Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Kareem.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Lamanyaaaa mira tak update blog. Sorry kengkawan yang setia tunggu entry2 baru drpd mira, selalu tanya bila nak update blog dll. Actually, sem 4 ni mira busyy lahai tak tau nak cakap apa. Rasanya masa untuk diri sendiri pun takda. haha Okay, fyi. Bulan 9 ni, mira dah bergelar final year student inshaAllah :) InshaAllah, bulan 6 tahun depan, jika Allah izinkan, tamatlah 3 tahun pengajian mira :D

Okay, mukadimah selalu pepanjang berjela. Ni sebab lama sgt tak update blog la ni. Maafkan saya :p

Alhamdulillah, kita ditemukan lg dengan bulan mulia, bulan Ramadhan :D

This time, Ramadhan mira special sikit. Mira puasa dekat perantauan dengan suami tercinta. hehe Alkisahnya, mira tak balik cuti 3 bulan ni. Mira buat short semester sbb nk kurangkan beban final year, nak fokus pd Final Year Project je :) So, encik suami dtg Sarawak duduk dengan mira dekat sini. Puasa sesama. Mulanya fikir raya pun kat sini, tapi takwim short sem berubah, inshaAllah raya dekat rumah. hee So far, puasa dekat perantauan sayu sbb jauh daripada family. Biasa time berbuka meriah, tapi bila buka berdua je dengan suami, tak rasa sgt la kemeriahannya. heee But yet, tetap happy walaupun selalu berbuka secara sederhana je. Almaklumlah berdua je. Makan pun tak banyak mana. heee First time la rasa life jd isteri bebetul. haha Before puasa hari tu, hari2 masak lunch and makan mlm, masa puasa, masak utk buka, utk sahur. Husband ckp okay je kalau nak beli, taknak masak, tapi ntah la. Mira lg prefer msk kot, puas hati dpt masak utk suami. haha Sedap tak sedap belakang cerita. hahaha Nasib dpt suami okay je, telan je semua. haha Tp selalu jugak dia comment2 apa2 kurg sume, at least boleh upgrade next time. haha Kalau dekat rumah, ada mama or ummi yg masak. hehehe Den tukang tolong je. heee Kemas baju, gosok baju, kemas rumah. Rasa housewife sgt. haha Tp seriously jd housewife seronok. haha Sbb bnyk waktu lapang. hehe Kalau la tak pyh kerja nnt. heee Em mira ada kelas hari Selasa, Rabu, and Khamis. Selebihnya hari utk berehat je dekat rumah, kalau boring kitorang g jenjalan. heee

So far, mira tak menyesal la amek short semester ni. hehe Masa bnyk lapang sbb amek 2 subjek je. So, memg bnyk ms boleh study walaupun short sem sgt laju. Besides, pergi balik kelas husband hantar and amek. Tu part paling seronok tak pyh drive hari2 g kelas. haha Penat tau drive hari2. haha G jalan semua husband drive. Rasanya sepanjang buat short sem ni tak pernah drive lg. hehe em Kalau part rumah, husband rajin tolong masak and tolong basuh pinggan. Senang sikit kerja den ada suami rajin lagu ni. heee Thank you encik suami :D

Btw, masa husband dtg hari tu, tu laa kitorang punya first flight bersama. haha Seronok dlm flight ada husband dekat sebelah, ada teman berborak, tak pyh duduk sebelah unknown people. keke Sebab mira biasa balik sensorg je. Sgtlah bosan dlm flight tu. Kitorg punya flight awal pg, lepas subuh dh gerak pi airport. heee Sebab petang tu ada kelas =p

Let me share sikit ea some photos that morning :)

 Mata panda memasing flight pg sgt. haha Tgkla matahari tu. heee

Bila naik flight, part yg paling menarik perhatian, mesti AWAN. Diorg comel sgt mcm cotton candy..crush. EH? :p

 Subhanallah :')

Assalamualaikum everybodyyy. Welcome to Sarawak bumi Kenyalang :)

Close up. Yang melingkar macam ular kena palu tu semua sungai. Cantik sgt kan. hehe

Okay, enough. hehe So, Ramadhan menjelma lagi. Pada kesempatan ini, mira dan suami ingin mohon beribu kemaafan atas kekhilafan kami suami isteri. Kalau ada salah dan silap, kami mohon maaf. Ramadhan adalah bulan yg penuh kemuliaan, so, sama-samalah kita kejar keberkatan Ramadhan. Tadarus, tarawikh, puasa, sedekah dan jgn lupa solat Fardu paling penting k :) Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. Ajar diri kita bersihkan hati, jauhkan daripada hasad dengki, dendam, iri hati, dll. Supaya mudah untuk kita beribadah dan mudah utk amalan kita diterima oleh-Nya :)

Yang bestnya puasa dekat Sarawak mestilah part berbuka =p
Kitorang buka awal ok. Mcm skrg, dlm 6.50pm dah berbuka. heee
Tapi part sahur 5.15am, dah azan. heee

Merasa jugak puasa dekat tempat orang. Tp at least suami ada, kalau tak mau nangis guling2 puasa kat perantauan sensorg. hahaha 

Last but not least, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan ini menjadi satu anjakan untuk kita berubah ke arah lebih baik. Kalau tak bnyk, sikit pun jd. At least, jgn pernah biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja and jadi bulan yg sia-sia. Selamat beribadah semua! :D

Salam Ramadhan al-Mubarak daripada kami suami isteri :) 


p/s: Btw, check this out, http://iznaluvourlife.blogspot.com/
Semua yg ada dalam ni, gambar ni hak mira and muhsin.
Hope takde yg keliru sbb ada yg bertanya.
Walaupun tak tau motif mereka, tapi mira dgn suami maafkan.
Cuma takut digunakan utk tujuan yg tidak elok. 
Tak baik ambil hak org lain. Allah marah. 
Semoga awak dan awak berubah ke arah lebih baik.
Saya doakan :)

Assalamualaikum. 

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)


37 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Mohon hadiahkan saya doa agar dapat sambung belajar..
    Insha Allah result keluar 19hb ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same lah kite, tnggu result 19hb ni

      Delete
    2. sama lah tungggu result 19hb ni

      Delete
  2. semoga bahagia hingga ke syurga kak mira :)

    ReplyDelete
  3. salam Ramadhan untuk Mira dan suami.
    semoga bulan ini memberi manfaat pada kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga :)
      InshaAllah. Aamiin. heee

      Delete
  4. selamat menjalani ibadah puasa buat mira dan suami..Tentang org yg copypaste sebijik dr blog mira tu ..agak membimbangkan juga,harap tiada sebarang niat buruk disebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you mak ita. hehe Meh le dtg sarawak, melawat kita kat sini. hehe Itu la pasal, sebiji2 ayat dia copy + sanggup dia tukar nama dia satu2 dekat setiap ayat. Peliks.

      Delete
  5. Salam ramadhan Mira & suami :) Moga sentiasa berbahagia dunia & akhirat. Blog tu memang pelik. hihi. Xtau ape motif die :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan awak :) InshaAllah aamiin. haha Memg sgt pelik. heee

      Delete
  6. Alamak namaya samalah dgn mak ita..cettt itu org.

    ReplyDelete
  7. sy baru follow blog kak mira. tomorrow wedding anniversary kak mira ngan abg muhsin yg kedua kan? sy doakan kak mira n abg muhsin bhagia n kekal hingga ke syurga. n selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dik :) Em ha'ah. InshaAllah aamiin. Selamat berpuasa juga :D

      Delete
  8. sabar mira erk... diorg mybe xde idea nk wrote blog... tp yg akak xsuke kt situ... pict nikah mira n mokhsin... npe dorg gune?? xpe lah dik.. bulan ramadhan ni kite doakn diorg dpt hidayah allah.. selamat berpuasa mira & mohksin.. akk in shaa allah nk knduri thn ni.. and i'm student also.. adik2 la inspirasi akk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Part gambar tu. At least setakat ayat2 boleh terima lg. huhu Em inshaAllah kak :) Oh, ea ke? Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan ea kak :)

      Delete
  9. salam ramadhan kareem dik... sabar ye dik.. mybe diorg xde idea nk wrote blog tu yg diorg c&p mira nye idea... tp yg akk xsuke kt situ... why xgune pic sendri?? mengapa perlu guna pic nikah mira?? xpe lah kn?? bulan puasa ni kite sme2 doakan diorg dpt hidayah Allah ye.. . thn akk nk knduri dah.. hehhe yg speacial nye akk cm korg.. akk student lg masa tu.. korg la inspirasi akk tw.. terus kn create blog n share ngn kami erk.. semoga cinta mira & mokhsin hingga syurga..

    ReplyDelete
  10. salam kak mira , better letak watermark dekat semua gambar akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dik. Gmbr wedding akak yg akk upload semua ada watermark. Tp dia doublekan watermark tu.

      Delete
  11. salam, kakmira! Tahniah. seronoknya dapat buat short sem. september ni saya akan mulakan hidup sbg student ijazah pulak di UPM serdang, hehe 5 tahun Inshaallah. ha psl gambar akak tu. siapalah yg kurang bertanggungjawab tu, tak apa lah kak. dia buat buku cerita dari kisah akak kut. :)

    semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. salam k.mira. wah bestnye puasa di perantauan dengan encik suami , huhu. apa2 pon semoga sentiasa berbahagia dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dan banyak kan beribadah juga :)ohh btw dh tgok link blog tu.smpai ayat + gambar + style blog + lagu pon dye tiru. terkejut jgk tgok.mgkin dye peminat akak kot. hmm sabar eh kak. doakan yg terbaik buat semua :) moga kekal cinta hingga ke syurga. amin :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. semoga Allah melahirkan ramai wanita seperti akak. Sweet. .

    ReplyDelete


  14. Salam Mira.

    Akak ada terbaca blog mira masa baru sampai di unimas.kalau tak jadi halangan akak nak tanya, ada cadangan tempat penginapan terdekat di unimas?anak akak akan berdaftar di sana 1 sept 2013 nanti. insyaAllah. akak dengan anak je yang pergi.kalau mira ada cadangan.


    terima kasih mira.
    (nuralunnur@gmail.com)

    ReplyDelete
  15. selamat berpuasa di perantauan kak mira :)

    ReplyDelete
  16. sanggup dia double watermark tu. dasyat org zaman sekarang ni.. huhu
    btw, salam ramadhan mighaaa.. hihiihi

    ReplyDelete
  17. best kan puasa dgn org tersayang..
    ok, yg blog 2 sgt weird.. tatau apa motif dia..

    ReplyDelete
  18. seronok dpt berpuase and beraya dgn insan bernama suami,..
    mungkin mira bleh buat copyright untuk semua gmbr,biar tkde yg copy :)

    ReplyDelete
  19. seronok puase and raya dgn suami..
    mungkin mira boleh wat copyright kat gmbr,..or lock kan gmbr uh dr kne copy..

    ReplyDelete
  20. mira boleh tgok kat blog ni untk tk bg org copy gmbr mira..
    http://jombinabelog.blogspot.com/ harap dpt membantu :)
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  21. untung la sumpah jeles dengan kak mira ... http://alia-ali-ahmad.blogspot.com/ kalau sudi jemput singgah :)

    ReplyDelete

..