Tuesday, February 28, 2012

Its BBQ night.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Ini cerita masa semester break yang lepas bertarikh 13 Februari 2012. Akibat dah lama sangat tak bersua muka dengan bekas rakan-rakan sekelas form 5, so my dear friend, Neyna amek keputusan untuk organise a small reunion for us. Kitorang budak 5 Sains 1, SMK Tun Habab batch 2009 memang suka bab-bab makan-makan and reunion ni :) Kitorang ajak semua, tapi disebabkan cuma budak U yang degree and budak STPM yang tengah tunggu results je yang cuti, so tak ramai la yang dapat datang. Dalam 11 orang je =) Its okay. Yang penting misi nak merapatkan ukhuwah tercapai. insya Allah. 

Thanks a lot to neyna, kesian dia kena buat semua sekali. Dia yang perap ayam, beli arang dll. Biasalah orang yang organise kena banyak keje. haha Kitorang datang tolong petang tu, around 6.00pm. Set up tempat bakar semua. Masing-masing baru belajar. Memang comel betul berusaha sungguh-sungguh nak nyalakan bara. haha At last, dapat jugak. So, after azan, kitorang semua solat dulu then, proceed with bakar-bakar around 7.45pm or 8.00pm. I didnt remember at all. Masa diorang dah start datang je, especially the chinese girl la. Semua dok sakat pasal mira dengan muhsin. FYI, kitorang semua memang tak pernah jumpa since mira kahwin last year. So, ni first time la diorang jumpa mira yang dah bertukar gelaran dari CIK ke PUAN =) Excited semua bila jumpa. Haha Okay, back to the story about bakar-bakar. Masa first sekali letak ayam, amboihh. muka konfiden la kan. Lepas tu, nak bagi dia tak melekat dekat jaring kan, letak minyak. Api terus marakk menyalaa. Semua ayam hangussssss! Allah. Banyak jugak yang hangus, dalam 10 kepak ayam rasanya or lebih. haha Takde orang makan, pahit gilee. huhu then, the second one punya bakar, alhamdulillah. Jadi dan sangat sodappp :) Antara makanan malam tu, sotong bakar, ayam bakar, hotdog bakar, udang bakar, mee goreng, nasi goreng, coleslaw dan air oren. 

Memang kenyang yang amat laa malam tu. Haha Alhamdulillah. Semua bercerita pengalaman U masing-masing and cerita tentang masa depan and bla bla bla. Haha masing-masing cakap, dalam masa 5-6 years later, bila reunion mesti masing-masing dah bawak suami, dah bawak anak-anak, especially me. Hamboihh korang. haha The last activity was permainan kerusi beracun. haha mula-mula taknak main, last2 kena jugak. Kitorang separated, boys lain, girls lain. Yang paling hebat cik Ilyani laa. Champion of the night kategori girls. Untunglah. haha Kategori boys, Aminur Anuar menang. haha my hubby's bestfriend. Semoga semua berjaya dengan cemerlang dalam career masing-masing dan kehidupan masing-masing. Insya Allah. Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga :') Bersua lagi pada reunion akan datang tapi tak taw bila baru semua ada. haha maybe, 3 or 4 years from now kot. huhu bila semua dah habis study =) Best of luck sahabat and may Allah ease everything for you guys and me also! :D amin..

Next, ni antara detik-detik BBQ yang sempat kami ambil gambar. Enjoy the pictures =)

 otw to susun tempat bakar. haha

 sungguh2 masing2 nak hidupkan bara.

 neyna. inilah organiser BBQ hari tu :)

 my hubby pun sibuk belajar time ni. haha

 ada lagi 2 orang the power of six yang takde..

 this two little girl sangat2 cuteeee! *anak buah neyna.

 happy family. haha *picture goyang. hukhuk

bersama encik suami ;)

 ada lagi 2 orang yang takde. boys kelas kitorang memang sikit.

 sangat nyummyy =)

 makan dan bersembang. *tak tau kenapa gmbr asik goyang ni. haha

Kelas kitorang dulu sangat ramai. dekat 40 orang kot. lupa dah. For the others yang tak dapat datang, feel free to feel jealous. haha takde la. next time kita organise lagi eh. insya Allah lebih ramai join lebih meriah =) Tak sabar nak jumpa balik semua nanti..Semoga bersua lagi. insya Allah :)

Good friends are like stars, You dont always see them, but you know they are always there :)

Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

 

Wednesday, February 22, 2012

Buat bonda yang dikasihi.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Entry kali ni special for my lovely mama yang always suweettt muweettt sehingga ke hari ini. heeee

Sanah helwa mama :) 
20 FEBRUARI 1964..
*first time guna sanah helwah. biasa guna happy birthday or selamat hari lahir je :)

Secoret warkah buat bonda yang dikasihi..

Buat bonda yang amat anakanda sanjungi,

Salam sayang buat bonda yang anakanda sayangi. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-48 :) Even bonda sudah 48 tahun tapi bonda masih lagi cergas dan cantik seperti dulu. Alhamdulillah. Allah kurniakan kesihatan yang baik dan kecantikan semula jadi buat bonda. Anakanda bersyukur dapat bonda sebagai ibu anakanda. Semoga ukhuwah kita sebagai anak dan ibu kekal dunia akhirat. Insya Allah. 

Dah lebih kurang setengah abad bonda berada di muka bumi Allah, pasti dah macam2 onak ranjau dan duri telah bonda lalui bukan? Anakanda taw tak mudah untuk melalui ujian2 yang Allah berikan tapi anakanda harap bonda sentiasa kuat dalam menghadapi liku2 hidup ini. Anakanda mahukan bonda sentiasa tersenyum. Anakanda sangat menghormati bonda. Bonda yang bukan sahaja telah melahirkan 5 orang cahaya mata tetapi juga bonda yang sentiasa kuat dalam apa juga dugaan dan rintangan hidup. Bonda yang sentiasa tersenyum walaupun dalam hati bonda menangis. Bonda tak pernah menangis depan kami adik berdik tapi di belakang kami, bonda pernah menangis kan. Ampunkan kami bonda jika kami sebagai anak pernah mengguris dan mengecilkan hati bonda. Bonda, hubungan kita sangat akrab kan. Macam sahabat karib. Semua masalah bonda, bonda ceritakan pada anakanda. Begitu juga sebaliknya. Anakanda tak pandai nak menipu bonda apatah menyorokkan apa2 juga masalah anakanda. Anakanda senang begitu agar bonda tak menyimpan masalah bonda sorang2. Selagi hayat bonda, anakanda sudi jadi pendengar paling setia pada setiap masalah bonda..Bonda, semoga Allah sentiasa memberikan kebahagiaan buat bonda. Bonda, jadilah seorang wanita dan ibu yang tabah. Biar bonda menangis di dunia, tetapi bonda tersenyum bahagia di akhirat kelak. Bonda seorang yang kuat, sangat kuat. Bonda seorang yang tabah dalam melayani keletah 5 orang anak yang mempunyai pelbagai macam ragam. Bonda seorang yang kuat dalam melakukan pelbagai kerja rumah. Bonda tidak pernah kenal erti lelah. Bonda tak pernah kenal erti jemu. Bonda, bonda terlalu hebat pada mata anakanda. 

Bonda, ampunkan dosa-dosa anakanda dari saat anakanda lahir ke dunia sehinggalah ke hari ini. Ampunkan salah silap anakanda sepanjang 20 tahun anakanda hidup bersama bonda. Ampunkan anakanda jika anakanda pernah mengguris atau menyakiti hati bonda. Maafkan anakanda jika anakanda pernah ingkar perintah bonda, maafkan anakanda jika anakanda pernah alpa dalam menjalankan tanggungjawab anakanda sebagai anak. Ampunkan anakanda bonda..ampunkan anakanda..

Bondaku sayang..Jutaan terima kasih anakanda ucapkan kerana melahirkan anakanda ke dunia. Memberi anakanda kasih sayang dan cinta yang tidak berbelah bagi. Tidak pernah jemu memberi didikan pada anakanda. Menjaga makan minum anakanda. Masakan bonda sangat hebat. Semoga anakanda juga dapat mewarisinya kelak. hihi Menjaga pakaian anakanda dan yang paling penting, menerapkan ilmu agama kepada anakanda. Anakanda bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Anakanda bersyukur mempunyai ibu yang memahami. Bonda ibu yang sangat sporting tapi dalam masa yang sama menjaga batas2 anak2mu.

Bonda, terima kasih kerana memahami kehendak hati anakanda untuk membina mahligai cinta pada usia yang muda. Terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada anakanda untuk bergelar isteri pada usia yang muda dan terima kasih kerana yakin bahawa anakanda mampu pikul tanggungjawab itu. Terima kasih kerana tidak terikat pada adat dunia dan mengikut syariat. Terima kasih kerana memberi support 100% atas tindakan anakanda. Terima kasih bonda kerana percaya kepada suami anakanda untuk menjaga anakanda sepertimana bonda telah menjaga anakanda dulu. Bonda, terima kasih. Terima kasih sekali lagi bonda. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa bonda. 

Anakanda tahu bonda sedih kerana dah ada orang lain kini yang mengambil segala tanggungjawab yang dulunya bonda yang lakukan. Anakanda tahu bonda sedih kini anakanda sudah ada suami untuk anakanda menumpang kasih. Tapi ketahuilah bonda, bonda tetap teristimewa dihati anakanda. Bonda tetap insan yang anakanda sanjung dan hormati dunia akhirat. Cinta dan kasih anakanda takkan pernah pudar ditelan dek zaman. Bonda, ketahuilah anakanda sayang bonda. Sayang sangat-sangat..

                                                                                                    
               picture 1 :)                                                                                  picture 2 :) 


                      picture 3 :)                                                                       picture 4 :) 

picture 1 : With my lovely mama. Depan rumah ;)

picture 2 : Again. Muka kami sama kan =D

picture 3 : Before balik Sarawak hari tu =p

picture 4 : Mama!! i loveeee youuu :*


Bonda ibu terbaik buat anakanda dan adik-beradik lain dunia dan akhirat. Tiada lain yang kami mahukan selain membuat bonda sentiasa gembira dan tersenyum sepanjang hayat bonda. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup bonda. Semoga bonda sentiasa diberi kesihatan yang baik dan semoga bonda sentiasa dimurahkan rezeki. Insya Allah. Akhir kalam, selamat hari lahir bonda, Puan Ramlah Binti Sa'at. 

                                                                                                                                            Salam sayang, 
                                                                                                                                            Anakmu..


p/s : Sorryy lmbt publish. Busy preparing for new semester. This first 3 days, betul2 menduga. Semoga Allah pinjamkan secebis kekuatan buatku. amin~ I really need my hubby :'( 
Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)

Sunday, February 19, 2012

Selamat berjuang sayangku.

Photobucket
 Assalamualaikum :)

Pejam celik, pejam celik, sebulan berlalu dengan begitu pantas. Hari itu kami bertemu, dan hari ini kami kembali berpisah. Demi menuntut ilmu, kami reda dengan ketentuan Ilahi. Di mana terletaknya reda Allah, di situ jualah terletak reda kami. This is our first time cuti yang panjang. Biasanya seminggu je, but this time cuti sebulan. Bila dah sebulan bersama, kena berpisah kembali, its aint easy people. Not easy for me. And for him. Every night we spent our time together berborak macam bertahun tak jumpa sampai 2-3 pagi. Just untuk berbual aje. We talk about everything. Every single thing.

Kali ni berbeza dari sebelumnya sebab me myself yang hantar pemergian my hubby. Dia balik naik motor. So,   mira hantar dia dari rumah dia je la. Nak ikut pergi hantar dekat ukm memang boleh, tapi takut mira yang kelam kabut nak balik nanti. Isnin ni will be my time plak yang balik ke tempat study. Mira rasa mira bagi banyak sangat nasihat dekat dia. haha sampai macam sorang ibu nasihatkan anak plak dah. haha Itu sebagai peringatan je. Takut2 terlupa kan. Biasanya encik suami yang hantar mira dekat airport, so dia la yang rasa sedih tengok mira pergi and this time, mira yang hantar dia pergi. Sampai rumah je, i'm crying. Allah. lemah sangat. Takde la. Bila dekat rumah ni, semua macam ada bayang2 dia. Ni masa taip blog ni sorang2 je. Sunyi sangat dia takda. Biasanya bila online or buat apa2, mesti mulut membebel je. Ada orang nak dengar kita bercakap, membebel takpun bergaduh. haha Tak la sunyi sangat macam gini. Maybe sebab mira dekat rumah. Thats why macam gini. Lonely. Kalau dekat U busy kan, so, takda la terasa sangat. I just miss you sweetheart..

Alhamdulillah sekarang dia dah sampai kampung. Esok bertolak ke UKM. Sekejap je rasanya masa berlalu. Semester 1 meninggalkan kami, Semester 2 pula menjelma. Selamat berjuang buat suamiku. Pastikan abang menang dalam medan perjuangan ini. Jangan cepat mengalah. Allah sentiasa bersama-sama kita. We both dah dapat results semester 1. Tak capai dean list tapi still above 3. Its okay. Syukur Alhamdulillah. Dapat maintain sampai grad pun alhamdulillah sangat dah :) Kalau dapat capai dean tu rezeki Allah =) Kita sebagai hamba, hanya perlu berusaha, berdoa, bertawakal dan bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami sepanjang menuntut ilmu. Menuntut ilmu lillahi Ta'ala. insya Allah Allah akan beri kejayaan :) Kita dah selamat habiskan 1 semester. There are another 5 semester to finish. See. Sekejap je kan 1 semester tu? We can dear. Teruskan melangkah menuju kejayaan..dunia dan akhirat. insya Allah.

Buat kekasih hati, set your target and strive for it. Doa dari nur sentiasa mengiringi abang. =) Make sure jaga solat, jaga makan taw! Rajin2 study. No games pleaseee. Lupa plak nak delete hari tu. ciss. haha Study smart and may Allah bless us and our marriage. insya Allah. Salam sayang buat suamiku yang jauh di mata, tapi dekat di hati :) 




gambar 1 : encik suami sedang berkemas. heeee


gambar 2 : boleh plak tersama baju diorang pagi tadi. haha my hubby and my 4th little brother =) 
                   hari ni off day masak, so beli nasi ayam je. tu yang banyak polistrin atas meja =p


gambar 3 : kek batikkk. Bekal untuk encik suami dekat U nanti. =) cuti ni je dah 4 buku kek batik 
                   mira buat. Baru cuti sebulan, if 3 bulan? haha excited betul masing2 makan =)


last but not least :

Allah would never place a burden upon you that He knew you couldn’t carry, every hardship has a blessing hidden somewhere within it..

                                                                                                                                      Love, 
                                                                                                                                      Your lovely wife :)
 Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)
 

Saturday, February 11, 2012

Kekasih.

Photobucket
Assalamualaikum :)

video


Kekasih


Kasih telah terbina sebuah mahligai 
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu..

p/s : video kartun atas ni sweet sgt. my hubby yang tunjuk video ni. dia dah tengok lama, but i dont know kenapa mira tak pernah tgk pun video ni. mungkin korang pun dah tengok kot. tapi apa salahnya tengok lagi. haha lirik lagu pun bestttt. huhu thanks to my hubby for this song and video =) cinta sampai syurga insya Allah :D mira mute lagu dekat blog dulu so dapat la tengok video ni dengan tenang =) kalau lagu da unmute nnt, korang search dekat youtube je la eh. Tajuk, kekasih-devotees :)

Assalamualaikum.

Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :) 
..