Friday, March 14, 2014

Perginya seorang abang..

Photobucket


 Assalamualaikum :)

Tanggal 25 Oktober 2013 (Jumaat), menjadi saksi perginya abang ngah kami menghadap Ilahi. Ketika usia baru menginjak 22 tahun, beliau dipanggil pergi oleh yang Maha Esa. Sungguh, kami terpana, terkejut kerana perginya beliau secara tiba2 tanpa sempat bg kata akhir, tanpa sempat ketemu kami semua.

Angah pergi sebab sesak nafas masa main futsal, walaupun sebenarnya puncanya mungkin lain, tapi mungkin dah tertulis saat itu waktunya untuk angah pergi, Allah just nak jadikan itu asbabnya. Kami reda....

Hari ini tanggal 14 Mac 2014, kalau angah masih hidup, angah menginjak usia 23 tahun :')
Sanah helwah angah..
Pergimu pada hari Jumaat yg mulia, dan hari ni birthday angah pun jatuh pd hari Jumaat yg mulia. Sungguh, moga Allah memuliakanmu di alam sana. Itu doa kami.

Dah hampir genap 5 bulan beliau pergi, sehingga kini, masih terasa mcm semalam beliau pergi :'(

Begitulah ketentuanNya, segalanya telah tertulis sejak azali. Kematian itu tidak boleh ditunda walau sesaat. Ajal maut, jodoh pertemuan segalanya telah ditentukan.

Terima kasih angah,
pergimu menyedarkan diri kami yang alpa --- kematian itu tidak pernah mengira usia,
membangunkan semangat yang luntur --- agar kami dapat lipatgandakan amal kami sbb mungkin esok, mungkin lusa, kami pula yang pergi...

Kami yakin angah bahagia di sana.
Kelak, kami pula bakal mengikut jejak.
Semoga angah sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah di alam sana..

14 March 1991 - 25 October 2013.
Mohd Muaz bin Roslan dalam kenangan.

 Last raya with us :'( 2013.

 Masa ni beliau lawat kubur org lain. Siapa sangka, tak lama, beliau pula berada di situ, tempat pengakhiran seorang insan :'(

 Bekas pelajar UTM, Skudai.

 Bukit Broga with the family..

 One happy family at home that will never be complete anymore.

 He was such an active guy, jd fasi, ketua itu ini.

 This year terpaksa minus one :'( 

 Last selfie by using his phone...We miss you angah.

Memory in London.

 Sgt ramai yg dtg. Everyone loves you angah :')

Perginya angah pd hari Jumaat yg mulia, alhamdulillah ramai yg solat jenazah utk beliau seusai solat Jumaat :')



Gambar2 ni semua grab dari fb lecturer angah. 


Perginya seorang anak :'( 

Angah, damailah engkau di sana. Moga bahagia di sisi Tuhan yang Esa.Kami di sini sentiasa mendoakan.Moga kau tenang dan aman di alam sana...

Mohon sedekahkan al-fatihah buat arwah.
Al-Fatihah~
(p/s: Baca surah Fatihah tu, jgn sebut Al-Fatihah je. huhu Org kita ni ada perangai sebut Al-Fatihah je, baca tak. hehe Kena ubah habit tuu hokayy )
Terima kasih semua.

Dan tak lupa, pd hari Jumaat yg mulia ni, kita doakan yang terbaik utk penumpang2 MH 370. Moga2 pengakhirannya baik2 saja. Aamiin.

 Assalamualaikum.

 Entry ditaip oleh : Muhsin dan Amirah.

20 comments:

  1. abang kamu rupanya..
    takziah sangat2...
    moga arwah tenang di sana..
    x kenal pun dgan abg kamu, tapi sebagai pelajar utm,
    pernah dengar cerita tentang arwah..
    jgan risau, semuanya cerita yg baik2=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, kita doakan yg terbaik utk arwah :')

      Delete
  2. Sy tau perasaan sebuah kehilangan yg tak akan kembali lagi. sebuah perasaan yg sukar dijelaskan dgn kata2. Apa pun dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, entah esok lusa, kita pulak yg menyusul. Kita je la yg kena bersedia :')

      Delete
  3. Replies
    1. mohon sedekahkan fatihah buat arwah :')

      Delete
  4. Sedihnya membacanya. Teringat pada arwah kakak akak. Sudah 2 tahun lebih dia meninggalkan dunia ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh-NYA. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, Moga Allah beri yg terbaik buat mereka. Aamin :)

      Delete
  5. salam takziah. Al-fatihah buat arwah. (baca sungguh2 ni. kiki)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. hihi Thank you bc sungguh2 Fatihah tu :) hiks comel betul. hee

      Delete
  6. alfatihah buat arwah. baca betol2 ni. hehe.
    salam takziah juga buat keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you dear. Apa la comel sgt korg semua ni ckp sungguh2 bc Fatihah. haha

      Delete
  7. takziah untuk adik dan keluarga, semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba Allah yang dikasihiNYa, Al-Fatihah (akak baca ni...)

    ReplyDelete
  8. إنا لله وإنا إليه رجعون
    اللهم اغفر له وارحمه

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    Syahdu sebuah kehilangan

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/12/puisi-cinta-laut.html

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak mira . takziah atas kehilangan arwah abg . hope akak sekeluarga tabah . akk , act sy ada soalan . boley saya tau apa yg akk pakai untuk tutup bawah dagu tu ? Err beli ke buat sendri ? Thnks akk untuk entri yg best2 ni . fi hifzillah :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak mira . takziah atas pemergian arwah abg akk . hope akk sekeluarga tabah :) actually sy ada soalan nk tnya . apa yg akk pakai untuk tutup bawah dagu tu ? Akk beli or buat sendri ? Kalau beli kat mna ek nk dpt ? Akk , thnks untuk entri yg best2 ni . fi hifzillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik. InshaAllah, terima kasih. Em Itu sebenarnya inner je, cuma akak tarik kedepan sampai tutup bawah dagu. Beli je dear. hee Kat mana nk dpt tu, kt mana2 ada, beli je inner. hee Sama2 :)

      Delete
  12. Sedih bila membacanya...
    Tabahkan hati yer..

    Al Fatihah....

    ReplyDelete

..