki. Mira ni dulu memang ada habit. Mira cepat panas. So, mira suka betul sinsing(eh, betul ke mira eja?haha)  lengan baju. Tak kira la baju sekolah ke baju lengan panjang ke. Sume la mira dok sinsing. PANAS kononnya. Padahal mira tak taw panas api neraka lagi Maha dahsyat. Nauzubillah. Itulah mira yang dulu. KHILAF! Suami mira dulu sekelas dengan mira. Dia selalu dok nasihat jangan sinsing baju, jangan sinsing baju. Mira degil. Suka buat ikut kepala mira je. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati mira untuk berubah dan mira berubah serta mira istiqamah dengan apa yang mira ubah :) Lepas pakai handsocks dgn stoking, tak pernah rasa panas pun. Malah selesa je :D

Nak berubah memang mudah, tapi nak istiqamah tak semudah nak berubah :) 

Dulu kat matriks, mira kalau nak bersiap sikit punya lama. Mana taknya, nak pakai handsock, pakai stoking, pakai kasut. HAHA nak pergi kafe pun aku complete macam nak pergi kuliah. Roomate mira selalu cakap, kan nak g kafe je. Mira jawab dengan tersenyum, dekat kafe pun ada lelaki. Aurat tetap aurat walau dekat mana pun kita berada :) *suami mira selalu ingatkan tentang ni :) syukran syg..

Dulu. mira pakai t-shirt lengan panjang biasa2 je. Standard la baju yang anak dara pakai skarang ni. Tapi tak ketat. Mira tak pernah pakai baju ketat. Plus mira tak pernah pakai jeans! HAHA Ayah cukup jaga tu. Dia memang tak bagi pakai or beli pakaian yang menampakkan bentuk badan. Dia tak bagi pakai jeans sebab dia kata semua jeans ikut bentuk. HAHA mira rasa ada je jeans yang besar. Tapi bila mira telek bek2, mira tak nampak plak, orang tu kecik, dia beli jeans longgar. Yang mira nampak, semua orang pakai jeans, mesti nak pakai nampak bentuk kaki yang selim melim, nampak bentuk punggung. Allah. Memang patut ayah mira tak bagi. Dan mira sgt2 bersyukur menjadi orang yang TAK PERNAH PAKAI SELUAR JEANS :) Oh, kalau baju labuh, boleh kan pakai jeans.? Boleh sayang. Tapi mira jarang nampak orang pakai jeans ni pakai baju labuh. Pe cer? Tepuk dada tanya iman. Nanti punggung korang kena bakar kat akhirat, tak takut? Nauzubillah. Korang tau tak, dulu mira nak pergi shopping mall, mira kena pakai baju kurung sebab ayah cakap, baju seluar tu untuk pergi pantai. haha awesome tak? haha dulu masa kecik, mira bising gak. Dah besar ni, mira sendiri pandai dah fikir =) Ayah dah didik mira sebaik-sebaiknya insya Allah.

Mira start pakai t-shirt muslimah masa duduk rumah mak cik mira. Mira stay sana seminggu dan mira stay unexpected. So, mira tak cukup baju. Masa tu kat tempat mira baju muslimah belum meluas lagi. So, masa pergi jalan2, mak cik mira tunjuk baju muslimah tu. Mira beli 3 ke 4 helai. Mira punya excited jumpa baju tu. Tapi masa tu mira beli saiz S. Bajet mira kecik sangat la kan. haha first time nak tukar baju labuh. Biasa la tu. Sejak tu, mira bagi orang semua baju2 t-shirt lengan panjang mira. Mira pakai baju muslimah g mana2 =)  Selesa sangat. Masa dekat matriks, mira agak complete la sebagai seorang muslimah. Dah pakai stoking, handsock, dan baju muslimah. Sekali lagi Allah ketuk pintu hati mira untuk pakai baju labuh pulak :) Kadang2 mira cerita dekat suami mira, "Abang, kelakar kan. Dulu kalau nur dapat baju saiz besar sikit je mesti mulut mengomel cakap macam2. Baju besar la, geloboh la. Tapi sekarang,terbalik. Kalau baju kecik or sempit plak, nur bising. Nak yang besar2 je,lagi geloboh lagi suka :) " Sekarang, mira beli baju muslimah saiz L. Bukan sebab badan mira dah jadi saiz L. Tapi sebab mira selesa bila pakai besar2 =) Ingat eh sahabat, pakai baju muslimah, belum consider "muslimah di mata Allah". Ada yang pakai baju muslimah tu, ketat. Allah. Pening kepala mira tengok. Bila ketat, mula la, jalan pun nampak bentuk punggung. Make sure baju tidak mengikut bentuk badan! Hm. 

See. Masa mendewasakan kita =) 

Masa dekat matriks, mira masih dengan tudung bawal. Suami mira dulu banyak kali tegur tudung tu jarang. Nampak leher. Tapi mira just cakap, habis tu nak buat cam mane. Nak tukar tudung apa? Tak terfikir lagi nak tukar tudung jenis lain. heee Lebih2 lagi yang buat mira taknak tukar, mira nampak "comel" kononnya dengan tudung bawal tu. Kalau perasan mira tak pernah pakai tudung selain tudung bawal. Dulu la. Sebab family mira sangat suka dan suka puji mira comel bila mira pakai tudung bawal and husband mira pun sama la. Tak suka mira pakai tudung lain. So, thats why mira sangat setia dengan tudung bawal =) Sehinggalah, selepas mira berkahwin. Mira terasa nak buat satu lagi perubahan. Lebih2 lagi mira lepas ni dah masuk tempat baru. Takde la mira segan2 nak tukar penampilan =) Mira start cari tudung lerang 50 dulu. Mira rasa pelik bila pakai tudung labuh sangat. Baru nak try kan. So, for the first try mira cari yang lerang 50. Tapi tak jumpe. So, beli la yang lerang 60. Mira beli tudung2 ni dengan suami mira. Awesome. hihi then, kat rumah mira try depan suami mira. heee tapi dia kata dah macam tudung berjalan. haha sebab tudung tu serious macam tutup mira terus. Mira dah cakap, mira ni kecik je orangnya =p So, mira try jugak cari tudung lerang 50. Mira jumpa! Mira beli 10 terus! HAHA habis RM200++ duit ayah =p syukran ayah. Insya Allah pahalanya pun dapat kat ayah :) *Mira terkilan jugak sebab sgt2 susah nk cari tudung2 labuh ni. hm. ni mira jumpa pun dekat Angsana, JB. Kalau kat Kota cm takde je :( One fine day, kalau ada rezeki, nak bukak kedai/online shop yang jual tudung labuh =)

Start akhir2 puasa tahun lepas, mira dah berjinak2 dengan tudung ni. Alhamdulillah. Mira selesa sangat :) Masa first raya, mira segan sebenarnya. Tapi mira buat slumber badak air je laaa. Dan alhamdulillah, happyy sangat. Dapat berubah ke arah kebaikan =) Encik suami jadi orang yang pertama tengok perubahan ni. hehe senyum je dia :D alhamdulillah. Adik mira pun dok puji mira cantik melambung2 sepanjang hari.HAHA sampai suami mira pun ragu2 nak bagi pakai tudung tu. kahkah lepas ni dia suruh pakai purdah plak kot. heee dan now, here i am. Puan Nur Amirah Binti Hasane =) mungkin tidaklah sebaik sahabat ukhti yang lain. Tapi insya Allah better from before :D I'm heading to tudung lerang 60 pulak (dah start pakai :) )and insya Allah tudung labuh pulak and insya Allah purdah after this =) tapi purdah tu tak taw la bila :) heee my husband sangat risau. Dia memang mengharap sangat mira pakai purdah. heee sebab taknak lelaki lain pandang muka mira. eh, mira tak la cakap mira cantik ke apa. cuma memg seeloknya ditutup daripada pandangan orang luar. Actually, kita kena ubah pandangan kita pada orang berpurdah. Orang berpurdah bukan sebab cantik or what so ever, tapi untuk memelihara kehormatan dan wajah daripada pandangan mata liar orang di luar sana dan mengelakkan tabarruj =) Sesetengah orang yang cetek ilmu cakap, bila orang tu bukak purdah kt certain tempat yang mewajibkan dia bukak purdah, "eh, takde la cantik pun muka dia tu" dll. Sedih betul bila dgr org2 mcm ni ckp mcm tu. Niat org tu berpurdah tu yang penting. Cuba ubah mentaliti kita =) 

Haaaa, lg 1 mira nak nasihatkan bagi yang berbaju kurung. Kebanyakan pelajar dan orang lain juga, ayu dah pergi kelas pakai baju kurung semua, tapi masalahnya baju kurung tu kebanyakannya jarang. Mira tak tipu. Mira perhati benda ni. Kain la yang paling ketara. Memang jarang eventhough baju biasa. Jadi, bila tgh panas tu, bwh matahari dah macam 'bawak tv'. Kaki tu jadi tontonan umum. Dah tau kain tu jarang, kalaupun tak jarang, kalian dinasihatkan untuk pakai kain dalam. Sgt2 mira galakkan. Mira yang perempuan pun sakit mata tgk wanita2 ayu berbaju kurung nampak bentuk kaki. Dah macam tak pakai kain. Mira perasan, kain2 baju kurung sekarang ni kebanyakannya  jarang. Ni kain biasa tau, bukan yang memang kain jarang tu. Mira pun pelik, kenapa kain baju kurung jarang. Jaga aurat kita daripada pandangan liar mata lelaki di luar sana. Hope semua lebih peka tentang hal ni ea :) Lagi 1, seeloknya bila berbaju kurung digalakkan berseluar dekat dalam. Kenapa? Sebab cuba perhati jika kita naik tangga, ataupun jika terjatuh. Kalau terselak, dengan adanya seluar, pasti aurat masih lagi terjaga kan? Kalau tidak berseluar, pastinya aurat itu jadi tontonan umum. So mira, kena pakai dua2 ke? Seeloknya sahabatku. Mira pakai dua2? Ya saya. Supaya aurat itu benar2 tertutup daripada pandangan orang yang tidak berhak :') Semoga Allah reda ^_^

Mira terasa nak buat entry ni bukan apa. Sebab dah ramai sahabat2 yang secara sengaja dan tak sengaja bertanya and cakap pada mira ; "Kita pun dah lama teringin pakai macam mira." / "Sweet je pakai tudung macam ni" / "Macam mana nak berubah pakai tudung macam ni?" / "Macam mana mira kuat untuk berubah?" dan lain-lain. Mira tau ramai yang hatinya dah diberi hidayah oleh Allah tapi masih ragu-ragu untuk berubah. Segan dengan keluarga, segan dengan kawan, segan dengan orang tu orang ni. Sahabat, jangan segan dengan manusia, seganlah dengan Allah. Takda ape yang nak disegankan. Kita berubah ke arah yang positif. Orang nak cakap apa, kita abaikan. Jika kita hilang kawan kerana perubahan kita, jangan risau. Allah akan hantar ramai lagi kawan2 yang lebih baik daripada mereka. Tapi so far, insya Allah takde apa pun yang berubah sepanjang mira berubah ni :) Everything was okay and kawan2 lagi bertambah2. heeee Alhamdulillah.

Di saat semua orang berlumba-lumba untuk mengikuti fesyen dunia moden, aku di sini masih dengan tudung yang biasa. Aku selesa. Tidak keterlaluan dalam berhias tetapi kemas. Aku sudah menjadi isteri orang dan seharusnya aku bersederhana dalam penampilan agar tidak menarik minat orang di luar sana. Semoga Allah pelihara diriku. Jauh dari sifat tabarruj. Suamiku juga selalu menasihati aku supaya tidak terikut2 dengan dunia fesyen dan alhamdulillah memang aku tidak berminat dengan semua itu =) Tidak salah berfesyen, asalkan menutup aurat. Tetapi jika mampu, janganlah keterlaluan sgt, sebab kita muslimah bukan untuk tunjukkan kecantikan sebagai muslimah, tetapi menunjukkan kesopanan dan tingginya budi pekerti seorang muslimah itu sendiri. Kecantikan itu hak Allah dan hak suami. Bukan bagi yang lainnya..Pelihara ia untuk yang berhak :)

Nak berubah tu senang sahabat, tapi nak istiqamah tu susah. Berubah tak perlu drastik kalau rasa tak mampu. Berubah slow2, tapi istiqamah :') Kalau mampu nak ubah semua, boleh ubah semua terus :D Lagi bagus. Hm. Ramai kawan2 mira nak berubah. Dah pun berubah. Tapi bila jumpa balik, tengok dia tak seperti saat dia mahu berubah. Balik ke penampilan asal. Tak pakai handsock dah. Stoking pun ke mana. Allah. Baru mira tahu tak mudah rupanya untuk istiqamah, tapi mira terlalu bersyukur Allah tak letak rasa susah untuk mira berubah. Senang dan mampu untuk istiqamah. Semoga sahabat2 sekalian yang mahu berubah juga turut istiqamah dalam perubahan yang dilakukan. Jangan hangat2 tahi ayam je okay sahabat. Semoga Allah merahmati kalian dengan perubahan baik yang hendak dilakukan.

Petikan ni mira amek dekat satu blog zaujah muda yang kini berpurdah, (mira lupa plak link blog dia). ;

Aku selalu terfikir, kalau kita asyik boost pasal taubat kita, orang akan cari kisah kita sebelum bertaubat. Kalau kita asyik boost pasal aurat kita yang kita jaga dengan baik orang akan dedah pula kisah kita sebelum kita tutup aurat.Kalau kita sibuk boost pasal ilmu agama yang kita pelajari, orang akan korek pulak diri kita sebelum belajar agama. Kalau kita sibuk boost pasal niqab kita, orang akan cungkil pulak rahsia kita sebelum berniqab. Kalau kita sibuk boost pasal pernikahan kita, orang akan ungkit pula aib kita sebelum bernikah. Kalau kita boost pasal mujahadah kita, orang akan risik pulak buruk kita sebelum bermujahadah. Orang tu manusia, di sekeliling kita. Kadang yang menyedihkan orang tu adalah orang yang baik dengan kita atau pura-pura baik dengan kita. Sedihkan ada kawan macam itu. Sangat menyedihkan.

Itulah manusia sahabat. Ada yang baik, ada yang tidak. Kita kena pandai pilih kawan dan pandai tangani pandangan manusia yang bermacam2. Sepatutnya kita kena husnuzon dengan semua orang. Barulah hati sihat. Bahagia. Dan kita kena selalu sabar dan yakin, Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar dan beriman. insya Allah. amin :') 


My komen setelah berhijrah : Seriously mira rasa tenang sangat, bahagia dan selamat sangat. :') Mira langsung rasa tak rugi berhijrah. Malah rasa sedih dengan diri yang sangat jahil dulu. Tapi mira tetap bersyukur kerana masih sempat berubah sebelum menutup mata untuk selamanya. Sekarang kalau tudung kena tiup angin ke apa,  yang boleh buat tudung terselak, rasa nak nangis. Takut aurat terbuka even sikit pun. Selalu doa supaya Allah pelihara aurat mira dalam apa jua keadaan. Begitu mendalam kasih sayang Allah pada orang yang menutup aurat. Alhamdulillah =) Lagi 1, dengan menutup aurat, secara tak langsung sikap kita pun akan seiring dengan pemakaian kita. Ye laaa, pakai dah sopan2 takkan tetiba nak menjerit2 depan orang kan?? HAHA so, insya Allah secara tak langsung mendidik jiwa dan pemikiran kita ke arah kebaikan =) Selain tu, dah takde org nak kacau2 lepas bertudung labuh ni. Org pun respect kot kat org tudung labuh ni. Tau diorg kalau kacau pun pandai cakap Assalamualaikum. So, dgn menutup aurat ni insya Allah kita akan rasa lebih selamat :) Dan suami mira menjadi penyokong terhebat mira daripada dulu sehingga la sekarang. Sentiasa suruh mira tutup aurat dan hari ni mira bersyukur, mira sudah pun menutup aurat dan menjadi seorang muslimah. Insya Allah, semoga Allah reda :') Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sgt baik dan menjaga tata tertib isterinya..


Di sebalik penampilan seorang isteri, terselit keperibadian seorang suami :') 

Semoga aku juga terus istiqamah dengan perubahan ini dan terus kuat mengharungi dunia fana yang penuh pancaroba untuk sebuah kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak :')


(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya..


Yang Tertutup Itu INDAH..

 Assalamualaikum.
 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)
 

74 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah =) leya make sure istiqamah tau syg. jgn kejap2. heee i love youuu :*

      Delete
    2. i love youu too too sayanggg! insyallah i will! pray for me my dear <3

      Delete
  2. alhamulillah.. penulisan yg amat baik.. mudah utik org lai faham, n rasanya mudah utk org lain tertarik utk ikut apa yg enti buat.. sy amat stuju dgn kata2.. berubah itu mudah itiqamah itu amat payah... moga tuhan beri kamu kekuatan selaku hambanya,... rabbina ma'ak, warabbuna yusahlak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. syukran ya ukhti :) insya Allah.semoga entry ni bermanfaat bg org di luar sana juga =) amin amin.

      Delete
  3. Assalam mira :) Awak sangat kuat . Saya pun salah seorang macam awk tp masih di dalam proses . Walaupun saya berusaha untuk menjadi muslimah tapi kdg2 mesti ade perkara yg bercanggah dgn impian itu . Saya cari tudung yg x jarang , sy cari pashmina supaya bila sy pakai x nampak jarang . Saya pakai baju x ketat tp x semuslimah pakaian awk . Bagi sy untuk berubah susah sgt . Mungkin itu kelemahan , lemahnya iwa ni dgn dunia yg penuh hiburan ini . Kdg2 sy tak tau nak lari kat mana ~ Saya nak elak dari dunia yg melekakan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kdg2, bukan kita yang kuat, tapi Allah yang anugerahkan kekuatan tu. Kalau kita rasa kita tak kuat, doa dan terus berdoa agar Allah kuatkan hati, tetapkan iman kita untuk berubah. insya Allah, pasti mampu dengan izinNya.

      Jangan terlalu ikut dunia moden, takut kelak memakan diri. Tapi pakai pashmina untuk elak tudung jarang pun dah 1 effort yang bagus. Cuma seeloknya labuhkan menutup dada. Baju asalkan tak ketat pun dah cukup bagus. Tp kalau boleh, sikit2 berubah untuk pakai baju labuh dan besar :') Semoga Allah permudahkan urusan kamu syg..Bnykkan minta pada Allah ea. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :')

      Delete
    2. Thank you , Amirah :') semoga awak sentiasa di bawah perlindungan-Nya .

      Delete
  4. assalamualaikum.

    alhamdulillah . Sy faham apa yang mira rasa, saya pun masih belajar menjadi lebih baik. Sesiapa yang melalui pasti rasa apa yang mira cakapkan ni. Tak mampu diluah dengan kata. tetapi rasa khilafnya masa dulu namun masih bersyukur kerana tersedar di usia 20 bukan tersedar tika lewat usia ataupun tidak tersedar langsung. Doakan saya terus istiqamah wlupun ianya tersangat sukar. AAMIIN. Insyaallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Alhamdulillah. Saya tahu. Memg org yang berubah kepada kebaikan, pasti terasa manisnya penghijrahan itu. Sangat maniss :') Tak dpt sy sangkal, memg sy sendiri rasa diri jahil sgt dulu. Bnyk melakukan dosa. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua..

      Betul tu, saya setuju. Walaupun hanya pada usia belasan atau 20-an baru kita tersedar daripada lamunan, tapi kita tetap seharusnya bersyukur dgn anugerah yang Allah berikn, rasa taubat yg Allah campak dlm hati untuk berubah. Dan hari ini kita mampu berubah jika nk dibandingkan masih ramai yg leka di luar sana. Semoga Allah dekatkan hati2 mereka dgn cara hidup Islam yg sebenar dan semoga kita terus istiqamah dgn perubahan kita. amin. ^_^

      Delete
  5. ALHAMDULILLAH...SEMOGA SENTIASA ISTIQOMAH...AKAK PON DALAM USAHA..BETOL KATE MIRA..SLOW2 BERUBAH TAPI BERTERUSAN..AKAK NIAT NAK PAKAI TUDUNG LABUH DR PERTENGAHAN THN 2010..TP MLE DPT TUNAIKAN BLE DA SMBG DGREE..AWL THN 2011..TP PKI STOKIN N HANDSOCK DR THN 2010 DA...NOW..ON MY WAY PAKAI TUDUNG LABUH...N BLE PKI YG KETAT SUME DA XSELESA..TAKUT AURAT TERDEDAH..ALHAMDULILLAH..ALLAH BG RSE TAKUT 2 KN...JUST,AKAK XKAWEN JE LAGI LA..INSYA ALLAH...DALAM PERANCANGAN...MOGA DIA YG TERBAEK TOK AKAK...TERUSKAN PERJUANGAN YER... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. amin amin. tahniah atas perubahan yang baik tu kak :') Betul. Tiada lagi istilah nak pakai yang ketat. Bila lagi longgar, lagi selesa. lagi bahagia :) Mira pun nk pakai tudung labuh. Insya Allah bakal menyusul. Skarang cuma pakai bidang 60 je :D

      Rasa takut yang Allah campak dalam hati kita untuk takut bila aurat terbuka tu sgt manis. Sentiasa kita akan cuba menjaga sebaik2nya aurat kita utk elak yg tak berhak drpd melihat semua tu :) Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

      Insya Allah. mira doakan yg terbaik untuk akk :) Semoga Allah permudahkan segala urusan ea :D amin amin

      Delete
  6. ALHAMDULILLAH...SEMOGA SENTIASA ISTIQOMAH...AKAK PON DALAM USAHA..BETOL KATE MIRA..SLOW2 BERUBAH TAPI BERTERUSAN..AKAK NIAT NAK PAKAI TUDUNG LABUH DR PERTENGAHAN THN 2010..TP MLE DPT TUNAIKAN BLE DA SMBG DGREE..AWL THN 2011..TP PKI STOKIN N HANDSOCK DR THN 2010 DA...NOW..ON MY WAY PAKAI TUDUNG LABUH...N BLE PKI YG KETAT SUME DA XSELESA..TAKUT AURAT TERDEDAH..ALHAMDULILLAH..ALLAH BG RSE TAKUT 2 KN...JUST,AKAK XKAWEN JE LAGI LA..INSYA ALLAH...DALAM PERANCANGAN...MOGA DIA YG TERBAEK TOK AKAK...TERUSKAN PERJUANGAN YER... ^_^

    ReplyDelete
  7. jazakallahu khair kathira ya ukhti! semoga Allah membari kekuatan kpd sy utk berubah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan dear :) insya Allah. Banyakkan berdoa ea. Semoga kuat untuk berubah dan jadi muslimah yang diredai Allah ^_^ amin amin.

      Delete
  8. yg tertutup itu indah ;)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. indah di mata indah di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. segalanya indah pabila menjadi seorang muslimah..

      Delete
  11. tibe2 rase nk nangis la bacer entry ni... kite da banyak kali niat tok brubah tp still mcm ni jgk.. kite x kuat macam mira.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang, kekuatan tu Allah yang bagi. So, nak dptkan kekuatan tu, kita kena minta pada DIA. selalu berdoa, dan terus2 berdoa. Jika Allah katakan kun fayakun, sekelip mata sahaja kita mampu berubah. Jangan cepat mengaku kalah. Kita kena kuat untuk agama kita, untuk maruah kita, untuk generasi kita. Semoga kuat dalam menempuh sebuah alam yang digelar kehidupan dunia ea syg. Mintalah pada Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani..Allah sebaik2 tempat meminta ^_^

      Semoga jadi muslimah yang diredai Allah =)

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Em betul tu =) ana juga. Semoga kita terus istiqamah dgn perubahan ini kan. amin amin =)

      Delete
  13. kak mira, hehe tetbe rse nk nges, kita pun rse nk kgsi sdkt crte. kite memg dr kecik memg sgt tdk suka pakai skirt dan dress, memg tk suka. tk thu knpe. then time skola rnda, strt drjh 5 kite betul2 pki tudung. sblum tu pki bukak je. hee. memg strt dr situ juga kite mmg tk suka pakai lengan pendek dan baju yg ketat2. smpi ad skli tu beli bju saiz L, tgk2 besr lebr pstu smpi ke lutut, hehe. sehinggalah kite msuk ke sekolah mngah, alhamdulilah, orgnya masih sama tudung pun pki tk pernah tdk menutupi dada, dan baju masih dibwh punggung. dan strt nk dkt2 spm tu, kite mula dah pki stoking. cume hndsck tu jelah belum lg. dan sgt trign nk pki tudung lbuh . tp alhamdulilah, even kite tk pki tudung lbuh, kite just pki tudung bwl biase tu je masih lagi boleh menutupi dada dan boleh pki innerneck . kita rse selesa sgt. sblm tkde innernck tu, aduhai rse mcm tk teng je, sllu je nk cver2 leher supya org tk nmpak, jrgkn. hmm.cuma apa yg kite pelik kn je. ayah atau mama memg tk pernh surh2 pki itu ini. tu yg kita agk plik sedikit sbb kita rse bertuah sgt Allah pilh kite untk berpakaian yg sopan even prents tk pernah surh dan alhamdulilah kte tk pernh trppgruh dgn org lain dan kakk sendri tp die juga sudh berubah sekrg ni. syukur sgt. dan sekrg ni kite budak 18 thun dan pki bju lbuh shngga ke lutut. cume skrg ni mslh kite sluar jeans sbb kite ni kecik, agak sush nk cri seluar. hihi. tp insyaAllah, seluar jeans pun ad longgar2 kn? hee :) eh, sorry kak! trpnjg lak. semoga kita sama2 istiqamah kak! doakn kte kuat untk pki tudg labuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syg. Haaa, tu pun dah baguss tu. Bagi yang tak rasa mampu lg nk berubah ke tudung labuh, innerneck tu slh 1 cara untuk elakkan nampak leher bila pakai tudung biasa. insya Allah terpelihara aurat. Kkk ipar akk pun dulu pakai innerneck, tp skrg dia pakai tudung labuh dah =)

      Takpe. em betul tu. pakai seluar jeans tak slh, asalkan bajunya menutup punggung dan tak menampakkan bentuk kaki :) btw, menarik cerita adik. dari kecik lagi dah dekat dgn cara hidup Islam. Semoga kita terus istiqamah ddgn perubahan ini ea dan akk doakan adik diberi kekuatan untuk bertudung labuh =)

      Delete
  14. Mira kita serupa :) saya pun cmtu, berubah sikit demi sedikit, nak berubah ni memang kena kuat fizikal n mental! lebih2 lagi orang sekeliling yang dah kenal kite dari dulu. nak berubah memang kena istiqamah :) balik rumah ad jiran pernah cakap kt saya "muslimah sesat mane pulak ni?" aduh, baru je nak berjinak2 pakai baju muslimah ad pulak yg cakap cmtu, sedih jugak! senyum kambing je time tu :) haaa.. tapi yang bagusny family ok je, xcakap pape, n kawan2 baik time sekolah dulu pun ok, bagusny siap bagi semangat lagi! first berubah kawan2 xtau lagi, waktu tu nak pergi raya rumah diorang segannya tapi tebalkan je, xpayah nak segan sebenarnya kn kn :) sampai sekarang mesti terdetik dalam hati "Ya Allah manisnya hidayahmu! Alhamdulillah"

    Mira semoga bahagia dengan suami:) bercinta hingga ke syurga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul. Semua kena kuat. Itulah cabaran paling besar sebenarnya, pandangan masyarakat sekeliling. Ramai org kita kalah dengan benda tu, takut org kutuk, takut org mengata, tapi mereka lupa. Allah itu Maha Besar, Maha Adil, Maha Penyayang. Mereka seharusnya lebih takut pd Allah drpd manusia biasa, tetapi kata2 manusia juga yg mereka lebih takutkan. Allahurabbi.

      Tahniah ea saudari! Awak pun kuat dan istiqamah dlm berubah. Semoga Allah reda ^_^ Hidayah Allah itu sgt manis. Setiap yg berubah pasti akan merasainya..Bahagia dpt merasai kemanisan iman itu sendiri :')

      syukran syg! amin amin ya Rabbal 'alamin. semoga berbahagia juga :D

      Delete
  15. alhamdulillah...semoga mira istiqomah..dan bahagia di samping suami...betul kata mira org respect perempuan yg pakai tudung labuh...saya pun respect mereka,.nak tegur pun mcm tak berani jer:)...indahnya ajaran islam...wpun tudung labuh mcm biasa je, same jugak namanye tdung ttpi hikmah dan kesannyya amat besar bukan hanya pada si pemakainya malahan pada msyrkt sekitarnya..,insyaAllah, dengan adenye org yg pakai tudung labuh macam mira, akan bertambah lagi yg akan turut serta memakainya nnti,,,same2 doakan agar kaum hawa dapat ikut same...tutup aurat dengan sempurna, sekaligus dapat jaga kaum Adam dari tipu daya Syaitan yg licik...amin,,,,assalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. insya Allah dan syukran. Betul. Itulah salah 1 cara seorang wanita muslimah menjaga kehormatan diri. Dengan bertudung labuh, seorang wanita muslimah itu secara tak lgsung dpt menjaga adab, tatasusila, pergaulan, batas2, dan kehormatan diri.

      Insya Allah. Semoga Allah dekatkan hati2 mereka dengan pendekatan cara hidup Islam yg sebenar agar bertambah wanita2 muslimah penegak generasi ummah. amin.

      Delete
  16. alhamdulillah mira....moga istiqomah n bhagia di samping suami.... memg btol kata mira org respect dgn org pakai tdung labuh...kite pun kdg2 segan nak tegur org pakai tdung labuh ni...kan elok kalo sume pmpuan gune tdg labuh kan..:) bukn segan ape, tp mcm hormat dgn mrk yg berperwtkn mcm tu la..diam, mnjg diri dsb..dengn adenye org mcm mira insyaAllah mudahan Allah bg hidayah pade kaum hawe yg lain agar turut ikut same,,,mira cube2 ajak mrk slowly..insyaAllah..gnjrn nye dpt pd mira jugak..

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah mira ada kesddaran dalam beragama... ada umat mnusia ni tahu tutup aurat tu wajib tp diorg tak kisah sb nak ikut trend lah katakan.... mira sendiri kan faham mcm mana kebykn perempuan di tmpat kita... kita ni dr daerah yg sama... so, dah pahm fesyemn meraka semua... sy berharaplah dapat istri yg solehah... amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pengaruh dunia globalisasi memg kita tak dpt nafikan, menjadi punca wanita2 hilang maruahnya, hilang perasaan malu, hilang adabnya. Fesyen dunia barat diagungkan, tetapi pakaian dunia Islam dipandang sepi. Itulah fenomena masyarakat hari ini.

      Dengan penulisan yang tak seberapa cuma ni, diharapkan dpt menarik minat mereka di luar sana untuk berubah kerana yang tertutup itu indah..Semoga Allah ketuk pintu hati mereka untuk berubah. Semoga Allah permudahkan urusan saudara dalam memilih teman hidup. insya Allah.

      Delete
  18. alhamdulillah..
    entry ni memang menusuk kalbu
    niat berhijrah tu ada tp yg istiqamah tu lah dugaan yg kuat
    semoga segala dipermudahkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. semoga Allah permudahkan urusan awak ea syg :') Insya Allah. tak rugi berubah. Dan rebutlah kemanisan menjadi seorang muslimah yang diredai Allah insya Allah ^_^

      Delete
  19. Emm,Mira,kita serupa...lepas saya masuk f.6 saya,saya pakai balik stoking padahal saya dah didedahkan dgn semua tu waktu ayah hantar saya pi kem motivasi Islam waktu saya habis PMR.Rasa bersalah sangat2 bila fikir tak pakai waktu dok hostel masa f.4 tu..huhuhu.Keluarga saya pun bukan didedahkan sangat dengan penjagaan aurat.Yang paling sedih bila ahli keluarga bersalam waktu raya.Saya pernah dicop 'tak sopan' sebab saya tak salam dengan abang ipar..sedih sangat2..huhuhu.Dulu saya pakai tdg bidang 50 tapi susah betul nak cari.Saya pernah try pakai tdg bidang 60 tapi rasa lemas sebab tdg tu kain jenis tebal.Sekarang,saya try pakai tdg 60 bidang.Alhamdulillah,rasa selesa sangat dan tdg tu kain lembut.Senang nak urus even tdg tu agak labuh.Saya tak suka pakai tdg arini sebab tdg tu menampakkan bentuk dada walaupun labuh,pakai masa sidai baju tak apa la.Memang susah nak beli tdg 60 bidang tu sebab sekarang dah tak ada tdg tu.Tapi,waktu saya pi jalan2 dekat Pekan Rabu Alor Setar,dekat sana banyak sangat tdg labuh 50 dan 60 bidang.Banyak pilihan dan harga bawah RM 20 ( boleh tawar menawar kot)...best sangat2.Kalau Mira bercuti dekat Kedah,try la cari.Saya memang cerewet.Kalau pasal t-shirt muslimah,baik beli saiz L walaupun saiz badan kita S atau M,sebab alang2 nak besar,biar besar terus..hehehe.Bukan setakat baju kurung ja jarang tapi ada jugak jubah yang mengikut bentuk tubuh.Kalau nak beli baju,memang kena belek betul2.Moga Allah berkati Mira dan suami..cinta sampai syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saudari. seronok dengar cerita saudari ^_^ Takpe. Benda2 tu semua dugaan. Amek dri sudut positif ea syg :) Lagi hebat dugaan kita nak berubah, lagi manis erti penghijrahan itu sendiri :')

      Wahhh. serious ke? tempat mira susah sgt nk cari tudung2 mcm ni. lepas tu bila ada pun mahal. Nama je negara Islam, tp fesyen tudung yg bukan2 yang bnyk. Fesyen tdung ikut Islam boleh kira dgn jari tempat2 yg ada :(

      Saya setuju. Tu sbb suami saya tak bg pakai tudung lain selain tudung biasa. Apatah lagi tudung sarung. Tudung sarung walaupun labuh, boleh menampakkan bentuk dada sbb jenis kain dia. Seeloknya memg elakkan pakai tudung mcm tu. Yupp. memg kita kena peka dalam pemilihan pakaian. Sometimes, org pakai jubah sbb nk nmpk cantik, nmpk muslimah, tapi tak faham erti menutup aurat yg sebenarnya. menyedihkan..

      Amin. Syukran dear. Insya Allah. Cinta sampai syurga ^_^ amin..

      Delete
    2. dulu,waktu kita sekolah rendah,tdg tu famous la...org panggil tudung tu tdg turki...kalau nak saya belikan dan poskan pada mira pun boleh..hehehehe..saya nie org Kedah,ada lagi tdg2 macam nie walaupun berlambak2 fesyen yag macam2...

      Delete
    3. oh, tudung turki. em tudung akel ada tak ? mira prefer tudung akel. hee selesa tudung tu :) wahh. ea ke? teruja jap. heee tak susahkan ke? mira nk cari tudung akel warna cream. tp tak jumpee.

      Delete
    4. insya-Allah,ada rasanya...minggu lepas saya jumpa tudung jenama akel dekat tempat yg saya bagitau tu,jenama lain pun ada...macam nak borong semua ja tapi masa tak mengizinkan sebab takut tertinggal bas.tak susahkan sebab saya faham tudung macam tu susah yg teramat2 sangat nak cari...kalau senang,ziarah la blog saya dan emel saya,edzza_1004@yahoo.com...insya-Allah,saya survey tudung yg macam mira nak sebab saya pun dah ada sehelai...hehehe

      Delete
  20. Thniah Pn Mira....sma lg mmpu mngubah hdup kita kalau bkn dri sndri kn....
    btw...apa tjuk lagu lam blog Pn Mira ni ye?

    ReplyDelete
  21. Thniah Pn Mira krana dh brjaya ubah dri sndri...sya trpegun mndgrnye....sape lgi blh ubah dri kita klau bkn dri sndri kn
    Btw:apa tjuk lagu lam blog ni ye?best la...sronok mndgrnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran :) Alhamdulillah. Memang kita kena disiplinkan diri tok berubah and kuat :) dan juga dengan izin Allah insya Allah mampu untuk berubah.

      Lagu muhasabah cinta-edcoustic :)

      Delete
  22. thanks mira for the beautiful entry:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama2 dear =) semoga bermanfaat :')

      Delete
  23. Alhamdulillah..semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Mira untuk terus berjuang di jalanNya...semoga mira berbahagia bersama suami tercinta hingga ke jannah...
    Tersentuh hati bc entry nie..nice n meaningful n menyentuh hati...rase sebak hati ni.


    combination entry n lagu ni mmg dpt feel habis bile bc entry nie....

    Gud luck

    ReplyDelete
  24. salam mira.. 1st time dtg sini. tertarik hati nak baca entri ni. see, i got 'something' from here. thanx a lot.

    apapeun, nice entri mira. terasa sayu plak diri ni bila baca entri ni. terasa banyak betul kekhilafan dalam diri. bdw, thanx mengingatkan. insyaAllah. sedang dalam perubahan. doakan saya ye. :)

    ReplyDelete
  25. Amin...mudah2an la....sape lg klu bkn dri sndri n suami yg mngubah kita....btw thanks utk tajuk lagu 2...jgn lupa follow blog sya k...

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah..smga kita terus istiqamah tpi nak istiqamah tu yg bnyk sgt cabarannya..sy pun dlm proses berhijrah untuk menutup aurat..dlu sy sama mcm amirah,suka pakai tudung bawal tpi thu tudung tu jarang dan nmpak leher wlaupun kita tutup dada dan slow2 sy start pkai handsock,stoking...start 2 bulan lepas sy try cari tudung akel sb nmpak comel dan selesa jer awk pkai tudung akel..tpi tu lah susahnyer nak cari tudung labuh bidang 50 ni..merata sy cari..last2 sy jumper dlm 1 blog yg jual tudung akel,skali beli terus sy borong dekat 10 helai.tpi bila da start pkai tudung labuh ni sy rasa selamat jer,dan sy pernah rasa mcm awk rasa yg mana bila tudung di tiup angin kita rasa sedih dan cepat2 tutp sb takut org lain tgk aurat kita...doa kan sy moga terus istiqamah di jln Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.. Maaf ye kalau mencelah. Cume sy ni penjual tudung akel, secara runcit dan borong.. Kalau saudari berminat, bolehlah lawati akaun fb saya untuk tgk design2, athirah mohammed(asm3@yahoo.com)..mane la taw kalau saudari berkenan kan.. :) Kalau nk contact through emel pon boleh: asm3@clan@yahoo.com :) jzkk

      Delete
  27. salam mira. semoga terus istiqamah dalam berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih baik. tapi betul cakap mira, berubah senang, istiqamah mungkin susah. saya sekarang belajar dekat luar negara. kawan-kawan sini semua pakai sopan2, tudung labuh, baju besar2, armsock, stocking. Mule2 sampai sini, saya pun pakai baju ketat2, tudung jarang, tapi lame2 bila tengok semua pakai macam ni, orang pulak asyik2 tegur, barulah start nak berubah. Baru sedar, baru timbul rasa segan dan bersalah, terpikir kenapa taknak tutup aurat betul2, kan dosa tu. Walaupun sebenarnya, ada jugak rasa takut, sebab, sekarang ni duduk dengan orang2 baik, selalu ada yang mengingatkan, bolehla istiqamah insyaAllah. Tapi, nanti balik Malaysia, dengan environment yang boleh dikatakan tak ramai menutup aurat dengan sempurna, takut terpengaruh, dengan tugas doktor yg sangat sibuk, rase risau, risau akan tersibuk dengan hal dunia, terlalai, sebab hati manusia sangat senang berbolak-balik. Sape kata, hari ni kita baik, esok kita baik jugak. Iman manusia memang akan sentiasa diuji. :) Tapi rase takut tidak mampu istiqamah bukannlah alasan untuk tidak berhijrah. Same-same kita doakan Allah reda dengan perubahan kita, semoga Allah ikhlaskan niat kita, semoga Allah jaga hati kita jangan sampai timbul perasaan riak dan ujub. Dan Mira, jzkk atas entry ni, memang tugas manusia untuk sentiasa menyampaikan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Semoga sekecil2 usaha mira untuk berdakwah ini diberkati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. almost 3 years after writing this comment. mmg btolla ape yg ditakutkan sudahpon terjadi.
      arm sock kemane stoking ke mane. dah pkai ketat2 balik. kagum dgn org yg mampu istiqamah ke ahirnya. :(

      Delete
    2. Alaaa sayang :'( Kenapa mcm tu? Istiqamah tu atas izin Allah jugak. Awak bnyk2 doa ya mintak Allah tetapkan hati untuk terus istiqamah. Mintak Allah tetapkan iman, Jgn bolak balikkan hati. Mintak jgn Allah tarik balik hidayah yang diberi :')

      Awak ingat satu je, hidup kita tak lama. After all, ingat balik tujuan kita hidup dkt muka bumi Tuhan ni. Kalau esok lusa kita dijemput pergi, tp dlm keadaan tak sempat bertaubat, dlm keadaan jahil, alangkah ruginyaa :( Awakk, keep istiqamah pleasee :')

      Mira doakan untuk awak dari jauh. Moga Allah sentiasa jaga awak. Moga awak sentiasa ditetapkan iman dan dikuatkan hati untuk terus istiqamah. Sayang awak Lillahi Ta'ala walaupun kita tak pernah kenal :')

      Delete
  28. Alhamdulillah. Life story saudari sgt inspiring.. :) Moga mira dan kita semua terus mendapat hidayah dari ALLAH. Jika mira berminat untuk mencari tudung Akel bidang 50 dan 60, saya ada membekalkan untuk jualan runcit dan borong. emel saya: asm3clan@yahoo.com
    Untuk tgk katalog dgn design2 tudung akel, boleh tgk kat fb account sy, athirah mohammed (asm3clan@yahoo.com) :)

    ReplyDelete
  29. salam akak...sy nk link pd blog zaujah yg akak ckp kt ats blh x?

    ReplyDelete
  30. salam sis :) alhamdulillah, feel wanna cry. hehe~ ana pun mcm enti juga lebih kurang. alhamdulillah skrg i'm better than b4. mmg syukur sgt2 Allah buka hati ni. keep up d good writing. insyaAllah u can bring benefits to d thers who want to change, insyaAllah. syukran 'ala kulli hal ^^ may always in HIS blessing. smoga dapat trus berubah lagi to the better & better di sisiNYA insyaAllah, like u said. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kak mira. saya teringin nak berubah . tapi sy takut tak kuat. takut jika tak mampu nak istiqamah. takut jika org akan ckp, 'pakai tudung labuh, tapi perangai mcm hape'. sy dah cuba perlahan lahan. sekarang sy form 4 dan mula mengikuti usrah di sekolah. :'( sy mula banyak berfikif tentang hal ini bila sy kenal seorang lelaki. dye banyak mengubah sy. sy takut jika org akan berkata, sy berubah kerana dia. sy takut sy tak kuat . tak kuat untuk hadapi mulut manusia yg berkata kata. sy takut jika sy bertudung, dan masih melakukan kesilapan. takut jika sy mencemarkan imej mereka yg bertudung labuh . :'( . mohon nasihat kak mira :(

    ReplyDelete
  32. subhanallah , ana suka dengan entry ini . ana dalam proses since 2bulan lepas . macam2 orang kata pasal ana , dulu ana lain sekrang dah lain . ana bersyukur sgt . ana rasa bertuah sebab ALLAH masih beri peluang untuk ana berubah . doakan ana semoga trus istiqamah :)

    ReplyDelete
  33. aslm mira...sya msh br mengenal blog mira..tma ksh byk2..pengisian yg menambat hati saya utk kuatkan smngt untk berubah..saya juga seperti mira,ingin berubah kepada kebaikan pastinya luar dan dalam diri saya...saya mengalami ketakutan yg sama utk berubah dan sekarang saya dlm proses perubahan itu...tp saya tidak istiqamah dlm berubah dan sekarang saya cuba untuk beristiqamah...dengan apa yg dikatakan oleh mira membuatkan saya rs sy mst berusaha berubah dgn istiqamah. manisnya istiqamah itu.memang saya rs sgt malu utk melakukan prubahan drastik ni..utk memakai tdung labuh,handsock,stokin n bju yg labuh dan besar sbb apabila sy berbuat bgtu akan ad insan yg memperkatakan ttgnya membuatkan sy lemah...kuatkah saya utk trus berubah..sy tkut ngn pandangan mereka..keluarga , kwn2 n sedara..mtk pdgn amira bgmana sy harus lakukan utk cuba melawan takut akan diperli atau ditanya oleh org ln yg saya nk berubahkah?/..saya tkut ngn soalan itu..tp saya lg tkut dgn balasan Allah terhdp dosa2 saya jika sy x berubah....

    ReplyDelete
  34. tahniah puan mira.. semoga terus istiqamah:)

    ReplyDelete
  35. jika ad mase di harapkan balas...saya nk minta pendapat jika hendak memakai tudung sarung (macam ariani) tu yang bersaiz labuh,oky x? atau tudung sarung ni ad kekurangannya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara jujurnya, tudung sarung pd saya, ada kurangnya walaupun labuh. Mostly sbb kain dia jenis jatuh, dan menampakkan bentuk dada. Bila dh mcm tu, automatik dah lari dari syariat yg suruh kita tutup dada. Pada pendapat saya, kalau nak pakai jugak tudung sarung, maybe boleh tarik bahagian tepi dan pin supaya tak nampak jatuh. So, maybe bhagian depan akan nampak beralun and tak menampakkan bentuk dada. Wallahualam. hehe Ni sekadar pendapat :)

      Delete
  36. thanks untuk entry yang mungkin dah lama~~~
    tapi baru saya baca..I try my best untuk berubah secara perlahan2..
    bermula dengan solat dan alquran bergerak kepada tudung melabuhkan menutup dada..
    membuang semua lelaki yang pernah hadir dan merosakkan..agar tuhan sentiasa memberi hidayah untuk saya berstoking dan berhandsock pula selepas ini~~

    ReplyDelete
  37. teringin nak berubah macam mira.. btw, mira orang kota tinggi ek? sama la kita :) kita pon 21 tahun jugak.. baru start nak follow cite mira.. cite mira memang best2 semuanya... hope mira n suami bahagia till jannah ;)

    ReplyDelete
  38. teringin nak berubah macam mira.. insyaAllah.. btw, mira orang kota tinggi ek? sama la kita.. hihi.. kita pon 21 tahun jugak ;) baru start nak baca blog mira.. semua cerita-cerita mira memang best! hope mira n suami bahagia till jannah. Amin....

    ReplyDelete
  39. Alhamdulilah walaupun saya tak berhijrah sepenuhnya saya bersyukur Allah sentiasa titipkn rasa untuk saya bertudung labuh..keinginan itu sentiasa datang dan sentiasa hadir..sy perlu sokongan suami dn saya akan berbincang dengannya tentang perkara ini..air mata sentiasa mengalir bila saya tak dapat lagi berhijab dan berpakaian mengikut apa yang Islam suruh..saya takut hidayah itu akan pergi dari saya..saya still lagi membeli pakaian yang ( tak ketat ) tapi sy menyesal kemudiannya...di pejabat saya rasa pakaian saya paling old fesyen dan tudung saya juga begitu tapi masih menutup aurat.entahlah ia masih bercampur baur.saya selalu melayari blog-blog seperti ini untuk menitip sedikit kekautan dan semangat kepada saya.terima kasih

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum Puan dan suami.
    Alhamdulilah saya dapat membaca pengisian mengenai istiqamah dalam mengubah cara pemakaian.
    Alhamdulilah juga kerana puan sudi mengisi pengalaman dalam perubahan itu.
    Kisah saya lebih kurang seperti puan dan sudah setahun lebih saya berubah iaitu berhijab cuma kadangkala saya rasa belum cukup kerana saya rasa saya masih belum menutup aurat dengan sempurna.
    saya amatlah ingin berubah dengan melabuh kan tudung dan pemakaian cuma saya rasa amat menyusahkan ayah saya untuk membeli pemakaian saya yang baru. saya masih lagi memakai baju sebelum saya berhijab, cuma saya rasa saya masih menarik perhatian lelaki dengan cara pemakaian saya plus saya tahu saya ada baju yang menutup tetapi masih membentuk , sedikit fit. so saya macam tak tahu apa saya patut buat. saya cuba nak earn money to buy baju yang proper tapi saya rasa dah berdosa banyak dan ingin kembali pada jalanNya. saya juga masih perlu mengikut cakap ibu saya yang suka lihat saya bergaya walalupun berhijab, maka saya buntu untuk melakukan perubahan dengan menjaga perasaan dan kesenangan ibu bapa saya. maaf panjang namun saudari pernah terdetik untuk berubah maka akan faham perasaan itu dan saya tahu semua saya berserah padaNya. InsyaAllah jalan yang saya pilih akan dipermudahkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari.
      Mcm ni la dear, saya rasa seorg ayah takkan rasa terbeban utk belikan pakaian yg menutup aurat utk anak dia. Saham pahala dpt dekat dia jugak kan nnt. Walaupun awak rasa maybe akan membebankan dia, maybe itu bisikan syaitan. Who knows kan? At least, cuba je tanya ayah awak dulu. Ntah2 dia yg lg galakkan, beli mcm2 baju. InshaAllah, takde org yg tak sukakan kebaikan. Sy rasa semua ayah suka tgk anak dia menutup aurat :)

      So, for your mom pulak, mcm ni. Even dia suka awak bergaya, itu bukan alasan. Sbb awak masih boleh bergaya even awak menutup aurat :) Islam tak menghalang kita untuk bergaya asalkan jgn tabarruj. Bergaya biarlah pd tempat. Bnyk je blouse2 muslimah yg cantik2, or even jubah. Semua menutup aurat but at the same time, boleh bergaya.

      Kalau ada peluang, berubahlah secepat mungkin sbb hidayah tu kita yg kena cari kan, bukan kita kena tunggu :) Saya doakan perubahan awak inshaAllah :D

      Delete
  41. Salam akak sye ske bce entri akak,, lebih2 lagi akak brubah kpd lebih islamik lagi,,, keep on menyampaikan ilmu ^^,,,akak sye na tnye akak sye mmg ade niat na brubah tpi pada mse yg same sye sdg brcinta dan sye tahu itu salah,,, kadang2 tefikir juga engkau na jdi muslimah tpi ko masih kopel,,, susah untk sye brpisah sbb bnde ni melibatkn perasaan,,, bagaimana nak layari kehidupan sbgai seorg muslimah,, pelajar and pada masa yg sama sdg brcinta,, harap akak balas ,,, really need your help ;))

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum akak, saya suka baca entri akak ni.. doakan agar saya juga dapat berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini dan istiqamah.. :)

    ReplyDelete
  43. salam amirah..
    sy sekarang pon tgh berusaha istiqamah..
    tudung pashmina dan pakain innerneck..
    stokin tangan..
    berbaju kurung..
    berskirt (jeans mmg dah tak pakai)..
    cume stokin aje blum mampu sy pakai sbb sy masih belum yakin yg sy mampu beristiqamah memakai stokin..
    sy teringin nk berniqab,semoga ade kesempatan sblm sy menutup mata..
    insyaallah..
    doakan sy tau..

    oh,lupe nk ckp..
    sblm sy berubah menjaga batasan aurat ni,sy bermula dgn menjaga solat 5 waktu dan solat sunat..
    alhamdulillah,dipermudahkan..

    ReplyDelete
  44. Impian akak nak ada bisnes tudung sendiri dah tercapai. Alhamdulillah, tahniah. Dan juga dengan kehadiran permata hati tanda cinta akak & suami.

    ReplyDelete

..