Friday, May 25, 2012

Introduction : #Kahwin - Persediaan awal :)

Photobucket
Assalamualaikum semuaa :)

Apa khabar kalian? Rasanya dah sekian lama entry baru tak muncul2 kan. hehe lebih kurang sebulan rasanya. Erm maaf la kepada yang menanti. Bukan apa, memang sangat banyak ilmu/perkongsian nak share dengan korang, tapi kekangan masa memang tak dapat nak diatasi. Moreover, I'm just a part-time blogger. Kira bukan blogger tegar la senang kata. haha dan kalau nak tau, semua entry2 saya ditapis oleh suami saya. sekian. haha kalau tak lepas dengan cik abang sorg tu, so, entry tu akan kekal dekat draft. Dah banyak dah entry yang tak dpt dipublish. kiki takpe la. Insya Allah. Encik suami lebih tahu apa yang terbaik buat saya :D Eh, cukup la. introduction suka betul panjang berjela la. haha Maaf semua :) 

Ehemm. Ada yang kerap bertanya, "saya pun nak bina masjid, tapi tak tahu dari mana nak mula", "Saya tak tahu apa yang nak kena buat untuk mulakan prosedur kahwin ni", "Macam mana mira selesaikan segala benda dalam masa 2bulan setengah je? Saya rasa tak mampu nak setelkan semua benda secepat tu.", "Apa yang wajib kena buat sebelum berkahwin?" dan lain-lain. Dekat inbox tu bertubi-tubi orang tanya soalan. Mira mohon maaf dari hujung kampung sampai hujung benua jika ada yang mira tak balas atau terlepas pandang. Mira ada komitmen lain dan cuma boleh reply bila betul2 free. Maaf ea :) So, bila dah ramai sangat tanya, ramai yang suruh buat entry pasal ni, maka terhasillah 1 entry tentang ini :')

Okay. Dah baca tajuk? Tertarik? Menarik? Ditarik? heee Oh, apa2 je la perasaan anda, kali ni mira bawakan 1 perkongsian yang mungkin dinanti-nanti oleh sesetengah pihak. Mira akan ceritakan semua prosedur yang perlu dilakukan sebelum berkahwin. Mira dah ada ceritakan dekat entry "kini aku bergelar seorang isteri" tu. Tapi mungkin itu roughly je la kot sebab masih ramai yang tertanya2 dan kurang faham. Takpe2. Take it easy people :) Jangan pening-pening, jangan buat muka ketat, jangan garu-garu kepala xD Relax dan kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim :D *Sebelum terlupa, entry ini untuk mereka yang telah mendapat kelulusan daripada kedua-dua ibu bapa pihak lelaki dan pihak perempuan untuk mendirikan masjid. #sila take note. hehe DAN mira bagitau prosedur dekat Johor. Bagi tempat lain, mira kurang pasti sama atau tidak. Mungkin ada yang sama, ada yang tak :)

Perkara pertama :
Buat istikharah dulu. Jangan terjah je. Sabar-sabar. Kalau si dia dah memang jodoh anda, jangan risau. Sejauh mana kaki melangkah, sejauh mana anda berada, pasti Allah akan temukan anda berdua. Bukan dengan "in a relationship" lagi dah, tapi MARRIED. Insya Allah, Allah terus bawa anda berdua ke gerbang perkahwinan. Antara perkara paling indah dalam hidup :') Trust me. huhu Istikharah sangat penting untuk menentukan samada pilihan kita tu baik atau tidak. Istikharah bukan hanya kena buat sekali dua tau. Kalau boleh istiqamah dan dengan sepenuh hati. Insya Allah, jika Allah tak memberinya dalam bentuk mimpi, Allah akan memberinya dalam bentuk keyakinan dalam hati. Percayalah, sebaik-baik petunjuk itu datangnya daripada Allah. (I did istikharah since I was form 3. haha Nampak excited sgt? Tapi tak salah doa yang terbaik dari awal. Because I always want the best for my future.sekian). 

Perkara kedua : 
Pergi ke pejabat agama di daerah anda dan dapatkan borang2 yang diperlukan untuk berkahwin. Dekat sini, anda mungkin akan pening kepala sebab sangat banyak borang dia bagi. HAHA tapi takpe. tarik nafas panjang2. Susun semua borang-borang anda dan tengok mana yang lagi penting dan ada tak due date yang dia bagi kena hantar sebelum masa sekian-sekian. Kena selalu peka dengan benda tu. Ada orang tu hantar borang 7 hari sebelum dia nk kahwin kot, tak lepas tau tak dia nak kahwin! hahaha adoii. Nak kahwin buat cara nak kahwin, benda yang sangat penting jangan buat last minute. Ingat ni exam apa boleh buat last2 minute. opsss xD

Perkara ketiga :
Isi borang kursus kahwin dan pergi kursus kahwin.(Borang dah dapat sekali masa amek borang2 dekat pejabat kadi). Kursus kahwin ni dekat mana-mana pun ada. Ada yang murah dan ada yang mahal kot. Pembayaran pula boleh dibuat sebelum pergi ataupun semasa pendaftaran. Macam kami, kami bayar sebelum pergi. Kitorang ni skema sikit. Ingatkan kalau tak bayar tak boleh masuk. HAHA rupanya ramai je baru bayar pagi tu. hewhew Bayaran kursus kahwin yang kami pergi RM120 seorang. Mahal ke tak tu? Entah la. Sebab tak pernah survey plak yuran2 kursus kahwin ni. hehe Kalau rasa mahal, korang boleh la survey2 mana2 tempat yang murah.Biasanya anjuran universiti murah2 :D Jangan lupa bawa gambar berukuran passport. Nanti dia minta sebab nak tampal dekat sijil kursus kahwin. Tamat je 2 hari berkursus, nanti kita terus dapat sijil yang siap ada gambar dan cop pengesahan. weeee :) masa ni excited dah ada sijil kursus kahwin. HAHA *sekadar peringatan, sebenarnya pergi saing dengan bakal zauj lebih seronok sebab kita akan dengar input yang sama dan insya Allah mudah untuk dipraktikkan bersama ketika sudah berumahtangga. Lain penceramah lain input yang diberi dan pengalaman dia kan :) Tapi itu terpulang kepada kehendak masing2 :D

Perkara keempat : 
Pergi ke hospital atau klinik kerajaan untuk pengesahan ujian HIV. (Wajib kerajaan tau! Kalau swasta dia tak terima. Kalau swasta dah senang dah, ayah mira je tolong buatkan. kuikui) Ahaaa kalian. Sampul untuk ujian HIV ni la paling menarik. Dia bagi sampul sekali nanti masa amek borang. Sampul dia warna biru gelap. Tapi comel la. haha Cuma dengar nama ujian yang ngeri. haha Macam kami, kami nak pergi Hospital Kota Tinggi, tapi dia busy/ full/ tak buat/entah. lupa alasan dia. haha so, kami pergi Klinik Ibu dan Anak. Mati2 ingat ujian HIV ni mcm amek darah dekat lengan tu. Rasa nak pengsan je masa dia panggil tu. haha sekali.. laaaa. rupanya cucuk dekat jari je kot. haha syukur alhamdulillah. Sekejap je. Tunggu dalam 10 minit, dah dapat results dah :) Lepas tu, nurse kat situ minta korang tandatangan and terus masukkan results dalam sampul biru, complete gam dah! Korang jangan mimpi nak tgk! haha padahal mira nak sgt tgk apa result dia. Mcm mana dia tulis kat kertas tu. hee tak sempat. huhu Kalau takde apa2 korang boleh balik terus la kot. Kalau ada apa2, mungkin dia tahan. (Teringat kenangan masa lepas buat test tu; masa tu baru keluar klinik tu, terus cakap dekat muhsin "YES. alhmdulillah" siap buat tangan sekali. Sekali ada org dekat belakang! Dia boleh ckp amboi, sukanya.". Allah. maluuuuuu -.-" terus jalan laju2 pergi kereta >.< "YES" yg mira buat tu sbb dah lepas lagi 1 prosedur. haha  ) 

Perkara kelima :
Pergi pejabat daerah untuk ambil surat akuan BUJANG. (maybe ni bagi yang bujang je. Bagi yang dah kahwin, janda or whatsoever tak tau la kena buat benda ni tak ) Surat ni adalah surat yang sangat pelik bagi mira. hahaha sebab tak pernah dengar dan tak tahu langsung apa function dia. So, kami pergi je la tempat yang diarahkan, tanpa tahu pun apa nak kena buat sebenarnya. haha Kami dibawa berjumpa dengan orang yg memegang jawatan macam ketua daerah kot. Setelah diberitahu tujuan kedatangan kami, dia pun minta IC kami dan memanggil assistant dia untuk check dan buat apa ntah. Sambil2 tu, dia tanya la mcm2, ckp, borak dan blablabla. Dekat setengah jam jugak kat situ. Sebab tunggu assistant dia buat surat. Lepas tu, kami dapat surat akuan bujang tu. weeee :') Nanti dekat surat tu dia cakap nama sekian2 ni disahkan bujang. huhu (Surat ni mungkin penting sebab takut ada orang yang kahwin dengan bini orang ke apa ke kan? Dah parah plak nnt. )

Perkara keenam :
Interview :) Mira ni memang jenis gugup sikit kalau kena interview ke pergi depan ke ape ke. haha Masa ni ustazah yang interview kami berdua. Alhamdulillah. Perempuan kan. Takde la takut sgt. Tapi orang selalu cakap, ishh perempuan, lagi cerewet, nanti ntah apa2 je dia tanya. haha husnuzon je la. tak baik ckp bukan2. So far, ustazah ni ustazah yang bg ceramah masa kursus kahwin. So, dah pernah jumpa dia :) Dia memang sgt lembut + cantik. heee Masa tu dia tanya la jugak kenapa nak kahwin semua ni. Lepas ni, smbung apa, pergi mana, blablabla. Then, baru dia proceed dengan soalan. Dia tanya selang-seli. Muhsin lepas tu mira. Muhsin kena tanya tentang al-fatihah, kalimah syahadah, doa qunut, doa mandi hadas, tanggungjwb suami, dan lain2.Mira pulak ustazah tu tanya, kalimah syahadah, tanggungjwb isteri, al-fatihah, dll. Senang kata basic questions la. As a muslim/muslimah you should know all about this simple things. Tak silap mira, dia bahagikan soalan pada 5 cabang. Akidah, ibadah, tauhid, lg 2 tak ingat plak. hee yang penting, kitorang lepas dengan jayanya dan ustazah tu puji :') Habis dah tu, ustazah tu pun cakap tahniah dan dia cerita juga la tentang pengalaman dia kahwin awal semua. Memang buat kitorang berbunga-bunga nak teruskan hasrat kahwin awal. heee Sebab dia sangat berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dia. Semua sebab berkat kan? insya Allah. Perkara yang baik Allah akan permudahkan dan alhamdulillah juga hasrat kami nak bina masjid tercapai dah :D

Perkara ketujuh :
Confirmation tok kadi untuk majlis akad nikah :D Perkara ni sepatutnya kena confirmkan dalam seminggu/ 2 minggu sebelum nikah. Ni yang paling penting tau. Kalau takde tok kadi, sape nak nikahkan. HAHA Masa mira, mira ingat lagi. 1 minggu lebih lagi nak nikah, tapi mira tak confirmkan lagi dengan tok kadi. Actually, I forgott !! haha ingatkan semua dah setel. Rupanya tinggal yang last ni belum. haiyaa. Lepas tu kena la bebel dgn ayah sikit. kiki em then, ayah tolong callkan tok kadi yang incharge kawasan mira. patient ayah jgk rupanya. Tapi too bad. Dia dah ada program on my wedding's date. Dia kata boleh, tapi lepas asar. Kitorang nak buat lepas zuhur. Lepas asar susah sikit sbb malam nak buat kenduri doa selamat sikit. Terkejar-kejar plak nanti. So, kitorang try cari tok kadi lain. Alhamdulillah. Dapat tok kadi incharge kawasan Bandar Kota Tinggi :) Tapi seriously tok kadi ni memang best and simple je dengan dia =) Alhamdulillah, semua perkara dah ready, so, tinggal kahwin je la! haha

Okay ni la antara persediaan yang korang wajib lakukan untuk bernikah okay =) Pada yang ada kemusykilan lagi tu, boleh tanya mira. Ni just guideline apa yang korang nak kena buat :D Semoga Allah permudahkan urusan kalian untuk bernikah. Jangan susahkan perkara yang mudah. Buat apa2 pun make sure ikut syariat. insya Allah berkat dunia akhirat =)




Saat termeterai lafaz 'Aku terima nikahnya..' Itulah saat yang paling indah buat diri insan yang kini sah bergelar suami isteri..

Perasaan tu..undescribed.
 Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)

Saturday, May 5, 2012

Bila rindu.

Photobucket


 Assalamualaikum :) 



5 Mei 2012, Sabtu bersamaan 13 JamadilAkhir 1433 H.

Universiti Malaysia Sarawak.

"Walaupun kita jauh, tapi kita tetap pandang bulan yang sama".

Nur rindu awak sayang :'( Bila tengok bulan, selalu teringat dekat orang yang jauh nun di sana. Lebih2 lagi bulan penuh..Terbayang ada muka si dia dekat bulan tu :') Allah. Tak kuat rasa T_T  2 bulan lagi baru dapat bersua muka. Semoga aku kuat, semoga kami kuat. Kami yakin akan hikmah perpisahan ini ya Allah :') 

"Nur yakin Allah sentiasa jaga awak untuk nur :')"


p/s: i'm homesick + husbandsick. seriously nak balik :'( ya Allah. Beri aku kekuatan..


 Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)

Thursday, May 3, 2012

Dulu aku biasa-biasa.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Salam ukhuwah sahabat sekalian. Daripada my lastt entry yang berdekad lepas tu. hihi sehingga ke entry ni, jumlah follower bertambah dari hari ke hari. Alhamdulillah. Even there is no new entry, masih ramai yang membaca dan tak kurang juga yang memberi komen-komen yang membina dan menasihati. Alhamdulillah. Syukran ya akhi wa ya ukhti. Semoga penulisan-penulisan yang lalu memberi info berguna buat sahabat sekalian. Also syukran yang tak terhingga kepada yang LIKE fanpage Diari Rindu Muhsin & Mira, yang sentiasa support kami dan sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Syukran sahabat :) Allah. Statement dah macam menang award pulak dah. HAHA bukan apa. Cuma nak berikan sekalung penghargaan buat sahabat dan teman yang setia menasihati dan menyokong kami. Alhamdulillah ya Rabbul Izzati :)  Kau hantarkan sahabat-sahabat yang baik buat kami..

Okay, tu cuma mukaddimah je. Berbalik pada tajuk seperti yang tertera di atas, dulu aku biasa-biasa. Jap. macam dah tak reti dah pulak nak type entry baru.huhu skill menulis dah berkarat. hee em maaf la kalau gaya penulisan kali ni korang susah nak faham plak nanti :) Ya ukhti wa ya akhi, sebelum baca tarik nafas panjang-panjang dulu. inhale, exhale. done? okay. baca bismillah then baru baca eh. Soriiii sebab entry panjang. Ni la akibat dah lama tak update. Idea mencurah-curah =p heee

Dulu aku biasa-biasa refer to me, mira. I got many new friends since the entry Kini Aku Bergelar Seorang Isteri was published August last year. So, bila new friends mesti la korang kenal mira yang sekarang kan. Korang tak kenal mira yang dulu. Now, mira nak story about mira yang dulu and mira yang sekarang. Whats the differences of the old me and the new me :) 

Its not about, "eh, kenapa dia nak buka aib dia sendiri?" HAHA people. listen here. i had gone through all this matter for about 20 years of living on the Earth. Di bumi Allah. Dari seorang manusia yang khilaf, mencari identiti diri, mencari kekuatan berada di muka bumi Allah, mencari sahabat yang membantu menuju ke syurga, dan last but not least, mencari seorang suami yang sentiasa menemani diri ini ketika aku tercari-cari cahaya kehidupan. *akan ada mira bahasakan 'AKU' dalam entry ni ea =) 

Dulu aku cuma manusia yang khilaf. Manusia yang serba kekurangan. Kalau dulu aku dilihat sebagai seorang wanita biasa. Kini mungkin tidaklah sebiasa yang dahulu. Actually what i'm gonna to tell is more to my penampilan. Kalau tengok mira dulu biasa je. Pakai tudung bawal(tudung ni jarang), suka pakai selipar, bukan selipar jamban tu. selipar yang cantik2. hihi tudung kadang2 buat gaya kupu-kupu, kadang selempang selamba badak je. konon malas nak pin. Kau dedah dada tau tak ? HARAM! Allah. Dulu aku khilaf sangat! =( Tapi last mira selempang sesuka hati tu masa form 2 kot. Dulu my boyfie yang sekarang merangkap encik suami sangatlah tidak menyukai style tudung yang mira pakai macam tu. Dulu mira ni tak berapa terdedah sangat dengan aspek penampilan mengikut Islam. Mira slumber ubi mira je laa. Tapi mira suka pakai tudung pin ke bawah je. Sopan je dan secara tak langsung menutup dada. Nak tau tak? Dulu mira suka tengok ustazah-ustazah plus my ummi(merangkap ibu mertua mira sekarang) yang pakai tudung labuh. Mira selalu rasa, bestnyeee dapat pakai tudung labuh macam tu. Berangan je la. Tapi niat sentiasa ada. Insya Allah. Mira selalu teringinn nak pakai. Tapi rasa tak kuat nak ubah. Mira selalu cakap, aku ni takde la alim mana, tetiba nak pakai tudung labuh kang pelik plak. Perangai tak serupa penampilan. Orang cakap apa plak? Hm. Dulu.. 

Mira ceritakan pengalaman mira berubah dari 0 tentang penampilan mengikut Islam sehingga mira yang sekarang ea =) Segalanya bermula lepas SPM :) Emm mira dulu pun mana pakai stoking? Mana pakai handsock? Mira pernah nampak sorang kakak kat sekolah mira pakai macam tu plus tudung labuh, tapi mira abaikan je la. Ntah la. dulu takde feel kot. Tu lah. Bila Allah tak bagi hidayah, jadi macam tu laa. Benda baik pun tak nampak. Emm mira start pakai stoking lepas SPM. Sebab ? Mira ingat lagi masa tu mira pergi first driving class, then mira slumber ubi pergi pakai slipar. Asik kena sound aje ! haha Mira mana taw kena pakai kasut. Mama lupa nak bagitaw. Then for the first time dalam hidup mira, mira pakai kasut. *selain dekat sekolah. Dan bila mira pakai kasut, automatik mira nak pakai stoking. Sebab? Mira tak selesa pakai kasut without socks! So, dengan itu sepanjang 3 bulan mira amik driving license, secara tak langsung mira terfikir, kenapa tak aku teruskan pemakaian stoking dan kasut? Syukur alhamdulillah. Allah sentuh hati mira untuk berubah. Mira diberi kekuatan oleh Allah untuk berhijrah. Kaki itu aurat. Tau kan? Kenapa tak tutup kaki tu? Kenapa masih biar terdedah? Kepala ditutup tapi kaki dibiar terbuka? Tak ke sama je dengan buka tudung? Rambut itu aurat dan kaki juga aurat. 

PAKAI TUDUNG TAK WAJIB, TAPI TUTUP AURAT ITU WAJIB! 

Dulu mira tak pernah rasa tutup kaki tu perlu sehinggalah Allah campakkan satu perasaan dalam hati mira. Mira kena tutup aurat! Kalian, actually korang tak perlu tunggu dapat hidayah, korang dah taw benda tu wajib, berhijrahlah. Tak rugi buat benda baik. Mira ni susah nak berubah bukan apa, sebab mira ni jenis orangnya, kalau once mira dah change, its mean i'll change it FOREVER. Mira nak mira istiqamah buat benda tu. Mira taknak hari ni mira pakai, esok mira tak pakai. Kat situ nampak sangat, mira sebenarnya tak faham pun apa maksud perubahan yang mira buat dan alhamdulillah, mira sentiasa istiqamah dengan apa yang mira ubah..dengan izin Allah. 

Next, pemakaian handsock. Mira start change pun masa lepas SPM. Masa ni mira kerja dekat klinik ayah. Dekat klinik ayah ada kena amek kad tinggi-tinggi. Mira kat klinik memang pakai baju kurung. So, bila nak amek kad tinggi-tinggi, terselak lengan sampai ke siku. Nanti mira pun dok la terpegang2 lengan baju sambil nak amek kad sehinggalah suatu hari tu mira terfikir. Tau plak aku nak malu bila lengan baju terselak. Tapi kenapa aku tak cari alternatif nak tutup? Dan again, mira nekad untuk pakai handsock pulak. Dan alhamdulillah. Masa lepas SPM, mira dah mula pakai handsock dan stoking. Bersyukur pada Ilahi. Kalau tak, ntah lagi berapa banyak dosa mira dah buat, dengan buka kawasan aurat yang selalu orang amek mudah.Lengan dan kaki. Mira ni dulu memang ada habit. Mira cepat panas. So, mira suka betul sinsing(eh, betul ke mira eja?haha)  lengan baju. Tak kira la baju sekolah ke baju lengan panjang ke. Sume la mira dok sinsing. PANAS kononnya. Padahal mira tak taw panas api neraka lagi Maha dahsyat. Nauzubillah. Itulah mira yang dulu. KHILAF! Suami mira dulu sekelas dengan mira. Dia selalu dok nasihat jangan sinsing baju, jangan sinsing baju. Mira degil. Suka buat ikut kepala mira je. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati mira untuk berubah dan mira berubah serta mira istiqamah dengan apa yang mira ubah :) Lepas pakai handsocks dgn stoking, tak pernah rasa panas pun. Malah selesa je :D

Nak berubah memang mudah, tapi nak istiqamah tak semudah nak berubah :) 

Dulu kat matriks, mira kalau nak bersiap sikit punya lama. Mana taknya, nak pakai handsock, pakai stoking, pakai kasut. HAHA nak pergi kafe pun aku complete macam nak pergi kuliah. Roomate mira selalu cakap, kan nak g kafe je. Mira jawab dengan tersenyum, dekat kafe pun ada lelaki. Aurat tetap aurat walau dekat mana pun kita berada :) *suami mira selalu ingatkan tentang ni :) syukran syg..

Dulu. mira pakai t-shirt lengan panjang biasa2 je. Standard la baju yang anak dara pakai skarang ni. Tapi tak ketat. Mira tak pernah pakai baju ketat. Plus mira tak pernah pakai jeans! HAHA Ayah cukup jaga tu. Dia memang tak bagi pakai or beli pakaian yang menampakkan bentuk badan. Dia tak bagi pakai jeans sebab dia kata semua jeans ikut bentuk. HAHA mira rasa ada je jeans yang besar. Tapi bila mira telek bek2, mira tak nampak plak, orang tu kecik, dia beli jeans longgar. Yang mira nampak, semua orang pakai jeans, mesti nak pakai nampak bentuk kaki yang selim melim, nampak bentuk punggung. Allah. Memang patut ayah mira tak bagi. Dan mira sgt2 bersyukur menjadi orang yang TAK PERNAH PAKAI SELUAR JEANS :) Oh, kalau baju labuh, boleh kan pakai jeans.? Boleh sayang. Tapi mira jarang nampak orang pakai jeans ni pakai baju labuh. Pe cer? Tepuk dada tanya iman. Nanti punggung korang kena bakar kat akhirat, tak takut? Nauzubillah. Korang tau tak, dulu mira nak pergi shopping mall, mira kena pakai baju kurung sebab ayah cakap, baju seluar tu untuk pergi pantai. haha awesome tak? haha dulu masa kecik, mira bising gak. Dah besar ni, mira sendiri pandai dah fikir =) Ayah dah didik mira sebaik-sebaiknya insya Allah.

Mira start pakai t-shirt muslimah masa duduk rumah mak cik mira. Mira stay sana seminggu dan mira stay unexpected. So, mira tak cukup baju. Masa tu kat tempat mira baju muslimah belum meluas lagi. So, masa pergi jalan2, mak cik mira tunjuk baju muslimah tu. Mira beli 3 ke 4 helai. Mira punya excited jumpa baju tu. Tapi masa tu mira beli saiz S. Bajet mira kecik sangat la kan. haha first time nak tukar baju labuh. Biasa la tu. Sejak tu, mira bagi orang semua baju2 t-shirt lengan panjang mira. Mira pakai baju muslimah g mana2 =)  Selesa sangat. Masa dekat matriks, mira agak complete la sebagai seorang muslimah. Dah pakai stoking, handsock, dan baju muslimah. Sekali lagi Allah ketuk pintu hati mira untuk pakai baju labuh pulak :) Kadang2 mira cerita dekat suami mira, "Abang, kelakar kan. Dulu kalau nur dapat baju saiz besar sikit je mesti mulut mengomel cakap macam2. Baju besar la, geloboh la. Tapi sekarang,terbalik. Kalau baju kecik or sempit plak, nur bising. Nak yang besar2 je,lagi geloboh lagi suka :) " Sekarang, mira beli baju muslimah saiz L. Bukan sebab badan mira dah jadi saiz L. Tapi sebab mira selesa bila pakai besar2 =) Ingat eh sahabat, pakai baju muslimah, belum consider "muslimah di mata Allah". Ada yang pakai baju muslimah tu, ketat. Allah. Pening kepala mira tengok. Bila ketat, mula la, jalan pun nampak bentuk punggung. Make sure baju tidak mengikut bentuk badan! Hm. 

See. Masa mendewasakan kita =) 

Masa dekat matriks, mira masih dengan tudung bawal. Suami mira dulu banyak kali tegur tudung tu jarang. Nampak leher. Tapi mira just cakap, habis tu nak buat cam mane. Nak tukar tudung apa? Tak terfikir lagi nak tukar tudung jenis lain. heee Lebih2 lagi yang buat mira taknak tukar, mira nampak "comel" kononnya dengan tudung bawal tu. Kalau perasan mira tak pernah pakai tudung selain tudung bawal. Dulu la. Sebab family mira sangat suka dan suka puji mira comel bila mira pakai tudung bawal and husband mira pun sama la. Tak suka mira pakai tudung lain. So, thats why mira sangat setia dengan tudung bawal =) Sehinggalah, selepas mira berkahwin. Mira terasa nak buat satu lagi perubahan. Lebih2 lagi mira lepas ni dah masuk tempat baru. Takde la mira segan2 nak tukar penampilan =) Mira start cari tudung lerang 50 dulu. Mira rasa pelik bila pakai tudung labuh sangat. Baru nak try kan. So, for the first try mira cari yang lerang 50. Tapi tak jumpe. So, beli la yang lerang 60. Mira beli tudung2 ni dengan suami mira. Awesome. hihi then, kat rumah mira try depan suami mira. heee tapi dia kata dah macam tudung berjalan. haha sebab tudung tu serious macam tutup mira terus. Mira dah cakap, mira ni kecik je orangnya =p So, mira try jugak cari tudung lerang 50. Mira jumpa! Mira beli 10 terus! HAHA habis RM200++ duit ayah =p syukran ayah. Insya Allah pahalanya pun dapat kat ayah :) *Mira terkilan jugak sebab sgt2 susah nk cari tudung2 labuh ni. hm. ni mira jumpa pun dekat Angsana, JB. Kalau kat Kota cm takde je :( One fine day, kalau ada rezeki, nak bukak kedai/online shop yang jual tudung labuh =)

Start akhir2 puasa tahun lepas, mira dah berjinak2 dengan tudung ni. Alhamdulillah. Mira selesa sangat :) Masa first raya, mira segan sebenarnya. Tapi mira buat slumber badak air je laaa. Dan alhamdulillah, happyy sangat. Dapat berubah ke arah kebaikan =) Encik suami jadi orang yang pertama tengok perubahan ni. hehe senyum je dia :D alhamdulillah. Adik mira pun dok puji mira cantik melambung2 sepanjang hari.HAHA sampai suami mira pun ragu2 nak bagi pakai tudung tu. kahkah lepas ni dia suruh pakai purdah plak kot. heee dan now, here i am. Puan Nur Amirah Binti Hasane =) mungkin tidaklah sebaik sahabat ukhti yang lain. Tapi insya Allah better from before :D I'm heading to tudung lerang 60 pulak (dah start pakai :) )and insya Allah tudung labuh pulak and insya Allah purdah after this =) tapi purdah tu tak taw la bila :) heee my husband sangat risau. Dia memang mengharap sangat mira pakai purdah. heee sebab taknak lelaki lain pandang muka mira. eh, mira tak la cakap mira cantik ke apa. cuma memg seeloknya ditutup daripada pandangan orang luar. Actually, kita kena ubah pandangan kita pada orang berpurdah. Orang berpurdah bukan sebab cantik or what so ever, tapi untuk memelihara kehormatan dan wajah daripada pandangan mata liar orang di luar sana dan mengelakkan tabarruj =) Sesetengah orang yang cetek ilmu cakap, bila orang tu bukak purdah kt certain tempat yang mewajibkan dia bukak purdah, "eh, takde la cantik pun muka dia tu" dll. Sedih betul bila dgr org2 mcm ni ckp mcm tu. Niat org tu berpurdah tu yang penting. Cuba ubah mentaliti kita =) 

Haaaa, lg 1 mira nak nasihatkan bagi yang berbaju kurung. Kebanyakan pelajar dan orang lain juga, ayu dah pergi kelas pakai baju kurung semua, tapi masalahnya baju kurung tu kebanyakannya jarang. Mira tak tipu. Mira perhati benda ni. Kain la yang paling ketara. Memang jarang eventhough baju biasa. Jadi, bila tgh panas tu, bwh matahari dah macam 'bawak tv'. Kaki tu jadi tontonan umum. Dah tau kain tu jarang, kalaupun tak jarang, kalian dinasihatkan untuk pakai kain dalam. Sgt2 mira galakkan. Mira yang perempuan pun sakit mata tgk wanita2 ayu berbaju kurung nampak bentuk kaki. Dah macam tak pakai kain. Mira perasan, kain2 baju kurung sekarang ni kebanyakannya  jarang. Ni kain biasa tau, bukan yang memang kain jarang tu. Mira pun pelik, kenapa kain baju kurung jarang. Jaga aurat kita daripada pandangan liar mata lelaki di luar sana. Hope semua lebih peka tentang hal ni ea :) Lagi 1, seeloknya bila berbaju kurung digalakkan berseluar dekat dalam. Kenapa? Sebab cuba perhati jika kita naik tangga, ataupun jika terjatuh. Kalau terselak, dengan adanya seluar, pasti aurat masih lagi terjaga kan? Kalau tidak berseluar, pastinya aurat itu jadi tontonan umum. So mira, kena pakai dua2 ke? Seeloknya sahabatku. Mira pakai dua2? Ya saya. Supaya aurat itu benar2 tertutup daripada pandangan orang yang tidak berhak :') Semoga Allah reda ^_^

Mira terasa nak buat entry ni bukan apa. Sebab dah ramai sahabat2 yang secara sengaja dan tak sengaja bertanya and cakap pada mira ; "Kita pun dah lama teringin pakai macam mira." / "Sweet je pakai tudung macam ni" / "Macam mana nak berubah pakai tudung macam ni?" / "Macam mana mira kuat untuk berubah?" dan lain-lain. Mira tau ramai yang hatinya dah diberi hidayah oleh Allah tapi masih ragu-ragu untuk berubah. Segan dengan keluarga, segan dengan kawan, segan dengan orang tu orang ni. Sahabat, jangan segan dengan manusia, seganlah dengan Allah. Takda ape yang nak disegankan. Kita berubah ke arah yang positif. Orang nak cakap apa, kita abaikan. Jika kita hilang kawan kerana perubahan kita, jangan risau. Allah akan hantar ramai lagi kawan2 yang lebih baik daripada mereka. Tapi so far, insya Allah takde apa pun yang berubah sepanjang mira berubah ni :) Everything was okay and kawan2 lagi bertambah2. heeee Alhamdulillah.

Di saat semua orang berlumba-lumba untuk mengikuti fesyen dunia moden, aku di sini masih dengan tudung yang biasa. Aku selesa. Tidak keterlaluan dalam berhias tetapi kemas. Aku sudah menjadi isteri orang dan seharusnya aku bersederhana dalam penampilan agar tidak menarik minat orang di luar sana. Semoga Allah pelihara diriku. Jauh dari sifat tabarruj. Suamiku juga selalu menasihati aku supaya tidak terikut2 dengan dunia fesyen dan alhamdulillah memang aku tidak berminat dengan semua itu =) Tidak salah berfesyen, asalkan menutup aurat. Tetapi jika mampu, janganlah keterlaluan sgt, sebab kita muslimah bukan untuk tunjukkan kecantikan sebagai muslimah, tetapi menunjukkan kesopanan dan tingginya budi pekerti seorang muslimah itu sendiri. Kecantikan itu hak Allah dan hak suami. Bukan bagi yang lainnya..Pelihara ia untuk yang berhak :)

Nak berubah tu senang sahabat, tapi nak istiqamah tu susah. Berubah tak perlu drastik kalau rasa tak mampu. Berubah slow2, tapi istiqamah :') Kalau mampu nak ubah semua, boleh ubah semua terus :D Lagi bagus. Hm. Ramai kawan2 mira nak berubah. Dah pun berubah. Tapi bila jumpa balik, tengok dia tak seperti saat dia mahu berubah. Balik ke penampilan asal. Tak pakai handsock dah. Stoking pun ke mana. Allah. Baru mira tahu tak mudah rupanya untuk istiqamah, tapi mira terlalu bersyukur Allah tak letak rasa susah untuk mira berubah. Senang dan mampu untuk istiqamah. Semoga sahabat2 sekalian yang mahu berubah juga turut istiqamah dalam perubahan yang dilakukan. Jangan hangat2 tahi ayam je okay sahabat. Semoga Allah merahmati kalian dengan perubahan baik yang hendak dilakukan.

Petikan ni mira amek dekat satu blog zaujah muda yang kini berpurdah, (mira lupa plak link blog dia). ;

Aku selalu terfikir, kalau kita asyik boost pasal taubat kita, orang akan cari kisah kita sebelum bertaubat. Kalau kita asyik boost pasal aurat kita yang kita jaga dengan baik orang akan dedah pula kisah kita sebelum kita tutup aurat.Kalau kita sibuk boost pasal ilmu agama yang kita pelajari, orang akan korek pulak diri kita sebelum belajar agama. Kalau kita sibuk boost pasal niqab kita, orang akan cungkil pulak rahsia kita sebelum berniqab. Kalau kita sibuk boost pasal pernikahan kita, orang akan ungkit pula aib kita sebelum bernikah. Kalau kita boost pasal mujahadah kita, orang akan risik pulak buruk kita sebelum bermujahadah. Orang tu manusia, di sekeliling kita. Kadang yang menyedihkan orang tu adalah orang yang baik dengan kita atau pura-pura baik dengan kita. Sedihkan ada kawan macam itu. Sangat menyedihkan.

Itulah manusia sahabat. Ada yang baik, ada yang tidak. Kita kena pandai pilih kawan dan pandai tangani pandangan manusia yang bermacam2. Sepatutnya kita kena husnuzon dengan semua orang. Barulah hati sihat. Bahagia. Dan kita kena selalu sabar dan yakin, Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar dan beriman. insya Allah. amin :') 


My komen setelah berhijrah : Seriously mira rasa tenang sangat, bahagia dan selamat sangat. :') Mira langsung rasa tak rugi berhijrah. Malah rasa sedih dengan diri yang sangat jahil dulu. Tapi mira tetap bersyukur kerana masih sempat berubah sebelum menutup mata untuk selamanya. Sekarang kalau tudung kena tiup angin ke apa,  yang boleh buat tudung terselak, rasa nak nangis. Takut aurat terbuka even sikit pun. Selalu doa supaya Allah pelihara aurat mira dalam apa jua keadaan. Begitu mendalam kasih sayang Allah pada orang yang menutup aurat. Alhamdulillah =) Lagi 1, dengan menutup aurat, secara tak langsung sikap kita pun akan seiring dengan pemakaian kita. Ye laaa, pakai dah sopan2 takkan tetiba nak menjerit2 depan orang kan?? HAHA so, insya Allah secara tak langsung mendidik jiwa dan pemikiran kita ke arah kebaikan =) Selain tu, dah takde org nak kacau2 lepas bertudung labuh ni. Org pun respect kot kat org tudung labuh ni. Tau diorg kalau kacau pun pandai cakap Assalamualaikum. So, dgn menutup aurat ni insya Allah kita akan rasa lebih selamat :) Dan suami mira menjadi penyokong terhebat mira daripada dulu sehingga la sekarang. Sentiasa suruh mira tutup aurat dan hari ni mira bersyukur, mira sudah pun menutup aurat dan menjadi seorang muslimah. Insya Allah, semoga Allah reda :') Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku seorang suami yang sgt baik dan menjaga tata tertib isterinya..


Di sebalik penampilan seorang isteri, terselit keperibadian seorang suami :') 

Semoga aku juga terus istiqamah dengan perubahan ini dan terus kuat mengharungi dunia fana yang penuh pancaroba untuk sebuah kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak :')


(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya..


Yang Tertutup Itu INDAH..

 Assalamualaikum.
 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah binti Hasane :)
 
..