Wednesday, January 25, 2012

Mahu Pertunangan Kukuh atau Rapuh ?

Photobucket

 Assalamualaikum :)

Syariat lebih penting daripada adat. Tapi itu tidak bermakna adat tidak penting. Adat juga penting. Ia mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kaedah syarak. "Al-Adat muhakkamah".


Hukum dan Perlaksanaan Hukum

                “Saya nak bertunang pakai sms. Kata ustaz saya, hukumnya sah. Pakai ibubapa makin menyusahkan saja. Islam itu kan mudah,” kata seorang remaja.
                Ramai remaja terkeliru soal hukum dan soal perlaksanaan hukum. Hukum itu senang diceduk daripada kuliah fikah atau kitab fikah. Perlaksanaan hukum pula perlukan model atau guru.  Buku-buku karangan ulama muktabar kontemporari banyak membantu dalam hal ini.
Bagaimana perlaksanaan hukum yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat? Mereka sangat meraikan kepentingan dakwah, kaca mata sosial kemasyarakatan, budaya setempat dan lingkungan zaman.
                Hukum fikah adalah tentang batas minimum. Ada soal lain yang berupa akidah dan akhlak yang perlu diambil kira. Perlaksanaan hukum yang ideal ialah perlaksanaan hukum yang menggabungkan ketiga-tiga aspek ini.
Akidah Islam meyakini Rasulullah SAW itu contoh terbaik. Selongkarlah kisah pertunangan Nabi SAW. Hampir semua calon isterinya ‘diminta’ dengan perantaraan orang tengah. Ada juga kisah Rasulullah SAW meminang terus kepada janda bernama Ummu Hani’ binti Abu Thalib. Itupun pinangan baginda ditolak. Yang pasti, baginda sangat mendahulukan wali bakal isteri apatah lagi jika bakal isteri itu seorang gadis.
Akhlak Islam pula amat menitik beratkan berbuat baik kepada orang tua (birrul walidain). Birrul walidain dalam soal ini ialah memohon restu, berkomunikasi dengan baik dan memberitahu tanpa berahsia. Sebagai orang tua, mereka sangat ingin menilai dahulu calon menantunya dan memberi buah fikiran.
Jika anda rasa ianya menyusahkan, bayangkan suatu ketika nanti, anak remaja anda pulang dari sekolah kemudian berkata,
“Ayah, mak, saya sudah bertunang. Pakai sms.”
Hmm, susah tak hati anda tika itu?

Analogi Pak Imam Berkain Samping
                Untuk memberi kefahaman lebih jelas tentang hukum dan perlaksanaan hukum, saya bentangkan beberapa analogi.
                Bayangkan seorang Pak Imam datang ke masjid dengan memakai kain samping yang menutup dari pusat hingga ke lutut. Dia tidak memakai baju. Seluar atau kain pelikat pun tidak dipakai. Kain samping itu sahaja yang dipakainya.
                Makmum asyik berbisik-bisik. Pak Imam tidak peduli. Dia bertakbiratul ihram. Azamnya, dalam kuliah Maghrib nanti, dia akan maklumkan kepada semua bahawa dia melakukan hal itu dengan ilmu hukum fikah.
Segelintir makmum bersolat di belakang dengan kepala berselirat tanda tanya. Dalam solat sebelum ini, mata asyik tertumpu pada tempat sujud. Kali ini, mata mereka nakal membilang bulu roma di betis Pak Imam. Ramai makmum keluar masjid. Menghidupkan kenderaan lalu mencari masjid lain.
Adakah sah solat Pak Imam tersebut?
                Ya, solatnya sah! Dia sudahpun memenuhi tahap minimum menutup aurat. Menutup aurat adalah syarat sahnya solat. Tapi, adakah perbuatannya itu boleh mengundang mudarat dan menendang maslahah?
                Saya percaya, jika situasi ini berlaku, ramai makmum terpaksa berperang habis-habisan dengan jiwa mereka untuk berbaik sangka terhadap tahap ‘kewarasan’ imam tersebut. Meskipun dia melakukan sesuatu yang ‘sah’ namun perlaksanaannya tidak meraikan maslahah (perkara yang mengundang manfaat dan menolak mudarat).

Analogi Ayah Mengahwinkan Kanak-Kanak
                Bayangkan seorang bapa sedang termenung di tangga. Dia risaukan anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Melihat parahnya pergaulan bebas dalam masyarakat, dia terfikir untuk mengahwinkan sahaja anak perempuannya itu. Dia lalu membelek kitab fikah untuk mengkaji tentang rukun nikah dan syarat sahnya.
                Suatu hari, si anak pulang dari sekolah tadika sambil menggalas beg. Tangan kanannya memegang batang aiskrim dan tangan kiri memegang gula-gula berbatang. Hingus meleleh keluar.
Ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki. Apabila kanak-kanak itu tiba, si ayah berkata,
                “Ini suami kamu. Lepas salin baju sekolah nanti, ikut dia,” kata si ayah.
                “Suami tu apa ayah?” tanya si anak sambil menyedut hingusnya dan ia meleleh semula.
                Ibu kepada kanak-kanak itu merah padam mukanya tatkala mendengar perbualan itu. Dia keluar dari dapur dengan penyudip masih di tangan.
                “Eh, bila masa pula anak saya berkahwin? Saya tak izinkan!” katanya dengan nada tinggi.
                “Awak jangan sibuk! Awak izin ke tak izin ke, perkahwinan ini sah di sisi Islam.  Jangan lawan hukum. Hukum membolehkan ayah mengahwinkan anak gadisnya. Ianya sah!”
                Ya, perkahwinan itu sah! Izin ibu bukanlah termasuk dalam syarat sah nikah. Begitu juga persetujuan anak kecil dan batas umur si anak, ia tidak mempengaruhi sah atau tak sahnya nikah.
                Namun, jika situasi ini berlaku, saya percaya manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah. Protes besar-besaran tidak mustahil boleh tercetus untuk membela kanak-kanak itu. Tidak kira agama, bangsa dan negara, semuanya akan seia sekata.
 Ini sebuah lagi contoh orang yang melakukan sesuatu yang ‘sah’ tapi perlaksanaannya tidak meraikan maslahah dan keadaan zaman yang berubah.
Dia mungkin merasakan orang lain tidak memahami hukum. Hakikatnya, dia telah melaksanakan hukum tanpa merujuk kaedah-kaedah sebenar yang diajar Rasul dalam mempertimbangkan maslahah(kebaikan), mafsadah (keburukan), lingkungan zaman dan sebagainya.

Mahu Yang Rapuh atau Yang Kukuh?
                Remajaku sayang,
                Jika anda memilih cara bertunang semudah menghantar sms, tidakkah anda membayangkan betapa rapuhnya ikatan itu?
Bayangkan situasi ini:
                “Saya suka awak. Saya rasa nak kahwin dengan awak,” seorang lelaki menghantar sms.
                “Sayapun suka awak. Sayapun rasa nak jadi isteri awak,” balas si gadis.
                “Kalau begitu, kita dikira bertunang. Jangan terima orang lain, tau,” pesan si lelaki.
                “Jumpalah mak ayah saya dulu, baru kita dikira bertunang,” pinta si gadis.
                “Ustaz saya kata, bertunang itu ialah teruna dan dara berjanji untuk bernikah,” kata si lelaki.
                “Eh, apa beza bertunang dengan bercoupling macam kita ni?” keliru si gadis.
                “Entah?! Ah, sama je tu!” jawab si lelaki.
                “Tapi, ustaz saya kata, antara tujuan bertunang ialah untuk mengetahui persetujuan wali sebab wali adalah salah satu rukun nikah nanti,” kata gadis itu.
                “Itu zaman dulu. Kita sekarang dah canggih. Tak perlu cincin, tak perlu hantaran, hantar sms terus bertunang. Ingat, awak tunang saya! Haram lelaki lain pinang awak tau,” kata si lelaki.
                “Hmm, kalau macam tu, kita putus tunang sajalah sekarang!” tegas gadis itu.
                Untuk apa bertunang, jika tidak sampai lima minit? Keliru pula antara bertunang dan berpacaran.
Beginilah yang terjadi. Jika Islam yang mudah diambil mudah untuk bermudah-mudah, situasi jadi tambah rumit dan payah. Ikatan pertunangan yang sepatutnya teguh dengan komitmen keluarga, menjadi sangatlah rapuh.

Seboleh-bolehnya Raikan Adat Selari Syariat
                Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, dipetik daripada buku Wanita Dalam Fikih al-Qaradhawi, “Pernikahan yang baik itu ialah pernikahan yang tiada halangan daripada kedua-dua pihak, keluarga, undang-undang dan adat.”
                Begitu juga pertunangan. Banyak adat-adat yang baik yang tidak bercanggah dengan syariat yang elok kita raikan.
                Jika ditanya, mana lebih penting antara adat dan syariat? Sudah tentu jawabnya syariat. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
                Namun, jika ditanya adakah adat itu tidak penting? Jawabnya, adat itu penting! Cuma syariat jauh lebih penting.
Jangan pandang negatif pada semua bentuk adat. Adat yang baik mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ada kaedah syarak menyebut, “Al-Adat muhakkamah.” Bermaksud adat itu boleh memberi hukum.
Contohnya, adat memberi cincin tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Dengan adat ini, lebih senang untuk mengenal pasti mana satu wanita yang sudah bertunang atau belum.
Begitu juga adat memberi hantaran meminang, ia tidak bercanggah dengan syariat. Bahkan, Islam menggalakkan kita saling memberi hadiah agar kita saling berkasih-sayang.

Pilihlah Yang Rapuh atau Yang Teguh
Remajaku sayang,
Anda semua bijak-bijak belaka. Pilihlah mahukan pertunangan yang rapuh atau yang teguh. Anda boleh memilih sesuka hati. Namun bersedialah menghadapi impak di kemudian hari.

p/s : mungkin ramai dah baca dekat blog Ustazah Fatimah Syarha, but this is for the one that never read the entry okay ;) yang dah baca, nak baca lagi pun boleh. Sebab terasa entry and analogi yang diberi sgt berguna pada remaja masa kini. Selamat membaca ;D

Assalamualaikum.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane.
credit to : Blog Ustazah Fatimah Syarha :)
 

Monday, January 9, 2012

Dari kejauhan :')

Assalamualaikum :) 


Ya Allah,
kekasihku ini temanku,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rujuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahim kami ukhuwah fillah,
Bermusuh kami nauzubillah,
Berpisah mati insya Allah.

Ya Allah,
Kekasihku ini teman hidupku,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan kami di Taman SYURGA ! :)



Salam sayang dari kejauhan buat suamiku. nur dah mula menghitung hari untuk bertemu :) love, isterimu.
Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)
 Assalamualaikum.
 

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday #5 :)

Assalamualaikum :)

 muhsin's timetable :)

mira's timetable. sila abaikan tulisan buruk tu. haha

wish you all the best encik suami :) do your best dear and me too. semoga Allah berikan ketenangan hati kepada kita dalam menjawab peperiksaan dan memberikan kejayaan yang cemerlang, insya Allah :) for all mahasiwa/mahasiwi yang menduduki final exams, best of luck from kami berdua. semoga Allah permudahkan segala urusan anda semua. kalau tak dapat buat atau tak ingat, istighfar banyak2, yang penting banyakkan sebut nama Allah. insya Allah. Allah akan bantu :) 
p/s:  both of us habis exam on 16 Jan :) genap 6 bulan perkahwinan kami. i'm coming home on 17 Jan. alhamdulillah. dapat la smbut anniversary kali ini sama-sama :D excited. heee 

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)
 Assalamualaikum.
 

Tuesday, January 3, 2012

Review twothousand and eleven:)

Assalamualaikum :)


this is just a quick random review for my sweet 2011 which brought 1001 meanings in my life. thanks 2011 for being very kind to me =) you teach me the meaning of LIFE :D


Jan, Feb, and Mac :
nothing special happened. i'm still studying in Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan for this 3 months =)


April :
final examination for matriculation. end everything on 20 April something. forgot the date. heee goodbye matrikulasi. you had gave me such a veryyyy gooodd memory ever :') i miss you. i leave my brother there to look after you. amboihhh. muntah lelaju. my next generation, adik nombor 2 pun di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan :) 


May :
2 May, mira dah start kerja dengan ayah :) cepat jugak kan? haha senang nak kira gaji sebenarnya. tu yang masuk awal bulan. this was the second time mira keje dengan ayah. before this,masa habis SPM pun dah kerja dengan ayah. heee -Klik SINI :)

13 May, family muhsin masuk merisik. heee erkkk. masa ni dua family ni je yang taw. friends semua tak taw. family muhsin datang around 9.30pm. sebab tunggu ayah habis kerja. dekat pukul 11 lebih jugak baru habis discuss semua :) everything going smoothly. alhamdulillah.


28 & 29 May, kami pergi kursus kahwin yang awesome dekat masjid jamek Kota Tinggi. 2 days. memang penat la. haha tapi best :') dapat terlalu banyak input. huhu semoga ilmu tu semua dapat dipraktikkan dalam rumah tangga kami :)

June :
7 June, pergi vacation with family to Perhentian Island for 5 days and 4 nights :) -klik Part 1, Part 2 :) besides, I was veryyy busy preparing for my wedding :) go for HIV check-up, fitting baju pengantin, pergi buat pengesahan bujang dll. dah la masih kerja lagi masa ni. asek amek leave je. haha nasib baik kerja dengan ayah sendiri. nak cuti pun ckp je nak cuti. hehe tak payah buat-buat surat semua. tu yang untung kerja dengan ayah sendiri =)


July :
15 July, got my UPU results. I got UNIMAS, and my husband got UKM. sedihhh gila masa dapat taw. T_T gelap sekejap dunia. haha dilema sgt2 masa ni nak accept ke tak. last-last takdir dan waktu menentukan rezeki mira dekat sini, and now, i'm here. even sedih sangat terpaksa jauh dengan suami sendiri :'( - klik SINI :)


16 July, hari yang dinanti. pernikahan Mohd Muhsin bin Roslan and Nur Amirah binti Hasane =) sharp 3.35pm, kami sah bergelar suami isteri dengan hanya satu lafaz. alhamdulillah :D memang speechless masa ni. macam rasa kahwin main-main.heee - klik SINI :)


August :
1 August ,puasa Ramadhan. ramadhan pertama bersama suami :) it was totally awesome. hihi nanti korang kahwin, korang taw la apa yang mira rasa. perasaan yang tak boleh nak describe. heee bangun sahur sama2, subuh sama2, buka sama2, haha cuma yang lagi best kitorang sentiasa sahur and buka ramai2, dengan family. haha belum berdua lagi lah. hee sebab belum ada rumah sendiri. heee em sangat rindu, malam2 kami bangun qiamullail bersama, solat bersama, baca Quran sama2 =') next, kami sangat busy bulan ni sebab prepare all everything untuk kemasukan Universiti pada bulan September. Macam-macam nak kena uruskan. 


September :
1 September, raya! first time beraya dengan suami :') theme color : green. First raya dekat kampung mira, petang tu balik kampung muhsin dekat rembau, negeri sembilan selama seminggu. raya yang memang awesome. haha even jumpa semua orang baru. heee they were just too nice. alhamdulillah :') Next, penghijrahan bertudung labuh on this barakah day :) terima kasih ya Allah kerana kuatkan hati aku untuk berubah ke arah yang lebih baik =) -KLIK SINI :)


6 September, check-in at UNIMAS west campus. Sakura College =) dah masuk universiti dah rupanya. dulu dengar je orang cakap, hari ni, me myself dapat jejakkan kaki dekat U. konon2 dah dekat menara gading la tu. haha -KLIK SINI :)


November :
5 November, balik cuti MID-SEMESTER! setelah 2bulan lebih berpisah dengan encik husband dan family, akhirnya, dapat jugak balik rumah. i'm totally "husbandsick" ! haha tu yang girang gembira dapat pulang ke rumah. haha then, masa cuti got our kad nikah pintar =) - KLIK SINI :)


20 November, perkongsian pengalaman ENCIK MUHSIN :) encik suami pulak share pengalaman dia bergelar suami. hehe -klik SINI :)


December :
First time berniaga :) ni semua gara-gara subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan. haha tapi banyak jugak pengalaman yang dapat :) - KLIK SINI :) Next, fieldtrip first to Mount Santubong. memang sangat bestttt :) 24 December, study week begin and i'm home :) 31 December, last day with my husband. the next day, kembali ke UNIMAS untuk menghadapi final exam on 6th January 2012 :) wish us the best and all the best for your final exam too =) 


p/s : semoga tahun 2012 lebih barakah dari sebelumnya. insya Allah :) 2011 beri terlalu banyak kenangan indah. i will never forget you, 2011. know why? sebab tahun ni tahun perkahwinan mira =) Kami pernah merancang untuk berkahwin pada 16 Julai 2016-Sabtu :) Siapa sangka kami akan berkahwin pada 16 Julai 2011-Sabtu? 5 years earlier that what we have expected? Allah itu Maha Mengetahui. Kami hanya merancang, dan Allah yang menentukan. Allah itu sebaik-baik perancang :) Kami yakin dengan jalan yang kami pilih, dengan restu ibu bapa dan izinNya :) semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga ♥ mintak pada Allah, insya Allah. jika diberi keizinan oleh Allah, kamu juga boleh menjadi seperti kami =) dalam hidup ni, tak ada apa yang mustahil dengan izinNya :D kami mendoakan yang terbaik buat kalian. insya Allah..thanks 2011, you gave us such a very precious memory. Goodbye 2011, Hello 2012. Happy new year everyone. Hari ni dah 9 Safar dalam kalendar Islam ♥ 
azam tahun baru ? will update later jika masih diberi kesempatan untuk update :)
maaf post agak lewat. busy for final exam =)


Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)

 Assalamualaikum.

 
..