Sunday, July 14, 2013

Ramadhan Kareem.

Photobucket
Assalamualaikum :)

Lamanyaaaa mira tak update blog. Sorry kengkawan yang setia tunggu entry2 baru drpd mira, selalu tanya bila nak update blog dll. Actually, sem 4 ni mira busyy lahai tak tau nak cakap apa. Rasanya masa untuk diri sendiri pun takda. haha Okay, fyi. Bulan 9 ni, mira dah bergelar final year student inshaAllah :) InshaAllah, bulan 6 tahun depan, jika Allah izinkan, tamatlah 3 tahun pengajian mira :D

Okay, mukadimah selalu pepanjang berjela. Ni sebab lama sgt tak update blog la ni. Maafkan saya :p

Alhamdulillah, kita ditemukan lg dengan bulan mulia, bulan Ramadhan :D

This time, Ramadhan mira special sikit. Mira puasa dekat perantauan dengan suami tercinta. hehe Alkisahnya, mira tak balik cuti 3 bulan ni. Mira buat short semester sbb nk kurangkan beban final year, nak fokus pd Final Year Project je :) So, encik suami dtg Sarawak duduk dengan mira dekat sini. Puasa sesama. Mulanya fikir raya pun kat sini, tapi takwim short sem berubah, inshaAllah raya dekat rumah. hee So far, puasa dekat perantauan sayu sbb jauh daripada family. Biasa time berbuka meriah, tapi bila buka berdua je dengan suami, tak rasa sgt la kemeriahannya. heee But yet, tetap happy walaupun selalu berbuka secara sederhana je. Almaklumlah berdua je. Makan pun tak banyak mana. heee First time la rasa life jd isteri bebetul. haha Before puasa hari tu, hari2 masak lunch and makan mlm, masa puasa, masak utk buka, utk sahur. Husband ckp okay je kalau nak beli, taknak masak, tapi ntah la. Mira lg prefer msk kot, puas hati dpt masak utk suami. haha Sedap tak sedap belakang cerita. hahaha Nasib dpt suami okay je, telan je semua. haha Tp selalu jugak dia comment2 apa2 kurg sume, at least boleh upgrade next time. haha Kalau dekat rumah, ada mama or ummi yg masak. hehehe Den tukang tolong je. heee Kemas baju, gosok baju, kemas rumah. Rasa housewife sgt. haha Tp seriously jd housewife seronok. haha Sbb bnyk waktu lapang. hehe Kalau la tak pyh kerja nnt. heee Em mira ada kelas hari Selasa, Rabu, and Khamis. Selebihnya hari utk berehat je dekat rumah, kalau boring kitorang g jenjalan. heee

So far, mira tak menyesal la amek short semester ni. hehe Masa bnyk lapang sbb amek 2 subjek je. So, memg bnyk ms boleh study walaupun short sem sgt laju. Besides, pergi balik kelas husband hantar and amek. Tu part paling seronok tak pyh drive hari2 g kelas. haha Penat tau drive hari2. haha G jalan semua husband drive. Rasanya sepanjang buat short sem ni tak pernah drive lg. hehe em Kalau part rumah, husband rajin tolong masak and tolong basuh pinggan. Senang sikit kerja den ada suami rajin lagu ni. heee Thank you encik suami :D

Btw, masa husband dtg hari tu, tu laa kitorang punya first flight bersama. haha Seronok dlm flight ada husband dekat sebelah, ada teman berborak, tak pyh duduk sebelah unknown people. keke Sebab mira biasa balik sensorg je. Sgtlah bosan dlm flight tu. Kitorg punya flight awal pg, lepas subuh dh gerak pi airport. heee Sebab petang tu ada kelas =p

Let me share sikit ea some photos that morning :)

 Mata panda memasing flight pg sgt. haha Tgkla matahari tu. heee

Bila naik flight, part yg paling menarik perhatian, mesti AWAN. Diorg comel sgt mcm cotton candy..crush. EH? :p

 Subhanallah :')

Assalamualaikum everybodyyy. Welcome to Sarawak bumi Kenyalang :)

Close up. Yang melingkar macam ular kena palu tu semua sungai. Cantik sgt kan. hehe

Okay, enough. hehe So, Ramadhan menjelma lagi. Pada kesempatan ini, mira dan suami ingin mohon beribu kemaafan atas kekhilafan kami suami isteri. Kalau ada salah dan silap, kami mohon maaf. Ramadhan adalah bulan yg penuh kemuliaan, so, sama-samalah kita kejar keberkatan Ramadhan. Tadarus, tarawikh, puasa, sedekah dan jgn lupa solat Fardu paling penting k :) Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. Ajar diri kita bersihkan hati, jauhkan daripada hasad dengki, dendam, iri hati, dll. Supaya mudah untuk kita beribadah dan mudah utk amalan kita diterima oleh-Nya :)

Yang bestnya puasa dekat Sarawak mestilah part berbuka =p
Kitorang buka awal ok. Mcm skrg, dlm 6.50pm dah berbuka. heee
Tapi part sahur 5.15am, dah azan. heee

Merasa jugak puasa dekat tempat orang. Tp at least suami ada, kalau tak mau nangis guling2 puasa kat perantauan sensorg. hahaha 

Last but not least, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan ini menjadi satu anjakan untuk kita berubah ke arah lebih baik. Kalau tak bnyk, sikit pun jd. At least, jgn pernah biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja and jadi bulan yg sia-sia. Selamat beribadah semua! :D

Salam Ramadhan al-Mubarak daripada kami suami isteri :) 


p/s: Btw, check this out, http://iznaluvourlife.blogspot.com/
Semua yg ada dalam ni, gambar ni hak mira and muhsin.
Hope takde yg keliru sbb ada yg bertanya.
Walaupun tak tau motif mereka, tapi mira dgn suami maafkan.
Cuma takut digunakan utk tujuan yg tidak elok. 
Tak baik ambil hak org lain. Allah marah. 
Semoga awak dan awak berubah ke arah lebih baik.
Saya doakan :)

Assalamualaikum. 

 Entry ditaip oleh : Puan Nur Amirah Binti Hasane :)


..